TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Betul Ke Lepas Bersalin Tak Boleh Minum Air Ais, Nanti Rahim Kembang? Jawapannya AUTA!

4 min bacaan
Betul Ke Lepas Bersalin Tak Boleh Minum Air Ais, Nanti Rahim Kembang? Jawapannya AUTA!

Ramai yang takut nak minum air berais lepas bersalin sebab takut rahim kembang. Jom kita baca penjelasan doktor ini mengenainya.

Seringkali kita dengar, ibu lepas bersalin tak boleh minum air berais, nanti rahim kembang katanya. Sejauh manakah betul dan logik dakwaan ini?

Ia dikatakan sebagai nasihat turun temurun untuk wanita bersalin yang mana mereka ini tidak dibenarkan minum air berais selepas bersalin kerana bimbang akan mengalami rahim kembang dan seterusnya bentan.

Semakin moden dunia dengan pelbagai teknologi canggih, makin ramai yang mempersoalkan perkara ini dan cuba mencari jawapan adakah ia benar.

Rahim kembang sebab minum ais? 

Rahim kembang

Kredit: icecubeshape

Kali ini kami kongsikan penerangan jelas daripada pakar perubatan dan sakit puan, Dr Imelda Balchin mengenai perkara ini. 

Menurut doktor ini, selepas bersalin, jika rahim mengembang, ini dinamakan uterine atony, dan inilah menyebabkan pendarahan yang teruk selepas bersalin.

Uterine atony atau rahim kembang ni bukan sebab minum air ais. Ia berlaku atas beberapa sebab. 

Sebab-sebab rahim kembang

Rahim kembang

kredit: klikdokter

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rahim kembang ia termasuklah: 

#1. Otot rahim meregang terlalu besar sebelum bersalin

Ia boleh berlaku apabila, air ketuban terlalu banyak (polyhydramnios), kehamilan kembar seperti dua , tiga dan empat serta jika bayi terlalu besar.

#2. Proses bersalin terlalu lama

Proses bersalin yang terlalu lama boleh menyebabkan berlakunya rahim kembang kepada ibu-ibu yang boleh menyebabkan komplikasi. 

#3. Ibu bersalin banyak kali

Jika ibu sudah pernah bersalin banyak-banyak kali dan otot rahim lambat mengecut.

Apa yang doktor buat bila ada kes rahim kembang?

Menurut doktor ini, perkara yang akan doktor buat adalah memaksa rahim mengecut dengan ubat mengecutkan rahim sambil mengurut rahim dan mengeluarkan uri placenta atau darah dari dalam rahim untuk membantunya mengecut yang mana ini akan menghentikan pendarahan.

Jika sudah ada banyak pendarahan, ibu kehilangan haba daripada badan ibu melalui pendarahan itu dan dia akan kesejukan. Disebabkan itu, kita mesti memanaskan badan ibu semula dengan electric blanket, minum air suam, dan transfusi darah jika perlu.

Kita tidak boleh membenarkan ibu kesejukan selepas pendarahan yang teruk sekiranya tiada transfusi darah, sebab kesejukan badan ini (hypothermia) boleh menyebabkan darah menjadi cair (DIVC) dan lebih pendarahan lagi. Kesejukan badan ibu boleh mengganggu fungsi organ dalaman.

Kegagalan organ dalaman atau multi organ failure selepas pendarahan yang teruk boleh menyebabkan ibu meninggal dunia.

Apa relevannya dengan ais dan rahim kembang?

Rahim kembang

Kredit: sehatq

Katanya, zaman nenek moyang dulu, ibu yang bersalin di rumah ada lebih masalah pendarahan jika dibandingkan dengan bersalin di hospital kerna tiada skilled birth attendant dan ubat untuk cepat-cepat membantu rahim mengecut dan menghentikan pendarahan

Zaman kini tidak lagi kerana semua ibu dapat ubat suntikan mengecutkan rahim sebelum pendarahan berlaku untuk mencegah pendarahan yang teruk.

Dulu, ibu bersalin di rumah tidak dapat ubat suntikan mengecutkan rahim yang ibu zaman sekarang semua dapat, disebabkan itu zaman sekarang kurang masalah pendarahan seperti yang dialami oleh ibu zaman dulu.

Zaman dulu, ibu yang hamil dengan diabetes tidak tahu ada diabetes dan tidak dapat rawatan diabetes, maka bayi boleh menjadi terlalu besar (macrosomia), air ketuban terlalu banyak (polyhydramnios), susah bersalin, dan selepas bersalin boleh dapat uterine atony dan pendarahan yang banyak tanpa bantuan mengecutkan rahim.

Sebab inilah pada zaman dulu, kadar kematian ibu bersalin adalah 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar kematian ibu zaman sekarang.

Dulu, nenek moyang kita mesti mengurut rahim berhari-hari untuk membantu rahim mengecut walaupun ini memberi kesakitan kepada ibu-ibu.

Mereka mesti memastikan badan ibu dipanaskan sebab ramai ibu ada pendarahan teruk dan tiada transfusi darah, maka sebab itulah mesti pakai baju tebal-tebal, mesti tutup kipas dan tak bagi minum air sejuk atau air ais. Ibu juga terlalu lemah untuk bangun dan dipaksa baring.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin

Baca juga: Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Betul Ke Lepas Bersalin Tak Boleh Minum Air Ais, Nanti Rahim Kembang? Jawapannya AUTA!
Kongsikan:
  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham