14 Makanan Yang Tinggi Vitamin C, Bantu Meningkatkan Daya Tahan Ibu Mengandung

Makanan tinggi vitamin C penting kepada ibu mengandung bagi meningkatkan daya tahan tubuh terhadap sebarang jenis serangan penyakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedia maklum, ibu mengandung juga memerlukan vitamin C bagi melindungi dan menjaga kesihatan sel tubuh badan. Justeru di sini kami senaraikan 14 makanan tinggi vitamin C boleh diambil ibu mengandung untuk meningkatkan daya tahan mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 14 makanan tinggi vitamin C untuk ibu mengandung

Bukan itu sahaja, vitamin C juga penting dalam membentuk penghasilan kolagen di dalam tulang, otot, kulit serta pembuluh darah. Ia boleh diambil dengan memakan pelbagai jenis makanan buah-buahan atau sayuran.

14 makanan tinggi vitamin C untuk ibu mengandung

1- Lada benggala merah

Setengah gelas lada benggala merah mengandungi sekitar 95 miligram vitamin C. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi nutrisi lain juga baik untuk kesihatan seperti serat, folik asid, potasium dan fosforus.

2- Brokoli 

Tidak hanya vitamin C, brokoli juga mengandungi antioksidan lain sekali gus bermanfaat untuk menjaga kesihatan ketahanan tubuh badan. Kukus brokoli selama 15 minit, cara memasak ini mengekalkan kandungan vitamin C pada brokoli berbanding merebusnya.

3- Tomato 

Tomato yang mentah mengandungi kira-kira 20 miligram vitamin C namun ia menurun sekiranya dimasak. Namun kadar antioksidan lain seperti lycopene cenderung untuk meningkat. Tomato juga baik untuk diambil oleh ibu mengandung.

4- Kentang 

Kentang kukus dan rebus mengandungi 20 miligram vitamin C jika diambil. Malah kentang juga kaya dengan serat sekali gus baik untuk sistem pencernaan.

5- Kubis bunga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secawan kubis bunga mengandungi sekitar 40 milogram vitamin C. Ibu mengandung boleh mengambil sayuran ini sama ada masak dengan merebus atau mengukus.

6- Cili merah

Biasa kita buat cili merah untuk sambal atau pelbagai lagi masakan. Jangan terkejut rupanya ia juga mengandungi vitamin C yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7- Limau oren

Buah ini mempunyai pelbagai khasiatnya dan mengandungi 70 miligram vitamin C, cukup untuk keperluan harian. Ibu mengandung boleh menjadikan sebagai snek yang sihat.

8- Jambu batu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jambu batu merupakan salah satu buah-buahan memiliki kandungan vitamin C yang tinggi sekitar 125 miligram. Buah ini sedap dimakan begitu saja, tambah lagi ketika ia sejuk. Boleh juga dibuat jus.

9- Betik

Setengah mangkuk betik mempunyai kandungan vitamin C sekitar 90 miligram. Bukan sahaja menjadi daya tahan kepada tubuh ibu malah, betik juga mempunyai manfaat mencegah demensia dan kanser.

10- Kiwi

Buah kiwi mengandungi sekitar 65 miligram vitamin C, sekali gus sudah memenuhi sekitar 70 peratus keperluan vitamin C harian.

11- Strawberi

Strawberi mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi sekitar 150 miligram. Bukan hanya vitamin C, jenis buah ini juga berkhasiat dengan nutrisi seperti folik asid, serta antioksidan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

12- Laici

Kandungan vitamin C laici hampir 7 miligram dan buah ini juga kaya omega-3 dan omega-6 baik untuk jantung, otak dan pembuluh darah.

13- Lemon

Dalam satu biji buah lemon, kandungan vitamin C boleh mancapai 83 miligram. Disebabkan vitamin C yang tinggi, buah ini juga baik sebagai antioksidan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

14- Blackcurrant


Satu setengah cawan blackcurrant atau 56 gram mengandungi sekitar 101 miligram vitamin C. Justeru, ia juga antara buah tinggi vitamin C baik untuk diambil oleh ibu mengandung.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

Baca juga:  Serum Vitamin C Yang Bagus Untuk Kulit Lebih Cerah & Mulus, Jom Cuba!

Baca juga: 9 Jenis Vitamin C Untuk Kuatkan Imunisasi Badan Anak