Makan Roti Pun Boleh Buat Rahim Kembang Ketika Berpantang? Biar Betul...

Ada yang larang ibu hamil makan roti ketika berpantang kerana boleh sebabkan rahim kembang. Benarkah perkara ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Roti adalah makanan yang sering diambil ibu dalam pantang kerana ia mengenyangkan. Tetapi benarkah makan roti ketika dalam pantang boleh buat rahim kembang?

Apakah sebenarnya maksud rahim kembang? Rahim mengembang, ini dinamakan uterine atony, dan inilah menyebabkan pendarahan yang teruk selepas bersalin.

Makan roti boleh sebabkan rahim kembang selepas bersalin?

kredit: healthdigest

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin, pakar nutrisi dan pakar perubatan tidak pernah suruh ibu lepas bersalin berpantang makan roti jika tiada sebarang alahan pada makanan berkenaan.

Mereka yang mengatakan roti perlu pantang kerana menyebabkan rahim kembang disebabkan dalam roti ada yis adalah auta yang perlu diperbetulkan. 

Mengapa?

#1. Roti tidak mengembang selepas dimasak

Roti tidak boleh mengembang selepas di masak. Yis pula ada sejenis sel fungus hidup yang boleh menghadamkan gula dari kanji dalam tepung dan kemudian mengeluarkan gas karbon dioksida.

Bila kita campur adunan tepung bersama yis, pengeluaran gas ini menyebabkan adunan itu mengembang dan naik, maka apabila roti dibuat dengan adunan tepung yang mengandungi yis, roti itu menjadi lebih lembut dan lebih ringan ringan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di dalam kepanasan oven, ia akan terus mengembang dan naik semasa dimasak. Tetapi bila suhu dalam oven sudah tinggi dan roti sudah dimasak, yis akan mati.

Sebab itulah roti yang sudah siap dimasak tidak boleh mengembang. Selepas dah masak yis di dalam roti tu dah mati dan tiada apa lagi yang boleh mengembang.

#2. Makanan tidak boleh mengembangkan rahim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa-apa yang kita makan tidak boleh menyebabkan rahim kembang. Tiada makanan yang boleh mengembangkan rahim.

Bila kita makan roti, roti itu masuk ke dalam organ penghadaman perut, bukan ke dalam organ peranakan rahim. Perut dan rahim ialah dua organ yang berbeza dan tidak bersambung.

Bila roti itu dikunyah dan ditelan, ia masuk melalui kerongkong ke dalam perut, bukan ke dalam rahim. Di dalam perut, roti itu dihadamkan lagi oleh enzim di dalam perut sehingga lumat menjadi molekul glukosa, yang kemudiannya diserap melalui dinding perut dan usus ke dalam saluran-saluran darah kecil kapilari yang mengelilingi dinding perut dan usus.

Dalam saluran darah, molekul-molekul glukosa, di bawa ke seluruh badan untuk digunakan sebagai tenaga. Jika anda makan roti banyak-banyak, glukosa yang berlebihan akan ditukar menjadi lemak badan untuk disimpan, dan inilah yang boleh menyebabkan obesiti.

#3. Selepas bersalin, proses penghadaman kita sama seperti sebelum bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting ialah makanlah dengan bersederhana, jangan makan berlebihan, tidak kira dah bersalin atau sebelum bersalin. Pilihlah makanan sihat berkhasiat dan seimbang, tidak kira sebelum bersalin atau selepas bersalin.

#4. Angin tidak boleh masuk ke dalam rahim

Angin tidak boleh mengembangkan rahim. Dah berpuluh-puluh tahun saya buat pembedahan rahim, saya tak pernah pun jumpa angin kat dalam rahim.

Apa yang boleh menyebabkan rahim membesar hanyalah kehamilan dan ketumbuhan (seperti fibroid, adenomyosis, dan kanser), bukan angin.

Sebab-sebab rahim kembang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rahim kembang ia termasuklah:

#1. Otot rahim meregang terlalu besar sebelum bersalin

Ia boleh berlaku apabila, air ketuban terlalu banyak (polyhydramnios), kehamilan kembar seperti dua , tiga dan empat serta jika bayi terlalu besar.

#2. Proses bersalin terlalu lama

Proses bersalin yang terlalu lama boleh menyebabkan berlakunya rahim kembang kepada ibu-ibu yang boleh menyebabkan komplikasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ibu bersalin banyak kali

Jika ibu sudah pernah bersalin banyak-banyak kali dan otot rahim lambat mengecut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Minuman Berais Boleh Menjadi Punca Rahim Kembang Selepas Bersalin? Ini Penjelasan Doktor

Baca juga: Mula-Mula Scan Kembar, Kemudian Tinggal Satu Bayi Saja! Itulah Sindrom Bayi Kembar Hilang Dalam Rahim

Baca juga: Ibu Ada 2 Rahim Melahirkan Bayi Kembar Selepas Sebulan Bersalin Anak Sulung

Penulis

Lala Annuar