10 Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam, Tinggi Nutrisi & Baik Untuk Bayi

undefined

Makanan sunnah untuk ibu mengandung sangat baik dan banyak khasiatnya untuk ibu dan pertumbuhan janin yang sihat.

Pemilihan makanan semasa mengandung adalah penting untuk anda dan bayi dalam kandungan. Jadi, masukkan makanan sunnah untuk ibu mengandung ini dalam diet anda kerana menurut sains, makanan sunnah ini terbukti berkhasiat!

Definisi Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung

Makanan berkhasiat untuk ibu mengandung merujuk kepada makanan yang kaya nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh ibu hamil untuk menyokong kesihatan dirinya dan perkembangan bayi dalam kandungan. Berikut adalah ciri-ciri makanan berkhasiat untuk ibu mengandung:

1.Kaya Nutrisi

Makanan ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak sihat, dan serat yang penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi serta kesihatan ibu hamil.

2.Kandungan Asid Folik

Asid folik sangat penting untuk mencegah kecacatan saraf tabung pada bayi dan menyokong pembentukan sel darah merah yang sihat.

3.Sumber Zat Besi

Zat besi diperlukan untuk mencegah anemia semasa hamil dan membantu dalam pengangkutan oksigen ke seluruh badan.

4.Kandungan Serat Tinggi

Makanan dengan kandungan serat tinggi membantu mencegah sembelit yang biasa berlaku semasa kehamilan dan mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.

5.Rendah Gula Tambah

Mengelakkan makanan yang tinggi gula tambahan atau pemanis buatan, kerana boleh meningkatkan risiko masalah seperti diabetes semasa hamil.

6.Kaya Antioksidan

Antioksidan membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas, yang penting untuk kesihatan ibu hamil dan perkembangan bayi.

7.Pilihan Makanan Selamat

Memilih makanan yang selamat dan bersih, terutamanya dalam proses pemprosesan dan penyimpanan, untuk mengelakkan risiko jangkitan dan keracunan makanan.

10 Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

1. Kurma

Makanan terbaik untuk ibu mengandung pastinya kurma. Ia kaya dengan sumber protein, serat dan pelbagai vitamin. Kurma juga mengandungi kombinasi serat larut dan tak larut yang bagus untuk sistem penghadaman anda. Kurma juga dapat menyelaraskan sistem saraf anda kerana ia mengandungi gula semula jadi, potassium dan kandungan sodium yang rendah. Kalsium di dalam kurma dapat menguatkan otak bayi anda dan memberikan tenaga untuk anda.

makanan sunnah untuk ibu mengandung, makanan sunnah untuk ibu hamil, makanan untuk ibu mengandung, makanan berkahsiat untuk bayi, makanan berkhasiat semasa hamil, makanan sunnah

2. Buah Tin/Ara

Menurut Imam al-Rida, buah tin dapat menghilangkan bau mulut, menguatkan tulang, melebatkan rambut dan menghalang penyakit. Buah tin juga mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu mengandung. Potasium yang terdapat dalam buah tin adalah lebih banyak dari pisang jadi ia adalah sumber mineral yang sangat baik.

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah makanan sunnah untuk ibu mengandung yang boleh mengawal kolestrol dalam badan, menjaga kesihatan jantung, mengawal tekanan darah dan memperbaiki sistem imunisasi. Minyak zaitun bukan saja memberikan asid lemak secukupnya untuk perkembangan bayi, asid linoleik yang terdapat dalamnya juga adalah sama dengan susu ibu. Kelebihan asik linoleik ini akan berkekalan sehingga anda melahirkan anak.

4. Buah delima

Rasulullah pernah bersabda, buah delima dapat meningkatkan penghasilan sperma untuk lelaki dan membuatkan bayi dalam kandungan cantik dan sihat. Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dapat dapat mengurangkan tekanan darah. Ini adalah baik untuk ibu mengandung yang mengalami pre-eklampsia. Kajian juga menunjukkan yang buah delima mengandungi khasiat yang baik untuk kekuatan dan kepadatan tulang bayi dalam kandungan.

5. Madu Lebah

Madu lebah memang sudah terbukti keberkatannya, kerana terdapat satu surah di dalam Al Quran yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl. Madu adalah antibiotik terbaik untuk imunisasi badan malah ia terbukti lebih baik dari antibiotik atau ubat biasa yang diberikan oleh doktor.

6. Susu Lembu

Susu atau produk tenusu yang lain memberikan nutrisi yang baik untuk ibu mengandung. Walaupun anda boleh mendapat nutrisi yang ada di dalam susu pada makanan lain, ia telah terbukti secara klinikal yang susu boleh memberikan kesan yang baik dalam kehamilan. Doktor juga menyarankan agar ibu mengandung minum tiga cawan susu atau produk tenusu yang lain setiap hari.

7. Kekacang 

Kekacang seperti almond dan pistachio merupakan makanan sunnah yang sangat bagus kerana mengandungi folat dan asid folik Ia dapat mencegah kelahiran cacat terutama pada bahagian otak dan tulang belakang (spina). Selain itu, kandungan protein yang tinggi di dalamnya membantu untuk perkembangan bayi pada trimester kedua dan ketiga. 

8. Tembikai 

Tembikai adalah jenis buah-buahan tempatan yang paling mudah dicari di mana-mana. Ia bukan sahaja membantu menambahkan air ketuban dalam badan tetapi mengandungi gula semulajadi yang boleh mengurangkan alahan ketika mengandung.

9.Daging Halal

Konsumsi daging halal dan tayyib (baik dan bersih) dianjurkan dalam Islam. Daging mengandung protein penting untuk pertumbuhan janin dan pemulihan tubuh ibu hamil.

10.Air Zam-Zam

Air Zam-Zam adalah air yang berasal dari sumur Zam-Zam di Mekah, Saudi Arabia, dan dianjurkan untuk diminum dalam Islam karena memiliki nilai spiritual dan kesihatan yang tinggi.

Jadual Pemakanan Ibu Mengandung

Berikut adalah contoh jadual pemakanan untuk ibu mengandung yang seimbang dan bermanfaat:

Sarapan

  • Pilihan 1: Oatmeal dengan buah-buahan segar (contohnya pisang atau buah-buahan beri).
  • Pilihan 2: Roti gandum dengan telur rebus dan sayuran hijau.
  • Pilihan 3: Smoothie buah-buahan dengan yogurt rendah lemak dan biji chia.

Snek Pagi

  • Buah-buahan segar seperti epal, pir, atau jeruk.
  • Kacang-kacangan seperti almond atau walnut.

Makan Tengahari

  • Nasi perang / nasi putih bersama ayam panggang atau ikan panggang.
  • Sayur-sayuran hijau seperti brokoli atau bayam.
  • Sup sayur atau sup ayam.

Snek Petang

  • Yogurt rendah lemak dengan campuran buah-buahan dan biji chia.
  • Sekeping roti gandum dengan keju rendah lemak.

Makan Malam

  • Pasta gandum penuh dengan sos tomato dan sayuran.
  • Ayam atau tofu panggang dengan kentang manis panggang.

Snek Malam (pilihan)

  • Segelas susu rendah lemak.
  • Buah-buahan segar.

Senarai Minuman Sesuai Untuk Ibu Mengandung

1.Air Putih

Air adalah minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair harian anda. Ibu mengandung disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

2.Susu

Susu adalah sumber kalsium yang baik untuk ibu mengandung. Pilih susu rendah lemak atau susu tanpa lemak untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu.

3.Jus Buah Segar

Jus buah-buahan segar seperti jus oren, jus epal, atau jus anggur adalah sumber vitamin C dan serat yang baik. Pastikan jus tersebut tidak mengandungi gula tambahan yang berlebihan.

4.Smoothie

Smoothie buah-buahan dengan tambahan yogurt rendah lemak atau susu rendah lemak adalah pilihan yang baik. Anda boleh menambahkan sayur-sayuran hijau seperti bayam atau kale untuk meningkatkan kandungan nutrisi.

5.Air Kelapa

Air kelapa segar adalah minuman yang menyegarkan dan mengandungi elektrolit semulajadi, yang membantu dalam mengekalkan hidrasi yang baik.

6.Teh Herbal

Teh herbal seperti teh peppermint atau teh chamomile boleh menjadi pilihan yang baik, terutama jika anda mengalami masalah pencernaan atau kegelisahan semasa hamil.

7.Air Zam-Zam

Air Zam-Zam, jika tersedia, juga adalah minuman yang disyorkan dalam Islam kerana memiliki nilai spiritual dan dikatakan memberi manfaat kesihatan.

Makanan Seimbang Untuk Ibu Hamil Yang Sebenarnya

Pengambilan makanan sunnah sahaja tidak cukup, ibu juga perlu memastikan setiap hidangan dalam pemakanan seharian cukup untuk tumbesaran bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna.

Ketika mengandung, ibu mudah mengidam makanan dan mula bertambah selera makan apabila memasuki trimester kedua dan ketiga. Sebaiknya kawal pengambilan makanan supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi. 

Berikut merupakan antara makanan berkhasiat untuk ibu mengandung:

1. Mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi

Pilih makanan yang tinggi kandungan protein dan zat besi seperti asid folik dan vitamin B12. Ia membantu pertumbuhan kulit, rambut, kuku dan otot ibu dan bayi yang dikandung. 

Selain itu, ia berupaya untuk menstabilkan cecair badan dan tekanan darah sepanjang kehamilan. 

2. Elakkan makanan yang tinggi gula dan makanan proses

Ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa hamil perlu elak makan makanan yang tinggi gula dan makanan yang diproses. Gula memang penting untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan gula yang berlebihan boleh mendatangkan masalah lain kepada bayi. 

Kalau ibu craving sangat untuk mengunyah, gantikan dengan kekacang sebagai alternatif yang lebih sihat. 

3. Bukan makanan mentah

Ramai beranggapan makanan mentah seperti sushi dan sashimi jauh lebih baik untuk ibu mengandung sedangkan makanan seperti ini berisiko untuk dicemari parasit dan bakteria seperti Salmonella dan Listeria yang sangat bahaya untuk kandungan. 

Sama juga dengan hidangan telur separuh masak atau daging yang mentah atau separuh masak. 

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Ikan Haruan & Bawal Putih, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT & Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang

Baca juga: Tak Sangka Jantung Pisang Bagus Untuk Morning Sickness Semasa Hamil, 5 Kelebihan Ulam Berkhasiat Ini!

Baca juga: Seawal Trimester Kedua Ibu Sudah Boleh Mengesan Jantina Bayi, Take Note 5 Perkara Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!