1. Hati ayam
Kredit: Times Food
Ibu tahu tak hati ayam bagus diamalkan ketika mengandung? Ia kerana nutrisi yang terkandung dalam hati ayam dapat memberikan oksigen yang cukup untuk baiki dan melancarkan darah pada plasenta dan janin.
2. Daging ayam tanpa kulit
Semasa mengandung, ibu digalakkan untuk makan daging ayam tanpa kulit. Kenapa? Sebabnya daging ayam ini mengandungi zat besi yang tinggi.
Malah protein yang terdapat pada daging ayam terbukti mampu membentuk dan meningkatkan kecerdasan bayi sejak dari dalam perut ibu.
3. Tuna dan salmon
Dua jenis ikan ini memang menjadi favourite semua orang, kan? Ia mengandungi protein dan Omega 3 yang mampu memperkuatkan otak bayi.
4. Kacang merah
Nutrisi kacang merah memang banyak seperti protein, Omega 3, serat, magnesium, kalsium dan antioksidan. Nutrisi ini dapat meningkatkan sel darah merah dan kecerdasan otak bayi secara teratur.
5. Sayur kubis
Sayur kobis mampu menjaga dan melindungi perkembangan otak bayi.
6. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran terbaik yang dapat mencegah bakteria jahat masuk melalui saluran darah untuk menuju ke otak bayi.
7. Jagung manis
Kredit: The Spruce Eats
Sedapnya bila dapat makan jagung manis panas-panas, kan? Sebenarnya jagung juga bagus dimakan ibu mengandung kerana ia mengandungi vitamin B kompleks yang boleh meningkatkan kecerdasan otak bayi.
8. Kuning telur
Kuning telur mengandungi kolin yang tinggi dan dapat meningkatkan perkembangan sel otak bayi menjadi aktif dan sihat.
9. Susu rendah lemak
Ketika mengandung, ibu digalakkan mengambil minuman susu rendah lemak kerana ia mengandungi kalsium yang dapat meningkatkan perkembangan dan daya tahan otak bayi.
10. Yogurt
Tahu tak yogurt juga mengandungi sumber protein dan kalsium yang boleh menyihatkan dan melindungi otak bayi yang sedang terbentuk?
11. Kacang tanah
Kacang tanah bila dibuat goreng atau kuah kacang, hmmm sedap, kan? Bahkan, kacang tanah mengandungi protein dan asid folic yang bagus serta terbukti dapat mencegah otak dari penyakit dan bantu kuatkan tulang belakang bayi.
12. Kacang kedelai
Kacang ini mengandungi asam amino yang dapat membentuk struktur sel otak supaya kuat sejak usia kandungan 3 ke 4 bulan.
13. Sardin
Antara kebaikan ikan sardin semasa mengandung ialah ia dapat mempercepatkan rangsangan otak bayi.
14. Beras perang
Beras perang adalah sumber karbohidrat yang bebas gula. Kandungan nutrisinya dapat menyihatkan saraf otak dan mampu membentuk sel darah merah yang baik untuk bayi dalam kandungan.
15. Oat dan bijirin
Untuk anda yang tak tahu, oat dan bijiran mengandungi vitamin B dan E yang tinggi dan boleh mencegah otak bayi dari serangan virus dan bakteria merbahaya.
16. Kacang hijau
Kelebihan kacang hijau adalah ia dapat memperkuatkan tulang kepala dan otak bayi.
17. Bayam, epal dan betik
Mengandungi zat besi yang sangat baik untuk merangsang saraf otak bayi dan meningkatkan kecerdasan otak.
18. Pisang dan Keju
Pisang dan keju dapat mengatur emosi dan perilaku janin ketika otaknya masih berkembang.