Berapa lama anda menanti untuk hamil? Bagi yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat, cuba 6 tips cepat hamil ini sebagai ikhtiar. Semoga usaha anda berhasil, insyaAllah.
Isi Kandungan
Tips Cepat Hamil Bagi Suami Isteri Yang Sudah Lama Mendirikan Rumah Tangga
1. Tips Cepat Hamil Penting: WAJIB Waktu Subur
Tips cepat hamil yang pertama ialah anda perlu tahu waktu subur. Apabila melakukan hubungan seks ketika waktu subur atau semasa proses ovulasi, peratusan untuk wanita itu hamil lebih tinggi.
Sebelum itu, adakah anda tahu apa itu ovulasi? Ia merupakan proses pelepasan ovum (sel telur) dari ovarium (indung telur). Ketika proses ovulasi, sel telur akan bergerak menuju ke follopian tube.
Kemudian, apabila ia bertemu dengan sel sperma dan bercantum, maka terjadilah kehamilan. Jika tidak bertemu atau tiada sel sperma ketika itu, wanita akan mengalami haid seperti setiap bulan.
Ovulasi berlaku pada 14 hari sebelum haid seterusnya. Sebab itu, wanita perlu tahu tarikh mula haid dan kitarannya.
Macam mana nak kira dan tahu? Sila install application kiraan haid atau kira waktu subur anda dengan cara ini.
2. Jangan Buat Seks Terlalu Kerap
Kebanyakan orang selalu anggap buat seks dengan kerap akan dapat hasil yang lebih baik. Sedangkan, tak ada pun kajian mana-mana yang cakap macam itu. Sebab itu, tak semestinya kena kerap buat seks baru cepat hamil.
Ia bergantung kepada seseorang itu untuk melakukan hubungan seksual. Ada yang dua tiga kali buat sudah hamil dan ada juga yang makan tahun. Sabar ya, nanti Allah kurniakan juga seorang cahaya mata buat kalian.
Tapi kekerapan melakukan hubungan intim ketika waktu yang sesuai atau subur boleh membuatkan wanita cepat hamil.
3. Lakukan Benda Ini Selepas “Bersama” Suami/Isteri
- Tips cepat hamil seterusnya ialah, anda perlu beri sedikit waktu untuk sperma berada dalam serviks selepas melakukan hubungan seksual.
- Selepas melakukan hubungan seksual, isteri perlu berada dalam posisi baring dengan kaki dan pinggul lebih tinggi bagi meningkatkan kehamilan.
- Isteri disarankan untuk tidak terus bangun bagi mencuci vagina, biarkan ia dalam beberapa minit.
- Cara cepat hamil: ketika basuh vagina elakkan pakai sabun. Anda hanya perlu basuh ia dengan air suam atau air paip saja.
- Suami jangan pakai pakaian dalam yang ketat semasa tidur kerana ia membuatkan pembentukan sperma terganggu. Ini cara cepat hamil yang suami perlu ingat!
- Suami juga perlu elak mandi air panas terlalu kerap kerana ia membuatkan sperma terbantut.
4. Amalkan Gaya Hidup Berkualiti
- Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Ia merupakan cara mudah hamil yang perlu dititik beratkan untuk isteri cepat mengandung.
- Anda dan suami perlu bersama-sama menjaga gaya dan kualiti hidup seperti pemakanan yang sihat, bersenam, bijak mengawal tekanan dan menjaga berat badan yang ideal.
- Henti merokok. Amaran keras!
- Beri fokus ketika melakukan hubungan seksual jangan terlalu fikir untuk dapat anak. Lakukan ia secara natural dan berlembut.
5. Bijak Mengawal Orgasma
Tahu tak orgasma itu apa? Orgasma adalah kepuasan isteri ketika bersama suami. Jika isteri mencapai orgasma (atau klimaks) ketika suami berejakulasi, peratusan untuk hamil akan lebih tinggi.
Oleh itu, suami isteri perlu mengawal orgasma dengan lebih berhati-hati supaya sperma sampai dengan selamat ke dalam ovum.
Sebab itu selepas bersama isteri, tanyakan padanya sama ada dia puas atau tidak. Pastikan dia mendapat kepuasan yang diingini dan tidak berpura-pura menjaga hati suaminya.
Buat anda sebagai suami, berilah yang terbaik supaya isteri bertambah sayang. Tak gitu?
6. Berdoa
Cara mudah hamil yang paling penting adalah doa. Setelah berusaha, kemudian berdoa pada yang Maha Berkuasa supaya dikurniakan zuriat yang baik, soleh dan solehah. Kemudian amalkan baca doa Nabi Zakaria ini.
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).
Baca juga doa dalam surah Al-Anbiya ayat 89 yang mempunyai maksud untuk mendapatkan anak.
Cara Cepat Mengandung Selepas Haid
Umum mengetahui bahawa selepas haid, adalah waktu subur bagi wanita. Ada beberapa cara cepat mengandung selepas haid yang perlu anda tahu.
1. Ambil Asid Folik dan Makan Makanan Sihat
Fungsi utama asid folik adalah untuk membantu pembentukan sel darah merah, menggalakkan pertumbuhan segera sel dan untuk pembentukan otak janin. Dos yang ditetapkan untuk diambil sebelum mengandung adalah kira-kira 400mg dan ketika mengandung, ia boleh naik hingga 600 hingga 800mg.
Menyediakan badan dengan asid folik, sebulan sebelum mengandung dikatakan dapat mengurangkan penyakit spina bifida sebanyak 70%.
Bukan itu sahaja, sentiasa menjaga pemakanan yang sihat. Anda digalakkan ambil makanan yang mengandungi sumber protein sihat seperti ayam dan ikan mampu mengekalkan kestabilan homon dan mengatur kesuburan.
Manakala pengambilan vitamin E yang boleh didapati dari kacang badam, buah avokado, kiwi dan mangga dapat meneutralkan radikal bebas.
2. Ajak Pasangan Pergi Berbulan Madu
Setelah beberapa bulan penat dan tertekan mencari rezeki, apa kata ajak pasangan pergi berbulan madu buat kali kedua.
Ambil peluang ini untuk lebih memahami dan bermanja dengan pasangan tanpa sebarang gangguan. Selain itu, persiapkan diri dengan ilmu hubungan badan yang disukai.
Mudah-mudahan balik nanti akan ada khabar gembira!
3. Menerapkan Posisi Seks Yang Tepat
Cara cepat mengandung selepas haid adalah dengan menerapkan posisi seks yang tepat. Sebenarnya, semua posisi seks dapat anda lakukan. Namun, dengan melakukan posisi tertentu diharapkan akan mempermudah sperma masuk menuju sel telur.
Gaya dan cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi yang digalakkan adalah misionaris, women on top serta doggy style.
Ia dikatakan mampu meningkatkan peluang kehamilan lebih besar dan menjadikan ikhtiar hamil anda membuahkan hasilnya!
4. Take Note Waktu Subur Selepas Period
Sebenarnya anda boleh mengetahui bilakah waktu subur dengan menanda tarikh datang bulan pada kalendar. Bagi anda yang haidnya tidak lancar, masih boleh menggunakan alat untuk mengesan masa ovulasi.
Melakukan hubungan seks ketika waktu subur selepas period membolehkan peluang untuk segera mengandung menjadi lebih tinggi. Ini adalah cara terpenting supaya anda terus ‘lekat’ sebaik sahaja haid.
Petua Cepat Hamil Cara Tradisional
Meskipun kini ada pelbagai kaedah dan teknologi moden dalam perubatan bagi menjayakan ikhtiar hamil, kebanyakan pasangan juga tidak terkecuali untuk mencuba petua cepat hamil cara tradisional.
Ada yang katakan ia berjaya, ada juga masih belum berjaya. Apapun tidak salah kan untuk mencuba tips mudah hamil.
- Tips mengandung cara tradisional: Kisar sebatang lobak merah dan ibu kunyit sebesar jari dengan menggunakan setengah gelas air. Tapis, dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Untuk memaniskannya, campur dengan gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
- Makan taugeh – Bila anda makan makanan Jepun seperti teppanyaki, habiskan taugeh yang diberi kerana taugeh dikatakan menyuburkan dan memekatkan air mani lelaki.
- Tip mengandung: Telur Ayam – Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari.
- Minuman herba- Jika suami atau isteri tidak bernafsu atau lemah, tidak salah mencuba herba Melayu yang kerap digunakan untuk memulihkan kesihatan lelaki — tongkat ali untuk lelaki, dan kacip fatimah untuk wanita.
- Tip mengandung: Pegang bayi baru lahir atau mengasihi anak kecil– Kata orang tua-tua, suami isteri perlu mula hidup berdamping dengan kanak-kanak kecil, samada dengan memelihara anak dari ahli keluarga sendiri, atau memiliki anak sebagai anak angkat yang masih kecil. Dikatakan berkat ini, Allah kasihan dan mengurniakan anak kandung untuk pasangan.
- Tips mudah hamil: Jangan berdiri selepas ejakulasi. Apabila para suami telah memancutkan air mani, anda hendaklah kekal berbaring dan jangan sesekali berdiri supaya ia tidak terkeluar dari lubang faraj anda
- Mengangkat punggung selepas ejakulasi. Dengan meningkatkan paras punggung anda, kedudukan rahim akan berada lebih rendah dan ini dipercayai dapat membantu air mani untuk mengalir memasuki kawasan peranakan anda dengan lebih mudah. Posisi ini sama dengan glute bridge kecuali anda tidak perlu mengeraskan otot punggung dan peha. Letaklah bantal di bawah punggung sebagai sokongan.
- Tips untuk hamil: Biarkan alat sulit suami berada di dalam lubang faraj lebih lama. Ada yang berpendapat bahawa apabila alat sulit suami berada di dalam, air mani tidak dapat keluar dan terdorong untuk memasuki lubang serviks.
- Tips cepat hamil: Berkahwin awal. Tahap kesuburan akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia wanita.
- Tips mudah mengandung: Amalkan makan kurma. Bukan sahaja sebagai sumber tenaga, ia dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita dan meningkatkan libido dan kualiti sperma.
- Pengambilan makanan tinggi zink seperti tiram, daging lembu, ketam, kekacang dan makanan tenusu meningkatkan kualiti dan jumlah sperma yang banyak.
- Tips mengandung cara tradisional: Minum air kelapa bakar. Gunakan kelapa muda sebiji, ketuk 3 batang serai berserta lada hitam, secubit garam dan dibakar atas api yang kuat selama 20 minit. Sebelum minum, baca alfatihah, bismillah lima dan selawat. Boleh amalkan sehari selepas period.
Cara Bersetubuh Untuk Mendapatkan Bayi Dalam Islam
Memiliki anak atau hamil, tidak semudah yang disangka. Kadang-kadang, berapa cepat seseorang wanita itu hamil tidak dapat ditentukan.
Kajian mendapati selepas tiga bulan mencuba, hanya 68 peratus wanita berjaya hamil. Ya, memang tidak dinafikan, hubungan seks yang betul adalah salah satu kunci untuk cepat hamil.
Selain itu, suami isteri juga perlulah tahu cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi dalam Islam.
1. Isteri Perlu Bersedia dan Rela
Sebelum nak berjimak cara Islam, perkara asas adalah isteri rela, sedia, sihat mental dan fizikal untuk melakukan bersetubuh.
Suami kena faham, bila isteri penat, janganlah paksa untuk ajak berjimak pula.
Biarlah, sama-sama rela. Elakkan berjimak ketika waktu stres, sakit, mahupun ketika emosi tidak stabil
2. Bukan Dalam Keadaan Tertekan
Jadi untuk lebih mudah hamil, anda bersetubuh dalam keadaan yang tenang, tiada masalah, tiada kepenatan balik kerja, mahupun stres.
Inilah yang terbaik cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi dalam keadaan tenang dimana lebih membantu untuk lebih mudah hamil.
3. Baca Doa Sebelum Bersetubuh
Baca doa adalah lebih baik bukan hanya untuk cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi semata, malah membantu untuk mudah hamil nanti, bayi dalam kandungan terpelihara dari gangguan syaitan.
Malah semasa melakukan persetubuhan juga, kita dapat elakkan dari berjimak yang boleh mendatangkan dosa.
Bismillahi Allahumma jannibnasy syaitana wa jannibisy syaitana ma razaktana
Maksud: “Dengan nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Kau kurniakan kepada kami.”
4. Berada Dalam Keadaan Bersih
Allah SWT melarang keras suami menggauli istrinya ketika sedang haid. Baik dari segi kesihatan, hal ini boleh berdampak pada peningkatan risiko penyakit menular seksual.
Hal ini disebutkan dalam Al Qur’an surat Al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman:
“Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “Itu adalah sesuatu yang kotor.” Karena itu jauhilah istri pada waktu haid; dan jangan kamu dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka sesuai dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh, Allah menyukai orang yang tobat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (QS Al Baqarah : 222).
5. Bukan Dari ‘Belakang’
Ajaran Islam memberi syarat bahwa berhubungan intim harus dilakukan di tempat semestinya, bukan melalui anus (dubur). Selain tidak diperkenankan, hal ini juga mustahil dapat menghasilkan keturunan.
Dari Abu Hurairah dijelaskan: “Siapa saja yang melakukan hubungan badan dengan wanita yang sedang datang bulan, di bagian dubur, datang ke peramal dan percaya yang dikatakan, maka sesungguhnya dia tidak percaya apa yang diturunkan pada Muhammad” (HR Ibnu Majah).
Tips Cepat Hamil Dalam 2 Minggu
Buat pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti anda berasa teruja untuk merasai gelaran ‘bunting pelamin’ yang selalunya diberikan kepada pengantin perempuan apabila berjaya mengandung dalam satu percubaan sahaja.
Tidak salah sekiranya anda mengandung di awal perkahwinan kerana pada waktu itu bibit-bibit percintaan suami isteri baru mula berputik.
Masih berada dalam fasa bahagia orang kata sampai tak boleh berenggang sesaat pun.
1. Lakukan Hubungan Seks Dengan Kerap
Melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa kondom atau kontraseptif adalah cara utama supaya anda boleh hamil dengan cepat.
Untuk meningkatkan peluang kehamilan, anda dan pasangan anda dinasihatkan untuk melakukan hubungan seks ketika anda sedang ovulasi. Walau bagaimanapun, tempoh ovulasi kadang kala boleh mengalami perubahan dari pelbagai faktor seperti stres atau terlalu letih.
Nak lagi senang, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan menggunakan OPK atau kit ujian kesuburan.
2. Kekalkan Berat Badan Yang Ideal
Ramai pasangan yang mengambil ringan tentang penjagaan berat badan ideal. Badan yang obesiti atau terlalu kurus sebenarnya boleh menganggu kesuburan seseorang. Ia mempengaruhi kualiti sperma atau sel telur buat pasangan suami isteri yang mahukan cepat cahaya mata.
Jadi, pengambilan makanan berkhasiat dan mengehadkan penggunaan kafein sangatlah membantu meningkatkan peluang untuk hamil.
3. Buat Ujian Kehamilan
Membuat ujian kehamilan terlalu cepat bukanlah cara hamil cepat dalam tempoh 2 minggu kerana adakalanya kiraan anda tidak tepat.
Lebih baik jika anda membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya satu hari atau seminggu selepas lewat datang haid. Jika anda lakukan ujian kehamilan terlalu awal boleh jadi keputusannya adalah negatif palsu sedangkan anda hamil.
Pastikan juga anda telah bersama dalam tempoh waktu subur sebelumnya.
Senarai Kaedah Untuk Cepat Hamil
Jika sudah bermacam cara cuba untuk cepat hamil tetapi belum berjaya, apa kata cuba pula beberapa kaedah ini yang membantu proses kesuburan.
- Ubat hormon. Clomid adalah sejenis ubat hormon yang membantu wanita membebaskan telur pada peringkat ovulasi di kitaran haid secara berkesan. Ia perlu dimakan pada hari ketiga haid selama lima hari berturut-turut. Biasanya ovulasi akan berlaku selepas 7 hari dan doktor akan mengesahkan waktu ovulasi dan waktu terbaik untuk bersama.
- Suntikan hormon. Jika ubat hormon tidak berkesan, suntikan hormon boleh dilakukan untuk membentuk telur yang sihat malah membantu meningkatkan jumlah sperma lelaki.
- Intra Urine Insemination (IUI). Kaedah ini digunakan kepada wanita yang mengalami masalah kesuburan yang tidak dapat dijelaskan. Teknik ini dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki kepada sel telur dengan pantas melalui satu tiub halus semasa ovulasi berlaku.
- In-vitro (IVF). Kaedah ini membantu mensenyawakan sampel sperma yang terkumpul dan ovum di dalam makmal. Jika persenyawaan berjaya, embrio akan terbentuk dan dipindahkan ke dalam rahim wanita.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kisah Benar 3 Wanita Hebat Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Penuh Cabaran & Dugaan
Baca juga: 7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Yang Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!
Baca juga: 10 Petua Cepat Mengandung Yang Terbukti BERKESAN, #7 Ramai Tak Tahu Nak Buat