Bayi Lahir Kecil Sebab Ibu Hamil Tak Cukup Zat, Hb Rendah! Pastikan Anda Ambil Makanan Berkhasiat Ya Ibu

Ibu hamil amat perlu ambil makanan berkhasiat untuk elak bayi dalam kandungan terbantut tumbesaran dan dilahirkan kecil dari usia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda ada kerisauan lahirkan bayi kecil? Sebagai ibu hamil, anda perlu pastikan anda dapatkan makanan berkhasiat bagi memastikan bayi dalam kandungan dalam membesar dengan sihat.

Ramai ibu hamil yang runsing bila Hb rendah, mulalah mereka cari jalan bagaimana untuk naikkan Hb. Biasanya apa yang mereka buat adalah makan zat besi untuk naikkan Hb.

Tapi tahukah anda, sebenarnya bukan hanya sebab kekurangan zat bezi, tetapi kekurangan beberapa zat lain juga boleh buat anda kekurangan zat dan bayi di dalam kandungan tidak membesar.

Ibu ambil makanan berkhasiat elak bayi kecil masa lahir

Tahukah anda, keadaan Hb yang rendah bukan saja membuatkan anda rasa mengantuk, tetapi ia juga akan menyebabkan perkara lain termasuklah:

  • mudah penat
  • mengantuk
  • tidak bermaya
  • bayi kecil

Untuk naikkan Hb, ia bukanlah sekadar mengambil zat besi sebenarnya. Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan Hb turun sekaligus menyebabkan anemia.

Ada 3 sebab Hb boleh turun dan Anemia berlaku iaitu zat di bawah yang tidak cukup iaitu:

  1. Zat besi
  2. Folate
  3. Vitamin B12

Cara mengatasi masalah ketika hamil

Kami kongsikan beberapa cara untuk atasi Hb rendah dan anemia ketika hamil:

#1. Zat besi tidak cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • kalau zat ini tak cukup susah nak angkut oksigen ke seluruh badan
  • jenis anemia yang paling kerap jumpa
  • tingkatkan pengambilan sumber zat besi seperti ayam,daging,kerang,sayur berdaun hijau,hasil bijirin seperti cereal/roti gandum/oat

#2. Folate tak cukup

  • kalau zat ni tak cukup badan susah nak hasilkan sel darah merah yang baru
  • dibantu oleh supplemwnt acid folik yang semua ibu mengandung dapat selain dari elak masalah seperti spina bifida ia juga elak dari Hb turun dan akibat berat badan bayi semasa lahir rendah
  • punca folate dari makanan adalah seperti telur, brokoli, sayur berubi dan buah buahan citrus (oren,limau,lemon)

#3. Vitamin B12 tidak mencukupi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ini berperanan nak membuat sel darah merah yang sihat dan sempurna
  • Selalu terjadi dalam kumpulan vegetarian
  • Makanan kaya dengan zat ini terdiri dari ayam, susu dan hasil tenusu dan telur

Makanan berkhasiat sesuai untuk ibu hamil

Makanan untuk ibu hamil muda atau enam bulan pertama kehamilan (trimester pertama dan kedua), sebaiknya mengandungi kalori kira-kira 2,000 kalori setiap hari.

Namun, selama tiga bulan terakhir kehamilan (trimester ketiga), Ibu hamil akan memerlukan tambahan 200 kalori per hari, sehingga totalnya sekitar 2,200 kalori per hari.

Untuk jenis makanan, wanita hamil digalakkan mengambil 10% kalori daripada protein, 35% kalori daripada lemak, dan 55% sumber kalori lain dari karbohidrat.

Disamping sumber kalori tersebut makanan ibu hamil juga harus mengandungi lebih banyak zat besi, kalsium, vitamin A, B dan C, folat, magnesium, selenium (yang diperlukan untuk kelenjar tiroid) dan zink.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pisang

Pisang baik dimakan untuk ibu hamil timester pertama kerana dapat mengurangkan mual yang biasanya dialami ibu hamil pada tiga bulan pertama.

#2. Bayam

Sayuran hijau yang satu ini baik untuk ibu hamil muda kerana banyak mengandungi asid folik. Asid Folik yang mencukupi diperlukan pada awal kehamilan untuk mencegah kecacatan tiub saraf (cacat lahir pada otak dan saraf tunjang). 

#3. Kekacang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebahagian besar dari kita tahu bahawa kekacang merupakan sumber protein dan serat, oleh kerana itu selama kehamilan akan membantu mengatasi sembelit.

Hampir 40 peratus wanita hamil akan menjadi sembelit selama kehamilan. Penyebab sembelit tersebut meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron yang melambatkan gerak pencernaan, dan suplemen zat besi.

Kacang juga mengandungi sumber yang kaya akan asid folik dan zat besi.

#4. Telur

Telur menjadi makanan yang berkhasiat untuk ibu hamil kerana kuning telur mengandungi choline, nutrisi penting yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi (janin) di samping meningkatkan otak anda sendiri. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Untuk Cepat Hamil, Terutamanya Untuk Anak Kedua, No #1 & #4 Paling Berkesan

Baca juga: Kisah Benar 3 Wanita Hebat Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Penuh Cabaran & Dugaan

Baca juga: 7 Tanda Hamil Ketika Masih Menyusu Anak, Anda Pernah Alami Salah Satunya Tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar