Makanan Berkhasiat Untuk Bayi: Makanan Untuk Anak Anda Berumur 6 Bulan
Pemakanan bayi 6 bulan yang seimbang dan lengkap dengan pelbagai nutrisi dapat menggalakkan proses perkembangan serta tumbesarannya
Bayi anda berusia sekitar 6 bulan dan menerkam segala yang anda makan. Anda tahu dia akhirnya bersedia untuk mula makan makanan pejal dan anda teruja untuk melihatnya ‘makan’ buat pertama kali. Pemakanan bayi 6 bulan amat penting bagi membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk proses perkembangan si manja.
Tetapi dalam keterujaan itu, anda juga mula berasa agak tidak keruan dengan semua produk makanan bayi di pasaran, dan dengan semua maklumat yang anda mungkin dengar dari rakan-rakan dan saudara, atau baca dari buku atau di Internet.
Untuk membuatkan keadaan ini kurang mengganggu anda, di sini ada beberapa maklumat berkaitan dengan persoalan biasa tentang makanan bayi.
Isi Kandungan
Pemakanan Bayi 6 Bulan
Pada usia 6 bulan, bayi biasanya mula memasuki fasa bersedia menikmati makanan pepejal selain susu ibu atau susu formula. Ini adalah masa yang penting dalam perkembangan bayi, dan penyusuan tambahan harus dimulakan dengan perlahan.
Bilakah bayi saya akan bersedia untuk makanan pejal?
Menurut Rina Shaw dari WebMD, kebanyakan bayi bersedia untuk merasa makanan pejal pertama mereka apabila mereka berusia 6 bulan.
Dia menerangkan yang pada usia ini, bayi kehilangan apa yang dipanggil “refleks penyemperitan atau extrusion reflex” yang mereka gunakan untuk menghisap payudara atau botol.
Berikut merupakan beberapa tanda yang bayi anda mungkin bersedia untuk makanan pejal:
- Bayi boleh duduk dengan bantuan seseorang, dan menyokong kepalanya dengan baik
- Dia boleh mengemam makanan di dalam mulutnya berbanding memuntahkannya semula
- Berat badannya sejak kelahiran telah berganda
- Dia menunjukkan banyak minat terhadap apa yang anda makan
Bagaimana saya memilih makanan terbaik untuk bayi saya?
Pakar menunjukkan yang pada usia bayi bersedia untuk mula makan makanan pejal (6 bulan), penyimpanan semulajadi zat besi mereka telah mula berkurangan.
Jadi, ia sangatlah digalakkan untuk anda memberi bayi anda bijirin kaya zat besi, termasuklah makanan yang kaya zat besi secara semulajadi, sebagai beberapa makanan pertamanya.
Menyediakan makanan bayi anda di rumah
Jika anda merancang untuk membuat makanan bayi anda di rumah, pastikan teksturnya lembut dan cair untuk membantu bayi anda menikmati proses pembelajaran bagaimana untuk makan.
Ia digalakkan untuk anda memberi bayi anda buah yang dilumat dan lembut dan sayur yang dimasak dan ditapis. Bersama juga makanan kaya protein seperti dadih kacang soya, kacang dal yang dimasak dan dilecek, dan ikan yang dilumat.
Apabila kemahiran bayi anda untuk menggigit dan mengunyah bertambah baik, anda boleh menambah daging dan ayam yang dicincang halus ke dalam dietnya.
Berikut adalah beberapa pilihan buah dan sayuran yang sesuai sebagai makanan pertama untuk bayi anda:
- Avakado – Avakado penuh dengan nutrien dan lemak asas bagi si kecil anda, termasuk Vitamin A, C, niasin dan folat; dan mineral kalium, fosforus, besi, magnesium dan kalsium.
- Pear – Mengandungi Vitamin A, C dan folat, dan mineral seperti kalium, fosforus, magnesium dan kalsium, pear adalah makanan pertama yang ideal untuk bayi anda.
- Ubi Keledek – Keledek berwarna jingga terang ini adalah makanan hebat dan sarat dengan vitamin seperti Vitamin A, C dan folat, dan mineral seperti kalium, selenium, magnesium dan kalsium.
- Labu – Sangat digemari oleh bayi, labu dipenuhi dengan vitamin A dan beta karotena, dan juga adalah sumber terbaik bagi kalium, protein dan zat besi.
- Pisang – Lagi satu pilihan makanan popular bayi, pisang mempunyai vitamin A, C dan folat, dan mineral seperti kalium, selenium, magnesium dan kalsium.
Cara Memastikan Pemakanan Bayi 6 Bulan Seimbang
4-6 Bulan: Pengenalan Makanan Pejal
- Teruskan penyusuan atau penyusuan susu ibu sebagai sumber utama nutrisi.
- Perkenalkan puri bahan tunggal seperti bijirin beras, epal dan ubi keledek dalam bahagian kecil (1-2 sudu besar) sekali sehari.
- Tingkatkan kekerapan secara beransur-ansur apabila bayi anda menunjukkan kesediaan.
6-8 Bulan: Mengembangkan Rasa dan Tekstur
- Perkenalkan pemakanan bayi 6 bulan dengan pelbagai jenis protein, buah-buahan dan sayur-sayuran campuran, dan bijirin lembut (2-4 sudu makan setiap kali).
- Tawarkan 2-3 kali sehari kerana bayi anda semakin terbiasa dengan makanan pepejal.
- Eksperimen dengan perisa dan tekstur yang berbeza untuk meningkatkan selera si manja semasa sesi pemakanan bayi 6 bulan.
8-10 Bulan: Peralihan kepada Potongan dan Makanan Jari
- Tingkatkan saiz bahagian kepada 1/4 hingga 1/2 cawan buah-buahan yang dipotong dadu, sayur-sayuran yang dimasak dan pasta atau nasi yang dimasak dengan baik setiap hidangan.
- Perkenalkan kepingan kecil bersaiz gigitan dan galakkan makan sendiri dengan makanan jari.
- Ketika sesi pemakanan bayi 6 bulan, fokus pada menggalakkan kemahiran motor halus dan berdikari.
10-12 Bulan: Kebebasan Makan Sendiri
- Sediakan 1/2 hingga 1 cawan gabungan daging lembut, kiub keju, dan kepingan buah-buahan dan sayur-sayuran bersaiz gigitan setiap hidangan.
- Sokong penyusuan sendiri dengan peralatan, beralih secara beransur-ansur kepada makanan keluarga apabila keupayaan mengunyah bayi anda bertambah baik.
Tips Makanan Sihat Dan Seimbang Untuk Bayi
Pelbagaikan Pilihan Makanan
- Tawarkan pelbagai makanan untuk memastikan bayi anda menerima pelbagai nutrien.
- Variasikan buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan bijirin untuk memastikan hidangan menarik dan berkhasiat.
Sertakan Makanan Tinggi Zat Besi
- Perkenalkan makanan kaya zat besi seperti daging, bijirin yang diperkaya dan kekacang untuk menyokong perkembangan kognitif bayi anda.
Berhati-hati Dengan Makanan Berisiko Alahan
- Perkenalkan alergen biasa seperti kacang tanah dan telur dengan berhati-hati, terutamanya jika terdapat sejarah keluarga alahan.
- Rujuk dengan pakar pediatrik anda sebelum memperkenalkan alergen yang berpotensi.
Penghidratan
- Perkenalkan seteguk air dalam cawan yang sesuai dengan umur untuk melengkapkan hidangan.
- Teruskan mengutamakan susu ibu atau formula untuk penghidratan.
Elakkan Gula dan Garam
- Elakkan menambah gula atau garam dalam makanan bayi.
- Fokus pada kemanisan semulajadi buah-buahan dan rasa makanan keseluruhan.
Pantau Pertumbuhan dan Perkembangan
- Sentiasa memantau pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
- Rujuk pakar pediatrik jika anda mempunyai kebimbangan tentang pemakanan atau pertumbuhan bayi.
Membeli makanan pertama bayi anda dari pasaraya
Kebanyakan balang makanan bayi dilabel mengikut tahap pembesaran anak anda. Jadi, jika anda mencari makanan pertama, cari balang makanan dilabel sebagai ‘Tahap 1’, yang mengandungi makanan dipuri ke tahap konsistensi sesuai untuk si manja anda.
Apa yang patut di lihat:
- Tarikh luput pada penutup atau label balang
- Bahawa tutupan vakum pada penutup adalah ketat dan belum terbuka – bahagian tengah penutup sepatutnya sedikit bengkok ke dalam.
- Bahan ramuan – mereka tidak sepatutnya mempunyai garam, gula, pengawet, kanji yang diubah atau pewarna
- Makanan tahap 1 sepatutnya mengandungi hanya satu bahan, iaitu, buah atau sayuran yang digunakan.
Juga, sebelum anda membuka balang untuk menyuap bayi anda, jangan lupa untuk mengelap penutup dan lihat yang apabila anda membukanya, anda mendengar bunyi ‘pop’ yang menunjukkan bahawa penutup itu ketat.
Patutkah saya membeli makanan bayi organik atau menggunakan makanan organik apabila membuat makanan bayi saya sendiri?
Ramai ibu bapa memilih untuk memberi bayi mereka makanan pertama organik, walaupun kosnya lebih mahal. Tetapi, ada juga yang memilih untuk membeli buah atau sayuran yang dihasilkan secara komersial.
Walau apa cara pun, ini adalah satu isu yang boleh diselesaikan secara baik dengan mengambil kira bajet dan kepercayaan keluarga anda.
Walau bagaimanapun, cuba elakkan daripada kurang membeli buah atau sayuran hanya kerana mahu mengurangkan pendedahan anak anda kepada racun perosak.
Sebaliknya, pertimbangkan untuk membeli makanan organik bagi buah atau sayuran berikut yang dianggap sebagai ‘dirty dozen’ – hasil yang biasanya mempunyai saki baki racun perosak yang banyak.
‘Dirty dozen’ seperti saderi, buah pic, strawberi, epal, beri biru, nectarines, lada bengal, bayam, ceri, kale/collard hijau, kentang, dan anggur import.
Ini sebagai cadangan: Jika anda mempunyai ruangan kebun yang mencukupi, apa kata anda tanam buah dan sayur anda sendiri? Walaupun anda tinggal di apartmen, anda masih boleh menanam sayuran seperti herba dan tomato di dalam pasu.
Boleh saya membuat makanan bayi sendiri berbanding membelinya?
Sudah tentu anda boleh! Makanan bayi adalah satu daripada benda paling mudah untuk buat. Apa yang anda perlu buat adalah memuri atau menghancurkan sayuran, bijirin, atau makanan lain yang telah dimasak, kemudiannya menambah sedikit susu badan, susu formula atau air suam untuk mendapatkan konsistensi yang diingini.
- Buahan seperti avakado, pisang dan betik boleh dihancur, ditapis dengan penapis dan dicampur dengan susu badan, formula atau air untuk mendapatkan konsistensi yang bayi anda suka.
- Epal dan pear boleh dipotong dadu dan direbus di dalam air sehingga lembut, diikuti dengan memuri dan mencampurkan dengan susu badan, formula atau air.
- Apabila memasak sayur, ianya adalah lebih baik untuk mengukusnya bagi mengekalkan kandungan nutrien yang maksimum.
- Jika anda memberi anak anda makan bijiran, baca dan ikut arahan pada kotak atau bekas.
- Pertimbangkan untuk memberi anak anda bijirin penuh – terdapat banyak bijirin penuh di pasaran, termasuklah jenama tempatan yang lebih murah daripada beberapa jenama import.
- Jika anda memberi anak makan apa yang ahli keluarga anda makan, ingat untuk mengisarnya dengan halus
Untuk menjadi lebih ekonomikal dan mengurangkan pembaziran, buat puri dalam bilangan yang banyak dan bekukan mereka di dalam bekas saiz yang sesuai (banyak kedai bayi mempunyai koleksi bekas makanan pertama yang bagus) atau malahan di dalam bekas kiub ais.
Dengan cara ini, anda hanya perlu menyahbeku jumlah makanan yang anda perlukan untuk setiap hidangan. Pastikan anda tidak membeku semula makan bayi yang telah dicairkan.
Berapa lama makanan bayi bertahan selepas saya membuka bekasnya?
Menurut babycenter.com, secara umumnya, makanan bayi yang mengandungi ayam, ikan, daging, atau telur patut kekal segar di dalam peti ais selama 24 jam.
Makanan yang diperbuat daripada buah dan sayuran kosong sepatutnya mampu bertahan selama 2 hari. Juga, semak label balang, untuk saranan berapa lama untuk menyimpan makanan selepas balang dibuka.
Makanan bayi boleh disimpan selama sebulan atau 2 (6 bulan untuk buah dan sayuran kosong) di dalam peti ais, tetapi ketahuilah bahawa pembekuan mengubah konsistensinya.
Ingat bahawa cecair cenderung untuk mengembang di dalam peti sejuk, berpotensi untuk meretakkan balang atau menyebabkan bekas itu terbuka, jadi letakkan makanan bayi di dalam bekas penyimpanan yang bersih, tinggalkan beberapa ruang di atas.
Jika anda menyimpan lebihan makanan bayi di dalam peti ais, pastikan anda tidak mencelup sudu bayi anda ke dalamnya semasa memberi makan, kerana ini akan menyebabkan bakteria membiak di dalam makanan.
Daripada mencelup ke dalam bekas, senduk sedikit makanan ke dalam mangkuk dan suap bayi anda daripadanya. Jika anda perlu menambah, gunakan sudu bersih untuk mengambil makanan daripada balang.
Apabila sesi memberi makan berakhir, buang semua yang berbaki di dalam mangkuk. Jika ada makanan lebihan di dalam bekas, letak semula penutup dan simpan di dalam peti ais.
Adakah saya boleh memanaskan makanan bayi di dalam ketuhar gelombang mikro?
Anda boleh memanaskan makanan bayi di dalam ketuhar gelombang mikro, tetapi dengan berhati-hati. Makanan yang dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro cenderung untuk menjadi panas dengan sangat cepat dan pemanasannya juga tidak sekata.
Oleh sebab itu, ia mungkin mempunyai bahagian panas yang boleh menjadi berbahaya untuk anak anda.
Memanaskan makanan di atas dapur mungkin lebih selamat. Anda juga boleh meletakkan bekas makanan ke dalam semangkuk air panas dan ianya patut mula panas dengan baik.
Tetapi, jika anda menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan makanan bayi anda, cedoknya keluar dari balang (jika di beli di kedai) dan ke dalam bekas yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro. Panaskannya hanya untuk beberapa saat.
Bawa makanan keluar, gaul dengan baik dan biarkannya selama beberapa minit. Selalulah melihat suhu makanan sebelum menyuapnya kepada bayi anda – ia sepatutnya berada pada suhu bilik.
Tip tambahan tentang makanan bayi
- Pada fasa terawal dalam memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda, matlamatnya lebih kepada untuk mengajarnya menelan. Jadi, anda hanya perlu mula dengan kira-kira sesudu makanan pejal dan apabila anak anda membesar, anda boleh menambah perlahan-lahan saiz suapan.
- Ketahui bahawa World Health Organization menyarankan penyusuan bayi sepenuhnya kepada bayi anda untuk 6 bulan pertama.
- Jika anda tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk memberi makan hidangan pertama kepada anak anda, pilih masa sewaktu dia sedar dan tidak terlalu lapar – pertengahan pagi adalah masa terbaik untuk kebanyakkan bayi.
- Apabila anak anda membesar, galakkannya untuk menyuap makanan sendiri dan perkenalkan pelbagai makanan jejari (finger foods) apabila dia sudah cukup besar untuk memakannya.
- Sentiasa hidangkan makanan yang bersih dan selamat, dan selia pemakanannya. Jauhi makanan keras yang boleh membuatnya tercekik.
- Perkenalkan satu makanan baru buat satu-satu masa. Teruskan memberi makanan yang sama kepada bayi anda untuk 3 hari berturut-turut dan lihat jika ada kesan buruk seperti ruam dan cirit-birit.
- Jika anak anda boleh menerimanya dengan baik, barulah tambah lagi satu makanan baru ke dalam menu. Jika ada sejarah alahan makanan di dalam keluarga, berjaga-jaga bagi mengelakkan pengenalan alergen yang diketahui.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Makan Comot & Berterabur Tanda Dia Belajar, Ibu Patut Tahu Manfaat Messy Eating Buat Si Manja!
Baca juga: Baby Led Weaning (BLW): Bila Boleh Mula, Manfaat & 10 Cara Melatih Bayi Makan Sendiri