Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

Tahukah anda makanan probiotik seperti budu, tempe, yogurt dan cencalok bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Ketahui manfaatnya di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tahu tak makanan kampung seperti budu, cencalok dan tempe adalah dari golongan makanan probiotik yang tinggi? 

Bayangkan, makan nasi panas-panas sambil dihidangkan dengan cili padi dan budu memang cukup menyelerakan bagi orang dewasa. Kemudian ditambah pula dengan ulam- ulaman kampung memang boleh rosak diet ibu.

Tengah duk sedap makan, anak kecil anda yang mungkin berusia linkungan tiga tahun ke atas datang dan ingin mencuba makan budu. Lantas anda terfikir boleh ke budak kecil makan budu?

Biasalah bila kita sudah menjadi mak-mak memang sangat prihatin dengan makanan yang masuk ke dalam mulut anak. Pendek kata memang semua kena berkhasiat, tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tidak terlalu manis,
tidak terlebih garam dan sebagainya.

Ini kerana, aspek pemakanan perlu dijaga seawal usia kanak-kanak supaya mereka membesar dengan sihat dan berada dalam kesihatan yang baik.

Berbalik semula kepada persoalan tadi sama ada anak kecil boleh makan budu atau tidak?

Manfaat Makanan Probiotik - Budu, Cencalok, Tempe 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anda nak tahu sebenarnya empat makanan yang disebutkan di atas mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi.

Makanan seperti budu, tempe, yogurt dan cencalok memiliki kelebihan yang tersendiri yang mungkin anda sendiri tidak tahu di mana ia boleh meningkatkan IQ, menguatkan sistem imun dan menyihatkan usus anak.

Perkongsian Doktor Pemberian Makanan Probiotik Terbaik Untuk Anak

Menurut perkongsian daripada Dr Taufik Razif beliau berkata, ibu bapa sebenarnya tidak perlu memberi makanan yang mahal kepada anak semata-mata untuk memastikan mereka mempunyai IQ yang baik, menguatkan sistem imun badan dan kesihatan usus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau menambah, probiotik ini merupakan mikroorganisma hidup yang menyediakan manfaat kepada kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi. Dalam bahasa mudahnya, ia adalah sejenis kuman baik.

" Dalam tubuh anak mempunyai dua kategori kuman iaitu kuman jahat dan kuman baik.

" Jadi kuman yang baik tadi mestilah dapat mengatasi kuman jahat supaya anak tidak mudah jatuh sakit.

" Contoh kuman baik seperti L. Acidophilus yang penting untuk sistem pencernaan dan sistem kekebalan tubuh. Sementara itu, B. Longum pula bertindak sebagai penghalang bakteria," katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa makanan probiotik ini penting?

Makanan probiotik ini penting supaya dapat mengurangkan gejala cirit birit pada anak sekaligus membantu usus menyerap dengan lebih sempurna.

Selain itu, makanan tinggi probiotik juga dapat menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus dan menguatkan sistem kekebalan tubuh si kecil.

Ciri-Ciri Anak Memerlukan Makanan Probiotik Lebih Banyak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Anak lahir secara czer

Perkembangan bakteri baik dalam tubuh bayi baru lahir biasanya dipengaruhi oleh ibunya. Ini kerana, bayi yang dilahirkan secara pembedahan czer mendapat kadar bakteria baik yang berbeza dengan bayi dilahirkan normal.

Atas sebab itu, yang dilahirkan secara czer harus mendapatkan probiotik tambahan dari suplemen khusus yang diambil oleh ibunya dan kemudian disalurkan melalui penyusuan susu badan.

2. Kehamilan bermasalah

Masalah yang dialami ibu semasa hamil turut boleh mempengaruhi kadar probiotik bayi yang dikandungkan.

Misalnya jika ibu memiliki masalah berat badan dan gula yang tinggi semasa atau sebelum hamil maka ia boleh mempengaruhi kadar probiotik yang diterima oleh janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam keadaan ini, ibu disyorkan mengamalkan suplemen probiotik selama kehamilan supaya bayi yang dilahirkan tidak mengalami kekurangan bakteria baik dalam tubuhnya kelak.

3. Ambil antibiotik

Pengambilan ubat antibiotik dengan terlalu kerap juga dapat membunuh bakteria baik di di saluran pencernaan. Kesannya, anak mudah diserang penyakit pada bahagian tersebut.

Oleh itu, mereka perlu mengambil asupan probiotik dengan lebih banyak seperti susu dan suplemen khas.

4. Sejarah alergi pada keluarga

Faktor sejarah keluarga yang ada alergi juga boleh menyebabkan kekurangan probiotik ini. Maka, untuk mengelak anak mengalami masalah yang sama maka anda perlu memberikannya suplemen probiotik bagi meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Justeru nak anak sentiasa sihat tak perlu makanan yang bermewah cukup makanan yang murah-murah tapi memiliki khasiat dan nutrisi yang setanding dengan makanan mahal. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Probiotik Penting Untuk Kesihatan Usus, Ini Dia 8 Jenama Probiotik Untuk Bayi Yang Bagus

Baca juga: Tahukah Anda? 5 Gejala Kehamilan Yang Tidak Diingini Ini Berkaitan Dengan Kesihatan Usus

Baca juga: Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!