20 Makanan Sihat Untuk Anak Membesar Dengan Baik, Menurut Pakar Pemakanan

Antara 20 makanan sihat untuk anak untuk diamalkan adalah seperti avokado, blueberi, makanan laut, bayam, smoothie dan banyak lagi.
Makanan untuk kanak-kanak perlu mengandungi lemak sihat untuk perkembangan otak, kalsium untuk pertumbuhan tulang, vitamin dan pelbagai lagi. Berikut adalah 20 makanan sihat untuk anak yang harus ada dalam diet harian mereka.
▼Isi Kandungan
Pentingnya Keseimbangan Makanan Untuk Kanak kanak
Pemakanan yang seimbang adalah kunci kepada tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang sihat. Anak-anak memerlukan pelbagai nutrien penting seperti protein, vitamin, mineral dan serat untuk menyokong tenaga harian serta sistem imun mereka.
Tanpa keseimbangan makanan yang baik, mereka berisiko mengalami masalah kesihatan seperti kekurangan zat, pertumbuhan terbantut, atau daya tahan badan yang lemah. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan si kecil mendapat makanan yang berkhasiat agar mereka membesar dengan kuat dan cergas.
20 Makanan Yang Membantu Tumbesaran Si Kecil
Untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan aktif, pemakanan mereka perlu kaya dengan nutrien penting. Beberapa makanan untuk anak sihat dapat membantu menyokong tumbesaran mereka, sama ada dari segi perkembangan fizikal, otak atau sistem imun.
Berikut adalah 20 makanan terbaik yang boleh membantu menyokong tumbesaran si kecil secara optimum:
1. Avokado – Makanan Sihat Untuk Anak
Avokado penuh dengan lemak sihat dan serat selain enak rasanya. Terdapat banyak cara untuk menjadikan avokado menarik bagi si kecil antaranya dengan menyediakan guacamole buatan sendiri yang mudah atau potongan avokado di atas taco atau roti yang dihancurkan di dalam sandwic kesukaan mereka.
2. Bluberi
Bluberi kaya dengan antioksidan, serat, dan vitamin C yang dapat membantu meningkatkan sistem imun si kecil. Bluberi adalah snek yang baik untuk dimakan begitu saja atau boleh dicampur ke dalam smoothie, muffin, salad atau pencuci mulut.
3. Lobak Merah
Ia kaya dengan vitamin A dan bagus untuk kesihatan mata. Serat di dalamnya penting untuk kesihatan sistem pencernaan. Boleh hidangkan kepada anak mentah, dipanggang, tumbuk atau jus lobak merah!
4.Makanan Laut
Ikan seperti salmon, tuna dan kod serta makanan laut lain seperti kerang adalah sumber yang baik untuk protein dan vitamin B. Ia juga kaya asid lemak omega-3. Beberapa resepi yang bagus untuk memperkenalkan kanak-kanak dengan makanan laut adalah dengan resepi kek ketam klasik dan stik ikan buatan sendiri.
5,Buah-Buahan Kering
Walaupun kanak-kanak biasanya suka buah segar, buah kering juga boleh menjadi pilihan yang menarik! Buah kering mengandungi banyak nutrisi dalam pembungkusan yang tahan lama, sesuai untuk snek dan hidangan tengahari. Tambahkan buah kering ke dalam yogurt dan oatmeal atau makan sebagai snek.
6.Bayam
Bayam dan kebanyakan sayuran berdaun hijau sangat baik untuk si kecil anda. Ia kaya dengan zat besi, vitamin K dan vitamin A, membantu menyokong mata yang sihat dan fungsi darah. Bayam boleh disembunyikan dengan baik dalam pelbagai hidangan, seperti makaroni dan keju, taco, pizza, smoothie, dan juga popia.
7.Smoothie
Smoothie merupakan cara bijak memastikan anak anda mendapat nutrisi makanan sihat. Buah-buahan manis biasanya menutupi rasa bahan-bahan yang mungkin tidak disukai anak anda jika dimakan sendiri, seperti biji chia.
8.Brokoli
Mungkin sukar untuk meminta anak makan brokoli tapi anda boleh buat lebih kreatif. Brokoli kaya dengan vitamin C, vitamin K dan serat yang pasti memberi manfaat kepada kesihatan darah, tulang dan pencernaan anak anda. Ini merupakan tambahan yang baik untuk makaroni dan keju, lasagna malah pizza!
9.Tomato
Tomato sangat tinggi kandungan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata dan antioksidan kuat seperti likopen yang dikatakan membantu melawan penyakit jantung dan kanser.
10. Delima
Buah delima memberikan rasa manis yang segar, kaya serat dan vitamin C. Ia boleh dimakan begitu saja atau ditambahkan ke dalam salad buah, parfait yogurt, dan oatmeal. Jus buah delima juga sangat enak.
11.Keledek, Sweet Potato
Cuba perkenalkan ubi keledek sebagai alternatif kepada kentang puti. Rasa manis mereka mungkin menjadi kegemaran anak-anak anda! Ubi keledek kaya dengan vitamin A dan serat dan boleh dijadikan mashed potato yang lazat, kepingan kentang atau kentang goreng.
12.Kekacang
Kacang kuda, kacang merah, kacang hitam, kacang merah besar, dan juga kacang hijau semuanya kaya dengan serat dan antioksidan. Selain itu, terdapat banyak cara yang lazat untuk mengintegrasikan kacang ke dalam diet anak anda, termasuk salad kacang dan kacang panggang.
13.Mentega Kacang
Mentega kacang seperti almond, gajus dan kacang tanah adalah pilihan yang sangat sihat untuk anak-anak anda. Mereka kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral.
14. Biskut Gandum Penuh
Gandum menyediakan dos serat yang sihat, serta vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh anak anda yang sedang membesar. Terdapat begitu banyak hidangan lazat yang boleh disajikan di atas biskut cracker, seperti keju, buah-buahan dan sayur-sayuran.
15. Quinoa
Quinoa adalah makanan kaya dengan protein, magnesium, dan folat. Ia membantu dalam pembentukan tulang yang sihat dan penghasilan tenaga. Ia juga boleh digunakan sebagai pengganti nasi.
16. Oren
Penuh dengan vitamin C, oren adalah makanan tambahan yang hebat dalam diet anak anda. Boleh juga dijadikan sebagai jus.
17.Telur
Telur adalah sumber protein yang luar biasa yang membantu memastikan anak anda membesar dengan baik. Telur juga sangat mudah untuk dimasukkan ke dalam diet. Cuba telur dadar, telur rebus atau omelette.
18.Oats
Oats penuh dengan serat dan ia adalah pilihan bijirin yang bebas gluten jika anak anda sensitif atau alergik terhadap gluten. Tambahkan oats ke dalam smoothie atau dijadikan oatmeal.
19.Saderi
Saderi bukan hanya sayur yang penuh dengan air sebenarnya ia penuh dengan serat. Untuk makan malam, cuba sup mi ayam yang penuh dengan saderi.
20. Yogurt
Yogurt tidak hanya kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat tetapi juga penuh dengan probiotik iaitu bakteria sihat yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan usus anak anda.
Cara Memupuk Tabiat Pemakanan Sihat Pada Kanak-kanak
Memastikan kanak-kanak mengamalkan tabiat pemakanan sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa:
- Makan bersama keluarga dapat memupuk hubungan positif dengan makanan dan menggalakkan tabiat pemakanan yang baik. Ia juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk menjadi contoh dalam memilih makanan sihat.
- Menambah unsur keseronokan semasa waktu makan, seperti menyusun makanan dalam bentuk yang menarik boleh meningkatkan minat kanak-kanak terhadap makanan sihat,
- Mengurangkan pengambilan makanan ringan yang diproses dan tinggi gula atau garam adalah penting untuk mencegah obesiti dan masalah kesihatan lain. Gantikan dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan atau bijirin penuh.
- Melibatkan anak-anak dalam merancang dan menyediakan makanan boleh meningkatkan minat mereka terhadap makanan sihat dan memberi mereka rasa pencapaian.
- Menggunakan makanan sebagai ganjaran atau hukuman boleh menjejaskan tabiat pemakanan sihat dan mungkin menyebabkan gangguan pemakanan di kemudian hari.
- Mendidik anak-anak mengenai kepentingan makanan sihat dan kesan makanan tidak sihat membantu mereka membuat pilihan yang bijak dalam pemakanan mereka.
- Mengajar anak untuk mengenali isyarat kenyang dari badan mereka dapat membantu mencegah makan berlebihan dan menggalakkan hubungan yang sihat dengan makanan.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, ibu bapa dapat membantu anak-anak membina tabiat makanan sihat untuk anak yang akan memberi manfaat sepanjang hayat mereka.
- Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
- Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
- Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil
- Baca juga: Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat
- Baca juga: Guna Pembasmi Kuman Yang Selamat Untuk Anak, Ini 8 Pilihan Hand Sanitizer Yang Baik!