X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil, Tak Sangka No 3 Paling Membantu Kehamilan!

3 min bacaan
Khasiat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil, Tak Sangka No 3 Paling Membantu Kehamilan!

Bagi peminat buah kiwi, anda pasti tersenyum bila tahu buah ini mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh ibu hamil dan janin dalam kandungan.

Tahukah anda terdapat banyak khasiat buah kiwi untuk ibu hamil yang bagus diamalkan sepanjang sembilan bulan kandungan? Salah satunya adalah ia dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika mengandung!

Kiwi juga turut dikenali sebagai gooseberry Cina dengan rasa yang manis dan menyegarkan. Bahkan ia mempunyai banyak khasiat penting yang amat diperlukan ibu hamil. 

Antara khasiat buah kiwi seperti protein, lemak, serat, Vitamin C, Vitamin A, besi, potasium dan folat. 

Selain itu, kiwi berukuran kecil juga lengkap dengan nutrisi penting seperti Vitamin E, Vitamin K, kolin, magnesium dan fosforus. 

Bahkan kiwi juga mengandungi Vitamin C yang jauh lebih tinggi berbanding buah-buahan tempatan yang lain. 

6 khasiat buah kiwi untuk ibu hamil 

#1. Khasiat buah kiwi untuk ibu hamil – Kaya dengan asid folat 

khasiat buah kiwi untuk ibu hamil

Kredit: Pexels

Buah kiwi kaya dengan asid folat yang berfungsi untuk pembentukan sel dan membantu perkembangan janin dalam kandungan. 

Selain itu, ia juga merangsang pemeliharaan sel termasuk ketika mengandung bagi memastikan perkembangan organ. 

Jika jumlah asid folat yang diambil cukup, ia dapat mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida iaitu keadaan apabila sumsum tulang belakang tidak berkembang sepenuhnya. 

Asid folat dalam buah kiwi juga dapat mencegah keguguran. 

#2. Khasiat buah kiwi untuk ibu hamil – Kaya Vitamin C dan Vitamin K 

Buah kiwi merupakan sumber Vitamin C dan K yang baik untuk tubuh. Buah yang memiliki biji halus ini juga mengandungi 140 % Vitamin C yang diperlukan seharian. 

Tidak hairanlah dengan makan buah kiwi, ia dapat membantu lawan infeksi, membentuk neurotransmitter, bagus untuk fungsi otak dan mengurangi bekas selulit. 

Dalam masa yang sama buah ini juga mempunyai sumber Vitamin K yang memainkan peranan penting membentuk darah bagi ibu hamil, memperbaiki luka dan mempertahankan tulang yang kuat.

#3. Khasiat buah kiwi untuk ibu hamil – Seimbangkan hormon 

khasiat buah kiwi untuk ibu hamil

Kredit: Pexels

Ketika hamil, hormon turut menjejaskan perubahan emosi hingga merasa sedikit tegang, stres dan letih. Jadi dengan makan buah kiwi dapat mengembalikan semula keseimbangan hormon anda. 

#4. Melancarkan pencernaan 

Pasti ada ibu hamil yang mengalami sembelit ketika mengandung kan? Pasti kondisi ini membuatkan tubuh rasa tidak selesa tapi dengan makan buah kiwi ia dapat mencegah masalah sembelit ini kerana ia kaya dengan probiotik yang membantu sistem pencernaan. 

#5. Mengandungi gula alami 

Khasiat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil, Tak Sangka No 3 Paling Membantu Kehamilan!

Kredit: Freepik

Buah kiwi membantu mengendalikan keinginan anda untuk ambil makanan yang mengandungi tinggi gula kerana ia kaya dengan gula alami yang bagus untuk tubuh. 

Dengan gula yang rendah, buah kiwi tidak menyebabkan lonjakan insulin yang tinggi sekaligus mencegah diabetes gestasional selama kehamilan. 

#6. Menguatkan sistem kekebalan tubuh 

Selain itu, kiwi juga kaya dengan sumber antioksidan yang membantu melindungi RNA dan DNA janin dari rosak termasuk mencegah radikal bebas dan melindungi sel. 

Setelah mengetahui manfaat ini maka tidak salah anda mengambil buah kiwi ketika hamil. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda yang lain.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah dan artikel ini medapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: Cara Cuci Buah Avocado Tentukan Khasiatnya Pada Bayi, Jangan Salah Cuci Ibu!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Khasiat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil, Tak Sangka No 3 Paling Membantu Kehamilan!
Kongsikan:
  • Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

    Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

  • Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat

    Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

    Buah Kiwi Kaya Dengan Manfaat Tersendiri, Ini Resepi Untuk Ibu Cuba!

  • Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat

    Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.