Ibu, JANGAN SESEKALI BERI 10 Jenis Makanan Bahaya Ini Pada Bayi Anda Ya!

Jika anda berniat untuk memberi salah satu makanan yang disenaraikan ini kepada bayi anda, mungkin anda perlu tangguh dahulu ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi mula boleh makan, ibu pasti teruja untuk memberi pelbagai jenis makanan untuk si manja anda, bukan? Tetapi tahukah anda beberapa makanan bahaya untuk tubuh anak sekiranya diberi terlalu awal?

Bayi yang baru berusia 2 tahun ke bawah khususnya masih tidak boleh menerima beberapa jenis makanan. Sebab itulah kita sebagai ibu bapa harus sentiasa mengawasi pemakanan si kecil.

Tambahan lagi, beberapa jenis makanan ini bukan sahaja tidak sesuai untuk bayi, malah untuk orang dewasa juga.

Makanan Bahaya Yang Boleh Memberi Risiko Buruk Kepada Si Manja

Kanak-kanak masih lagi belajar untuk mengunyah dan menelan dengan baik, walaupun mereka mungkin kelihatan sudah bijak untuk melakukannya.

Hal ini harus diambil serius oleh ibu bapa dan orang dewasa yang lain kerana tidak semua makanan yang diambil oleh kita sesuai untuk kanak-kanak terutamanya bayi! Apakah jenis makanan yang tidak boleh diambil oleh bayi dan kanak-kanak?

Makanan Bahaya Untuk Bayi #1 Susu Lembu

Susu lembu yang diproses, yang dijual dalam kotak atau botol tidak sesuai diberi kepada bayi sebagai pengganti susu ibu atau susu formula. Ini terutamanya bahaya untuk bayi yang berusia 1 tahun ke bawah. 

Ia kerana susu lembu sukar untuk dihadam oleh bayi. Sebaiknya, sumber susu lembu diberi dalam bentuk yogurt dan makanan yang dibakar seperti biskut/kek sahaja.

Makanan Bahaya Untuk Bayi #2 Makanan yang Kenyal atau Keras

Makanan yang kenyal seperti bertih jagung (popcorn) atau gula-gula keras merupakan makanan bahaya untuk bayi, malah kanak-kanak kerana boleh menyebabkan tercekik!

Makanan Bahaya Untuk Bayi #3 Sayur yang Masih Mentah

Sayuran mentah yang keras (seperti lobak), kepingan buah-buahan dalam tin, dan buah-buahan bulat yang besar seperti anggur dan blueberry jumbo – semuanya merupakan makanan bahaya yang boleh membuat si kecil tersedak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Potong buah-buahan menjadi kepingan yang lebih kecil dan stim sayur dahulu sebelum memberi kepada anak anda.

Makanan Bahaya Untuk Bayi #4 Kekacang

Semua jenis kacang sebenarnya berbahaya kerana boleh bawa risiko tercekik pada kanak-kanak di bawah usia 4 tahun.

Sebaiknya, mentega kacang yang dihalusi dan disapu ke atas roti bakar merupakan pilihan yang lebih baik.

Makanan Bahaya Untuk Bayi #5 Madu

Madu sama sekali tidak boleh diberikan kepada bayi yang berusia 1 tahun ke bawah kerana mengandungi bakteria bahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bakteria ini boleh menyebabkan keadaan botulisme yang sangat berbahaya, yang boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius pada bayi!

Makanan Bahaya Untuk Bayi #6 Kafein

Apa sahaja sumber kafein seeloknya tidak diberi kepada kanak-kanak, sama ada kopi, teh atau soda. Cukuplah si kecil itu membuatkan anda berjaga sepanjang malam!

Makanan Bahaya Untuk Bayi #7 Jus Buah yang Terlalu Banyak

Jus buah sememangnya mempunyai khasiat seperti vitamin yang bagus untuk anak.

Walau bagaimanapun, terlalu banyak jus buah (melebihi 4oz sehari) sebenarnya tidak elok untuk kanak-kanak kerana boleh menyebabkan cirit-birit pula. Kasihan pula dengan mereka!

Makanan Bahaya Untuk Bayi #8 Keju yang Tidak Dipasteur

Keju yang tidak dipasteur mempunyai risiko keracunan makanan terhadap kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakkan keju di Malaysia telah dipasteur dengan baik, namun kami nasihatkan anda semak dulu label sebelum membeli keju di pasaran ya.

Makanan Bahaya Untuk Bayi #9 Makanan Laut

Makanan Yang Bahaya Untuk Bayi #10 Ikan dengan Merkuri Tinggi

Ikan pedang, jerung, tilefish atau makarel raja, yang tinggi merkuri bukan sahaja tidak dibenarkan kepada kanak-kanak, malah orang dewasa tidak boleh makan hidangan ini dengan kerap.

Semoga bermanfaat.

Makanan apa yang baik untuk anak 2 tahun?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Sumber: Parents.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compemakanan-untuk-anak-anak-yang-sedang-membesar/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman