Antara persoalan yang sering ditanyakan oleh ibu hamil adalah boleh atau tak makan mee segera seperti maggi, mee sedap, Samyang semasa mengandung? Terutamanya jika ini adalah anak pertama, tentu anda rasa risau untuk makan makanan segera.
Tapi kadang-kadang tak tahan apabila membayangkan kelazatannya. Lagi-lagi bila mengidam sangat-sangat pelbagai lagi makanan sedap yang kurang berkhasiat.
Yalah, wanita hamil kalau teringin hendak makan sesuatu, dia sanggup lakukan apa sahaja kan. Pantang atau tidak bila dah tekak sudah mengidam, dilayankan sajalah.
Walaupun mee segera mengenyangkan dan lazat, tapi ia tidak boleh memenuhi zat yang diperlukan oleh ibu semasa hamil.
Makanan segera atau fast food dan juga makanan proses adalah tidak disarankan untuk diambil ketika mengandung. Ia mempunyai kandungan bahan yang memudaratkan serta tidak berkhasiat. Walau bagaimanapun pengambilan yang sedikit dan sekali sekala tidak mendatangkan kemudaratan.
Isi Kandungan
Pendapat Pakar Tentang Makan Mee Segera Semasa Mengandung
Dr. Benny Johan Marpaung Sp.OG, seorang pakar kandungan di RSIA Brawijaya Jakarta Selatan mengatakan, ketika mengandung, makanan yang ibu makan akan mempengaruhi perkembangan janin.
Dr. Benny menjelaskan lagi, kandungan penambah rasa dan pengawet dalam mee segera seperti maggi, mee sedap, Samyang dan macam-macam lagi adalah membahayakan untuk kandungan, dan menimbulkan kesan negatif pada bayi. Oleh itu, ibu dinasihatkan untuk elak dari makan makanan segera semasa mengandung.
“Jika ibu mengandung betul-betul ingin makan mee segera, makan hanya sebulan sekali.”
Tetapi tidak ada kajian yang menjelaskan beberapa banyak atau berapa kerap ibu mengandung boleh makan. Seperti yang anda semua tahu, makanlah semua benda dalam kuantiti yang sedikit dan moderate, semua benda pun kalau diambil berlebihan akan memudaratkan.
Kandungan Berbahaya Jika Makan Mee Segera Terlalu Kerap
1. Kandungan garam yang tinggi dalam mee segera
Kandungan garam yang cukup tinggi dalam maggi boleh membuatkan ibu mengandung mendapat hipertensi. Kesan hipertensi adalah preeklampsia yang sangat berbahaya untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
Oleh sebab ini, ibu mengandung dinasihatkan untuk mengelakkan gejala yang boleh membuatkan hipertensi iaitu makanan yang tinggi kandungan garam seperti mi segera.
2. Kandungan bahan kimia seperti pengawet dan pewarna dalam mee segera
Makanan seperti ini sudah tentu memiliki tambahan bahan kimia seperti bahan pengawet dan pewarna. Jika makan bahan-bahan ini terlalu kerap, ia boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Selain itu, mi segera juga lambat untuk dicerna oleh badan dan boleh mengganggu sistem pencernaan ibu mengandung yang sering bermasalah akibat hormon.
Tip Makan Mee Segera Semasa Mengandung
Walaupun tidak disarankan, tapi jika anda benar-benar ingin makan mee segera, anda boleh makan. Tapi dengan syarat-syarat seperti di bawah:
- Sekiranya anda makan mi segera berkuah, buang air rebusan dan gantikan dengan air baru untuk membuat kuah.
- Jangan guna kesemua perencah. Gunakan setengah sahaja untuk mengurangkan kandungan garam.
- Anda juga boleh gantikan perencah dengan menggunakan perasa yang lebih sihat seperti perasa organik seperti cendawan (mushroom seasoning).
- Tambahkan bahan lain seperti sayur-sayuran, telur atau daging untuk menambahkan nutrisi.
- Jangan makan dengan kerap, cukup hanya sebulan sekali.
Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil
#1 Pilih makanan yang kaya fiber
Makanlah makanan yang mengandungi serat yang baik untuk melancarkan penghadaman serta mengurangkan lemak di dalam badan.
Masaklah makanan sendiri di rumah agar dapat mengurangkan jumlah minyak, gula dan perasa. Biasakan kukus, rebus atau panggang makanan supaya minyak di dlm makanan dapat dikurangkan
#2 Minum air yang cukup
Air ialah elemen yang penting dalam tubuh badan. Tanpa air, badan akan menjadi lesu dan letih serta mengalama dehidrasi. Begitu juga untuk ibu mengandung. Janin juga memerlukan air.
Minumlah air sekurang-kurangya 8 gelas sehari supaya badan menjadi sihat.
Selain itu, pelbagaikan hidangan yang berasaskan air seperti buah-buahan dan jus.
Elakkan air manis untuk mengelakkan diabetis sewaktu hamil.
#3 Makanan Laut
Pastikan anda bebas alahan untuk makan makanan laut. Makanan laut ternyata bagus untuk perkembangan otak janin kerana kaya dengan omega 3 dan protein untuk pembentukan janin yang sihat.
Jika anda alah dengan makanan laut, suplemen minyak ikan yang kaya dengan omega 3 juga membantu sedikit sebanyak. Tetapi, pastikan anda merujuk kepada doktor sebelum makan apa-apa supplemen.
#4 Produk Tenusu
Produk tenusu kaya dengan protein dan kalsium. Protein penting untuk jaringan sel bayi dan membentuk tulang kuat dan sihat. Produk tenusu juga penting untuk ibu mengandung.
#5 Kekacang dan bijirin
Kekacang antara makanan yang kaya dengan sumber vitamin B dan asid folik yang amat bagus untuk perkembangan saraf bayi.
Ia adalah kaya dengan sumber protein tetapi sumber protein yang terdiri daripada tumbuhan. Ibu mengandung boleh mempelbagaikan sumber protein di dalam diet mereka.
Selain itu, bijirin juga kaya dengan serat, vitamin B, mineral, dan karbohidrat untuk tenaga yang baik.
Vitamin Yang Penting Untuk Ibu Mengandung
#1. Asid folik
Asid folik, juga dikenali sebagai folat – adalah vitamin B yang penting untuk wanita hamil. Asid folik boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kelahiran yang serius pada otak dan tulang belakang janin yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf (NTD).
Menurut beberapa kajian, pengambilan asid folik boleh membantu mencegah masalah jantung dan kecacatan kelahiran dalam mulut bayi anda (dipanggil sumbing bibir dan lelangit).
Apabila hamil, anda memerlukan 600 mcg asid folik setiap hari. Kerana sukar untuk menerima asid folik sebanyak ini daripada makanan sahaja, anda harus mula mengambil vitamin pranatal setiap hari dengan sekurang-kurangnya 400 mikrogram sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum pembuahan dan untuk 12 minggu pertama kehamilan.
nutrisi, nutrien makanan, maksud nutrisi, makanan yang memberi tenaga, zat makanan
Hati berlemak, kekacang, kacang kering dan lentil, telur, kacang dan mentega kacang, serta sayur-sayuran berdaun hijau gelap semuanya merupakan sumber folat yang baik.
#2. Protein
Protein adalah penting untuk perkembangan sihat tisu dan organ bayi, termasuk otak. Ia juga membantu dalam pembentukan tisu payudara dan rahim semasa hamil. Selain itu, ia turut membantu meningkatkan bekalan darah anda, membolehkan lebih banyak darah dipindahkan kepada bayi yang dikandung.
Semasa setiap trimester kehamilan, keperluan protein anda meningkat. Penggunaan protein semasa kehamilan perlu ditingkatkan lebih daripada beberapa cadangan semasa.
nutrisi, nutrien makanan, maksud nutrisi, makanan yang memberi tenaga, zat makanan
Bergantung kepada berat badan dan trimester, anda perlu mengambil 70 hingga 100g protein setiap hari. Rujuk doktor anda untuk menentukan jumlah protein yang anda perlukan. Daging lembu dan daging tanpa lemak, ayam, salmon, badam, mentega kacang, keju kotej dan kekacang semuanya tinggi protein.
#3. Zat besi
Badan anda menggunakan zat besi untuk menghasilkan darah tambahan yang anda dan janin perlukan semasa kehamilan. Wanita yang tidak hamil memerlukan 18 mg zat besi setiap hari. Wanita hamil memerlukan tambahan 27 mg sehari. Kebanyakan suplemen pranatal mengandungi kuantiti yang meningkat ini.
Selain mengambil vitamin pranatal yang diperkaya dengan zat besi, anda harus mengambil makanan kaya zat besi seperti kekacang, lentil, bijirin sarapan yang dipertingkatkan, daging lembu, ayam belanda, hati, dan udang. Anda juga harus mengambil makanan yang membantu dalam penyerapan zat besi, seperti oren, limau gedang, strawberi, brokoli, dan lada.
#4. Kalsium
Kalsium ialah mineral yang membantu mengembangkan tulang dan gigi janin anda. Wanita berumur 18 tahun ke bawah memerlukan 1,300 mg kalsium setiap hari. Wanita berumur 19 tahun ke atas memerlukan 1,000 mg setiap hari.
Ini Antara Nutrisi Penting & Vitamin Yang Diperlukan Wanita Ketika Hamil
Makanan yang kaya dengan kalsium seperti sardin, kacang, buah tin kering, badam, keju kotej, hazelnut, daun pasli, biji popi biru, brokoli, kubis Itali, keju, susu.
Sumber kalsium terbaik ialah susu dan produk tenusu lain seperti keju dan yogurt. Jika anda mengalami kesukaran mencerna produk susu, cuba brokoli, makanan yang diperkaya (bijirin, roti dan jus), badam dan bijan, sardin atau ikan bilis dengan tulang, dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap. Suplemen kalsium adalah satu lagi sumber kalsium.
#5. Kolin
Kolin membantu dalam perkembangan otak janin anda. Ia juga boleh membantu dalam pencegahan beberapa keabnormalan kelahiran biasa. Wanita hamil perlu mengambil 450 mg kolin setiap hari, menurut pakar.
Ayam, daging, telur, susu, produk soya dan kacang semuanya mengandungi kolin. Walaupun badan mencipta beberapa kolin sendiri, ia tidak mencukupi untuk membekalkan semua keperluan anda semasa hamil. Kolin adalah penting untuk diet anda kerana ia tidak terdapat dalam kebanyakan suplemen pranatal.
#6. Asid lemak omega-3
Asid lemak omega-3 adalah sejenis lipid yang terdapat dalam pelbagai jenis ikan. Asid lemak omega-3 mungkin bermanfaat untuk perkembangan otak sebelum dan selepas kelahiran. Asid Docosahexaenoic (DHA) ialah sejenis asid lemak omega-3 yang membantu pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu hamil perlu bijak untuk mencatur pemakanan sendiri, jadi bukanlah tidak boleh untuk ‘indulge’ diri sekali sekali dengan makanan segera. Cuma anda haruslah mengamalkan pemakanan sihat yang seimbang.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia
Baca juga: 7 Tips Masakan Guna Air Fryer, Sesuai Untuk Ibu Hamil
Baca juga: Ibu Hamil Boleh Makan Lamb Chop? Adakah Jenis Daging Yang Perlu Dielak?