Disleksia (Dyslexia) Pada Kanak-Kanak: Apa Itu Disleksia, Ciri-Ciri Disleksia & Rawatan Terbaik

Maksud disleksia adalah gangguan proses pembelajaran yang membuatkan anak berdepan kesukaran untuk membaca, mengira ataupun menulis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disleksia adalah gangguan pembelajaran yang menjejaskan keupayaan seseorang membaca, mengeja dan menulis dengan lancar. Walaupun mempunyai kecerdasan normal atau melebihi purata, individu yang mengalami disleksia menghadapi halangan dalam memproses maklumat bertulis.

Dalam artikel ini, kami membincangkan aspek apa itu disleksia, punca disleksia, ciri-ciri disleksia dan cara mengajar anak disleksia dengan betul.

Apa Itu Disleksia: Dyslexia Maksud

Disleksia adalah gangguan pembelajaran yang melibatkan kesukaran membaca kerana masalah mengenal pasti bunyi pertuturan dan mempelajari bagaimana ia berkaitan dengan huruf dan perkataan (penyahkodan).

Penyakit disleksia juga dipanggil sebagai ketidakupayaan membaca, disebabkan oleh perbezaan individu dalam bahagian otak yang memproses bahasa.

Punca Disleksia

Punca disleksia tidak difahami sepenuhnya, tetapi beberapa faktor telah dikenal pasti berpotensi menyumbang kepada perkembangan keadaan ini.

Berikut adalah beberapa punca disleksia:

  • Faktor genetik: Terdapat bukti bahawa faktor genetik memainkan peranan penting dalam perkembangan dyslexia. Sekiranya terdapat sejarah keluarga dyslexia, maka kemungkinan anak-anak dalam keluarga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami keadaan ini.
  • Gangguan Struktur atau Fungsi Otak: Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam struktur atau fungsi otak pada kanak-kanak yang mengalami penyakit disleksia. Gangguan di kawasan otak yang terlibat dalam pemprosesan bahasa dan membaca boleh menyebabkan kesukaran ini.
  • Perkembangan Pra-natal dan Neonatal: Beberapa faktor pra-natal dan neonatal, seperti kelahiran pramatang atau berat lahir rendah, boleh meningkatkan risiko penyakit disleksia. Keadaan ini boleh menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf.
  • Faktor persekitaran: Walaupun genetik memainkan peranan penting, persekitaran juga boleh mempengaruhi perkembangan dyslexia. Faktor-faktor seperti kekurangan rangsangan bahasa pada usia awal atau kekurangan sokongan pendidikan boleh menyumbang kepada kesukaran membaca dan menulis.
  • Faktor Neurobiologi: Beberapa kajian menunjukkan bahawa dyslexia dikaitkan dengan perubahan neurobiologi dalam fungsi otak. Pemprosesan maklumat yang melibatkan bunyi dan huruf mungkin terjejas pada tahap neurobiologi.

Ciri-Ciri Disleksia

Menurut portal Doctoroncall, penghidap dyslexia biasanya mengalami kesukaran menterjemahkan bunyi percakapan kepada bentuk huruf abjad dan perkataan.

Disebabkan kesukaran ini, kanak-kanak yang mengalami dyslexia biasanya menghadapi kesukaran dalam satu atau lebih kemahiran pembelajaran seperti menulis, mengeja dan mengira.

Namun begitu, mereka mempunyai kemahiran berfikir yang normal dan tidak patut dilabel sebagai lambat atau lembam kerana mereka ini boleh dibantu dengan cara tertentu.​

Apabila si kecil anda mula mengikut proses pembelajaran di sekolah, guru mereka mungkin akan menjadi orang pertama yang menyedari penyakit disleksia ini.

Tahap keterukan adalah berbeza-beza, tetapi keadaan ini sering menjadi jelas apabila kanak-kanak mula belajar membaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ciri-Ciri Disleksia Sebelum Sekolah

Walaupun kebanyakan ciri-ciri disleksia muncul ketika memasuki alam persekolahan, terdapat tanda-tanda yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak sebelum umur tersebut. 

Berikut ciri-ciri disleksia yang boleh anda perhatikan pada anak belum bersekolah:

  • Lambat bercakap
  • Belajar perkataan baharu perlahan-lahan
  • Masalah membentuk perkataan dengan betul, seperti menterbalikkan bunyi dalam perkataan atau mengelirukan perkataan yang bunyinya sama
  • Masalah mengingat atau menamakan huruf, nombor dan warna
  • Kesukaran mempelajari sajak atau bermain permainan berirama

#2. Ciri Ciri Disleksia Pada Anak Bersekolah 

Menilai kanak-kanak berumur 5-6 tahun, berdasarkan kemahiran membaca mereka sahaja akan membawa kepada diagnosis disleksia dalam jumlah yang besar, kerana membaca adalah sukar untuk dikuasai oleh 60-70% kanak-kanak.

Menurut portal Myhealth, dianggarkan 4-8 % pelajar sekolah mempunyai masalah dyslexia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami penyakit disleksia berbanding perempuan.

Senarai semak ciri ciri disleksia untuk kanak-kanak umur tadika yang meletakkan mereka dalam kategori berisiko termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kemampuan membaca tidak seiring usia
  • Masalah memproses dan memahami apa yang didengar
  • Kesukaran mencari perkataan yang betul atau membentuk jawapan kepada soalan
  • Masalah mengingati urutan sesuatu perkara
  • Kesukaran melihat (dan kadang-kadang mendengar) persamaan dan perbezaan dalam huruf dan perkataan
  • Ketidakupayaan untuk membunyikan sebutan perkataan yang tidak dikenali
  • Kesukaran mengeja
  • Menghabiskan masa yang sangat lama untuk menyelesaikan tugasan membaca atau menulis
  • Sering mengelakkan dari aktiviti yang melibatkan membaca

Contoh Tulisan Disleksia

Dyslexia mempengaruhi cara seseorang menulis dan mengeja kata-kata. Berikut adalah contoh tulisan yang mungkin muncul dari seseorang yang mengalami dyslexia.

Ayat dalam tulisan formal

Hari ini saya pergi ke taman dan melihat bunga yang indah. Cuaca sangat cerah dan menyenangkan. Saya benar-benar menikmati waktu saya di sana.

Contoh tulisan disleksia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari ini sya perhi ke tman dan melihat bungga yang indah. Cuaca sangat cera dan menyenangkan. Saya benar-benar menikmti waktui di sana.

Dalam contoh di atas, terlihat bahawa ada kesulitan dalam pengejaan kata, seperti penulisan yang tidak sesuai dan penggunaan huruf yang mungkin terbalik.

Kanak-kanak dengan penyakit dyslexia mungkin mengalami kesulitan mengenali huruf, menghafal urutan abjad, atau menghubungkan suara dengan simbol tulisan.

Jenis-Jenis Disleksia

Tiga jenis disleksia adalah:

#1. Dyslexia primer

Ia adalah jenis disleksia yang paling biasa, dan merupakan disfungsi bahagian kiri otak (korteks serebrum) yang tidak berubah mengikut usia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketidakupayaan anak dengan masalah dyslexia jenis ini biasanya boleh berubah apabila mereka menerima rawatan dan pendidikan yang sesuai hingga berjaya dalam akademik.

Malangnya, terdapat juga kanak kanak lain yang terus bergelut untuk membaca, menulis dan mengeja sepanjang hayat dewasa mereka. Disleksia primer berlaku kerana talian keluarga melalui gen (keturunan) atau mutasi genetik baru.

Ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

#2. Disleksia sekunder atau perkembangan

Jenis dyslexia ini disebabkan oleh masalah dengan perkembangan otak semasa peringkat awal perkembangan janin. Dyslexia perkembangan boleh berkurang apabila kanak-kanak semakin matang. Ia juga lebih biasa terjadi pada kanak-kanak lelaki.

#3. Dyslexia trauma

Jenis disleksia ini biasanya berlaku selepas beberapa bentuk trauma otak atau kecederaan pada kawasan otak yang mengawal kemahiran membaca dan menulis. Ia jarang dilihat dalam populasi zaman persekolahan hari ini.

Jenis ketidakupayaan pembelajaran lain termasuk:

  • Disleksia visual: merujuk kepada gangguan pemprosesan visual, keadaan di mana otak tidak mentafsir isyarat visual dengan betul.
  • Disleksia pendengaran: merujuk kepada gangguan pemprosesan pendengaran. Sama seperti gangguan pemprosesan visual, terdapat masalah dengan pemprosesan bunyi dan pertuturan otak.
  • Disgrafia: merujuk kepada kesukaran kanak-kanak memegang dan mengawal pensel dengan baik

Cara Mengajar Anak Disleksia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengajar kanak-kanak disleksia memerlukan pendekatan yang tersusun, penuh perhatian dan kreatif. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh membantu dalam proses pengajaran kanak-kanak dyslexia:

  • Pengecaman Huruf dan Bunyi: Mulakan dengan pengenalan huruf dan bunyi secara berasingan. Gunakan kaedah visual, pendengaran dan kinestetik untuk membantu kanak-kanak mengingati huruf dan bunyi mereka.
  • Kaedah Multisensori: Gabungkan pengajaran dengan pengalaman multisensori. Gunakan bahan fizikal, seperti blok huruf atau pasir kinetik, untuk membantu kanak-kanak memahami dan mengingati bentuk huruf.
  • Pengajaran Dengan Perkataan dan Gambar: Sertakan gambar atau ilustrasi bersama-sama dengan perkataan. Ini boleh membantu kanak-kanak membuat perkaitan antara imej dan perkataan, memudahkan pemahaman konsep yang lebih baik.
  • Penggunaan Teknologi: Manfaatkan teknologi pendidikan, seperti perisian pembaca skrin, aplikasi pembelajaran atau buku audio, untuk membantu kanak-kanak mengakses bahan pembelajaran dengan lebih baik.
  • Pendekatan Fonemik: Mempraktikkan kemahiran fonemik iaitu perkaitan antara bunyi dan huruf. Latihan membaca dengan menekankan bunyi setiap huruf boleh membantu mengukuhkan hubungan fonem-huruf.

Rawatan Disleksia 

  • Pendekatan multisensori: Menggunakan pelbagai sensori seperti deria rasa, sentuhan,bunyi dan visual untuk membantu kanak-kanak diskleksia belajar menulis.Aktiviti yang sering dilakukan adalah menulis di atas krim,membuat bentuk dengan menggunakan tanah liat dan memandankan gambar visual.
  • Petunjuk visual: Menggunakan petunjuk visual dalam memberi arahan dan menyusun Arahan yang diberikan adalah ringkas dan berulang-ulang.
  • Strategi visual: Menggunakan pelbagai jenis saiz dan warna kertas untuk membantu dalam mengeja dan
  • Kemahiran motor halus: Melatih kanak-kanak dyslexia dengan kemahiran motor halus yang penting untuk tulisan yang baik. Aktivti yang dilakukan adalah bermain tanah liat,memasukkan lidi dalam kecil dan menyepit bebola kecil menggunakan penyepit.
  • Kaedah fonik: memberi tumpuan kepada peningkatan keupayaan untuk mengenal pasti dan memproses bunyi. Dalam kaedah fonik, penderita akan diajar perkara berikut:
    • Mengenali bunyi kata yang terdengar mirip, seperti ‘pasar’ dan ‘pagar’.
    • Mengeja dan menulis, mulai dari kata sederhana hingga ayat yang rumit.
    • Memahami huruf dan susunan huruf yang membentuk bunyi tersebut.
    • Membaca ayat dengan tepat, serta memahami makna yang dibaca.

Jika anda bimbang tentang kemampuan anak dalam membaca dan menulis, berbincang dahulu dengan guru mereka mengenai tindakan yang perlu dilakukan seterusnya.

Namun sekiranya mempunyai kebimbangan yang berterusan, bawa si manja berjumpa dengan pakar untuk menyemak jika ada tanda-tanda masalah kesihatan lain seperti gangguan pendengaran atau penglihatan yang boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar.

Jika anak anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan untuk menjelaskan masalah pembelajaran mereka, kaedah pengajaran yang berbeza mungkin perlu dicuba.

Anda juga mungkin ingin meminta penilaian untuk mengenal pasti sebarang keperluan khas yang mungkin mereka miliki.

Kesimpulannya, disleksia terjadi bukan disebabkan oleh masalah kecerdasan, pendengaran atau penglihatan. Kebanyakan kanak-kanak dyslexia boleh berjaya di sekolah dengan bimbingan atau program pendidikan khusus. Sokongan emosi juga memainkan peranan penting.

Walaupun tiada ubat disleksia, penilaian awal dan rawatan terapi mampu menghasilkan hasil yang terbaik.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Kunci Untuk Mengajar Anak Disleksia & Slow Learner Di Rumah, Ibu Ayah Wajib Tahu!

Baca juga: Jika Bawah 6 Tahun Tulis Terbalik Masih OK, Tapi Kalau Kasut, Baju, Seluar Pakai Terbalik Kena Mula Peka!

Baca juga: Seorang Lagi Anak Aliff Syukri Sah Hidap Disleksia, Parents Jangan Panik Kesan Tanda Ini Pada Anak