6 tips cepat hamil yang anda patut cuba buat, terutamanya no 2 itu!

lead image

Jangan berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata, pasti suatu hari nanti anda akan merasa betapa indahnya memegang gelaran mummy dan daddy ini.

Berapa tahun anda ambil masa untuk hamil? Ada pasangan yang kahwin sudah lama, tapi tetap belum dikurniakan zuriat. Oleh itu, apakah tips cepat hamil yang berkesan untuk mereka? 

Cahaya mata merupakan penyambung keturunan dan mengeratkan cinta antara suami isteri. Tanpa anak, rumah tangga kadang-kadang rasa sunyi dan tak bahagia. 

Akan tetapi, buat anak ini bukan mudah – hari ini buat, esok terus jadi. Tapi, ia memerlukan kesabaran, berdoa dan beriktiar.

Jadi bagi anda yang merancang untuk ada anak,  jom ikut 6 tips cepat hamil ini! Semoga ia berhasil, insyaAllah. 

6 tips cepat hamil – mari cuba ia!

1. Tahu waktu subur 

tips cepat hamil, tips cepat mengandung, tips cepat mengandung malaysia, tips nak hamil, tips hamil, kaedah untuk hamil, tips untuk hamil dengan cepat, tips hamil dengan mudah

Kredit: quora.com

Tips cepat hamil yang pertama ialah anda perlu tahu waktu subur. Apabila melakukan hubungan seks ketika waktu subur atau semasa proses ovulasi, peratusan untuk wanita itu hamil lebih tinggi.

Sebelum itu, adakah anda tahu apa itu ovulasi? Ia merupakan proses pelepasan ovum (sel telur) dari ovarium (indung telur). Ketika proses ovulasi, sel telur akan bergerak menuju ke follopian tube.

Kemudian, apabila ia bertemu dengan sel sperma dan bercantum, maka terjadilah kehamilan. Jika tidak bertemu atau tiada sel sperma ketika itu, wanita akan mengalami haid seperti setiap bulan. 

Ovulasi berlaku pada 14 hari sebelum haid seterusnya. Sebab itu, wanita perlu tahu tarikh mula haid dan kitarannya.

Macam mana nak kira dan tahu? Sila install application kiraan haid atau kira waktu subur anda dengan cara ini.  

2. Jangan buat seks terlalu kerap 

Kebanyakkan orang selalu anggap buat seks dengan kerap akan dapat hasil yang lebih baik. Sedangkan, tak ada pun kajian mana-mana yang cakap macam itu. Sebab itu, tak semestinya kena kerap buat seks baru cepat hamil.

Ia bergantung kepada seseorang itu untuk melakukan hubungan seksual. Ada yang dua tiga kali buat sudah hamil dan ada juga yang makan tahun. Sabar ya, nanti Allah kurniakan juga seorang cahaya mata buat kalian. 

Tapi kekerapan melakukan hubungan intim ketika waktu yang sesuai atau subur boleh  membuatkan wanita cepat hamil. 

3. Lakukan benda ini selepas “bersama” suami/isteri 

  • Tips cepat hamil seterusnya ialah, anda perlu beri sedikit waktu untuk sperma berada dalam serviks selepas melakukan hubungan seksual.
  • Selepas melakukan hubungan seksual, isteri perlu berada dalam posisi baring dengan kaki dan pinggul lebih tinggi bagi meningkatkan kehamilan. 
  • Isteri disarankan untuk tidak terus bangun bagi mencuci vagina, biarkan ia dalam beberapa minit. 
  • Tips cepat hamil: ketika basuh vagina elakkan pakai sabun. Anda hanya perlu basuh ia dengan air suam atau air paip saja. 
  • Suami jangan pakai pakaian dalam yang ketat semasa tidur kerana ia membuatkan pembentukan sperma terganggu. Ini tips cepat hamil yang suami perlu ingat!
  • Suami juga perlu elak mandi air panas terlalu kerap kerana ia membuatkan sperma terbantut. 

4. Amalkan gaya hidup berkualiti

tips cepat hamil, tips cepat mengandung, tips cepat mengandung malaysia, tips nak hamil, tips hamil, kaedah untuk hamil, tips untuk hamil dengan cepat, tips hamil dengan mudah

kredit: The Indian Express

  • Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Ia merupakan tips cepat hamil yang perlu dititik beratkan untuk isteri cepat mengandung. 
  • Anda dan suami perlu bersama-sama menjaga gaya dan kualiti hidup seperti pemakanan yang sihat, bersenam, bijak mengawal tekanan dan menjaga berat badan yang ideal. 
  • Henti merokok. Amaran keras! 
  • Beri fokus ketika melakukan hubungan seksual jangan terlalu fikir untuk dapat anak. Lakukan ia secara natural dan berlembut. 

5. Bijak mengawal orgasma 

Tahu tak orgasma itu apa? Orgasma adalah kepuasan isteri ketika bersama suami. Jika isteri mencapai orgasma (atau klimaks) ketika suami berejakulasi, peratusan untuk hamil akan lebih tinggi.

Oleh itu, suami isteri perlu mengawal orgasma dengan lebih berhati-hati supaya sperma sampai dengan selamat ke dalam ovum.

Sebab itu, selepas bersama isteri, tanyakan padanya sama ada dia puas atau tidak. Pastikan dia mendapat kepuasan yang diingini dan tidak berpura-pura menjaga hati suaminya.

Buat anda sebagai suami, berilah yang terbaik supaya isteri bertambah sayang. Tak gitu? 

6. Berdoa 

Tips cepat hamil yang paling penting adalah doa. Setelah berusaha, kemudian berdoa pada yang Maha Berkuasa supaya dikurniakan zuriat yang baik, soleh dan solehah. Kemudian amalkan baca doa Nabi Zakaria ini. 

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74). 

Baca juga doa dalam surah Al-Anbiya ayat 89 yang mempunyai maksud untuk mendapatkan anak. 

Setelah berusaha, doa memohon padanya dan berserah pada yang Maha Esa. Semoga anda yang membaca dikurniakan zuriat yang comel dan baik budi pekertinya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Sirap Limau

Baca juga

7 tips dan cara cepat hamil yang terbukti berkesan – ini bukan mitos, ya!