Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

Makanan frozen seperti lauk pauk yang sudah siap dimasak boleh tahan berbulan-bulan jika ibu tahu cara penyediaan yang betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menerima kedatangan bulan Ramadhan. Bagi ibu yang bekerja, mungkin kesuntukan masa menyediakan menu sahur atau berbuka. Apa kata anda sediakan lauk dan makanan frozen ini.

Tidak dinafikan bahawa setiap ibu pastinya berusaha menyediakan makanan di atas meja buat seisi keluarga. Dengan persediaan awal bulan Ramadhan, anda tidak perlu kelam kabut di dapur kerana ia boleh siap beberapa minit sahaja.

Menu lauk dan makanan frozen untuk bulan puasa

Seorang suri rumah dan ibu kepada 3 anak kecil, Nuratira Farahin Jailani berkongsikan beberapa idea lauk frozen bagi memudahkan waktu makan dia sekeluarga.

Siap lauk dan makanan frozen saya minggu ini. Petang tadi beli lauk dekat pasar malam, balik terus masak.

Walaupun saya suri rumah sepenuh masa, tapi saya jenis malas nak masak setiap hari. Lebih-lebih lagi ada tiga orang anak kecil perlu diuruskan, itu yang jadi tidak sempat masak pula tu.

Memang senang bila ada makanan sejuk beku ini. Bila nak makan hanya perlu panaskan sahaja, mudah kan?

Tips saya menyediakan lauk frozen:

✅masak macam biasa sahaja semua lauk. Makanan frozen disini bukan maksudnya lauk tak habis kita simpan ya, memang akan lari rasanya. Kita sejuk beku makanan yang baru siap dimasak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

once dah defrost, tak boleh dibekukan lagi bagi mengelakkan kuman bakteria.

✅masak dan bahagikan dalam bekas untuk sekali makan sahaja. Tutup bekas bila makanan sudah betul-betul sejuk dan bekukan dalam peti.

✅boleh tahan sehingga 6 bulan kalau betul cara penyimpanan.

✅cara saya panaskan lauk frozen:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Defrost atau nyah beku kemudian masukkan ke dalam microwave untuk tiga hingga 5 minit.

(ikutkan tak boleh guna aluminium dalam microwave ya.. tapi untuk penyimpanan tahan lama memang guna foil ni paling baik.

Jadi jika saya nak panaskan, saya akan defrost terlebih dahulu dan pindahkan ke dalam mangkuk atau pinggan yang boleh dimasukkan dalam microwave.

2. Jika tiada microwave guna kaedah kukus. Jangan risau, ia takkan berubah rasa walaupun kita goreng atau masak semula dalam kuali

  • Sambal sotong

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ikan kembung masak kicap

  • Ayam masak merah. Esok boleh buat nasi minyak sahaja

  • Ayam kurma

  • Gulai udang + kacang panjang

  • Masak lemak ikan tenggiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan sejuk beku atau frozen boleh tahan hingga 6 bulan

Seorang ahli kimia, Fatimah Salim menjelaskan bahawa makanan frozen dapat menjimatkan masa, cepat dan mudah. Apatah lagi bagi ibu yang mempunyai rutin kehidupan sibuk dan suami isteri keduanya bekerja.

Saya sendiri juga biasa bekukan makanan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.

Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.

Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.

Makanan rosak disebabkan bakteria

Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan.

Kuman ini boleh datang melalui udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.

Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.

Ketahuilah kebanyakan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hayatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.

Tips:

• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyah beku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.

• Keluarkan makanan lebih awal untuk menyah beku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.

• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Suka Isteri Masak Dari Beli Di Kedai, Menu Bekal Berbuka Kalah Makanan Hotel!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan