Panduan Lengkap Menyediakan Makanan Untuk Anak Usia 1 Hingga 3 Tahun

Bingung nak sediakan makanan jenis apa yang sesuai untuk anak? Apa kata anda ikut panduan makanan anak mengikut umur 1-3 tahun ini. Ia amat berguna!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda baru mula memperkenalkan makanan pejal untuk anak tapi kurang pasti makanan anak yang sesuai? Jangan bimbang, kami di theAsianparent akan menyediakan panduan makanan anak 1 hingga 3 tahun buat rujukan anda.

Apabila mula memberi makanan kepada anak, biarkan anak menentukan berapa banyak dia ingin makan.

Kita sebagai ibu bapa tidak seharusnya paksa anak untuk menghabiskan makanan dalam pinggan, jika mereka benar-benar tidak mahu makan.

Panduan untuk makanan anak 0 – 1 tahun 

Semasa fasa ini, susu ibu dan susu formula adalah makanan yang terbaik buat anak.

Sebaik saja anak genap 6 bulan, ibu bapa perlu mula memperkenalkan makanan pejal. Anda akan mendapati bayi makan apa saja yang diberikan padanya.

Dia suka mencuba citarasa dan tekstur yang berbeza kerana ini merupaan pengalaman baru buatnya.

Elakkan menambahkan gula dan garam ketika menyedia makanan anak. Biar bayi menikmati rasa semulajadi makanan.

Pastikan makanan anak dimasak dan dipuri hingga lembut. Ibu bapa perlu memastikan makanan itu senang ditelan kerana anak masih tidak mempunyai gigi untuk mengunyah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ataupun ibu bapa lebih suka melakukan baby led weaning? Apa pun keputusan anda, jangan lupa untuk menggunakan petua “4 days wait rule” apabila memperkenalkan makanan baru pada anak.

Makanan untuk anak usia 1 – 2 tahun 

Pada umur ini, makanan anak mungkin akan menjadi lebih kompleks. Makanan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ada sekurang-kurangnya 2 komponen penting iaitu protein dan karbohidrat.

Contohnya bubur ayam, nasi ayam ataupun mee sup dengan daging cincang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa boleh memberi makanan yang mempunyai lebih banyak tekstur kerana anak sudah mempunyai gigi untuk mengunyah.

Tapi anda masih perlu potong kecil makanan anak supaya lebih senang dimakan.

Makanan untuk anak usia 2 – 3 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak mencapai umur 3 tahun, ibu bapa boleh mencuba cara lain yang lebih kreatif untuk menyediakan makanan buatnya.

Sedikit demi sedikit makanan anak akan mula nampak macam makanan orang dewasa dan mempunyai lebih banyak hidangan sayur atau daging yang berbeza.

Ibu bapa masih perlu berhati-hati ketika menyediakan makanan dan memastikan kandungan garam dan rempah tidak terlalu banyak dalam makanan tersebut.

Tapi tekstur makanan yang disediakan tidak perlu selembut makanannya dulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih senang apabila anak boleh ikut makan sekeluarga. Ia tidak hanya membina ikatan tetapi mungkin boleh membuka peluang untuk anak mencuba makanan lain!

Apakah makanan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil? Mari kongsi di ruang komen di bawah!

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Baca juga: Lauk Resepi Ayam Untuk Anak Yang Pasti Sedap – Jangan Terkejut Kalau Anak Minta Tambah Nasi Lagi!

Baca juga: 5 Resepi Salmon Untuk Bayi, Tinggi OMEGA-3, Baik Untuk Perkembangan Otak Anak

Penulis

Rosanna Chio