14 maksud tahi lalat dan kaitannya dengan personaliti anda, no 5 paling mengejutkan!

lead image

Pakar astrologi Cina dan perubatan Jawa percaya setiap tahi lalat ada maksud yang tersendiri. Maksud tahi lalat ini berkait rapat dengan personaliti anda! Anda ada tahi lalat di mana?

Maksud tahi lalat dan rahsia tahi lalat di sebaliknya

Semua manusia ada tahi lalat di tubuh atau mukanya. Namun, pernahkan anda terfikir tentang maksud tahi lalat dan rahsia tahi lalat ini?

Walaupun sering dianggap syirik dan tahyul, namun masih ramai ahli astrologi Cina dan pengamal perubatan tradisional Jawa yang percaya tahi lalat membawa maksud yang tersendiri, malah ia saling berkait rapat dengan personaliti seseorang.

Jadi kali ini, sebagai hiburan dan bacaan ringan, kami akan membawakan kepada anda maksud tahi lalat, rahsia tahi lalat dan kaitannya dengan personaliti anda. 

Jom tengok ada yang betul, tak!

1. Maksud tahi lalat di dagu

maksud tahi lalat

Apakah maksud tahi lalat di dagu?

Rahsia tahi lalat di dagu menandakan anda (pemiliknya) mempunyai kehidupan antara keluarga dan kerja yang seimbang. Malah anda juga akan mudah berjaya.

2. Rahsia tahi lalat di leher

Individu yang mempunyai tahi lalat di bahagian leher, tak kiralah sama ada di sebelah kiri atau kanan, dikatakan mempunyai personaliti yang baik.

Antara rahsia tahi lalat di leher ialah anda juga seorang yang kuat daya ingatan, rajin, suka membaca dan cabaran.

3. Maksud tahi lalat di bibir

maksud tahi lalat

Kredit: Jiakreatifelt

Tahi lalat di bibir saling berkait rapat dengan personaliti seorang yang bijak dan baik hati. Malah, rahsia tahi lalat di bibir juga menandakan anda sangat disenangi atau disayangi oleh orang sekeliling kerana anda sangat ramah dan cepat mesra.

Pakar astrologi Cina menganggap siapa yang ada tahi lalat di bibir ini manis berkata-kata dan tidak mudah mengaku kalah.

4. Rahsia tahi lalat di tapak kaki

Apabila anda ada tahi lalat di tapak kaki, pengamal perubatan tradisional dan ahli astrologi Cina percaya anda mempunyai peluang untuk ke luar negara dan menjelajah dunia.

Semuanya mungkin berkaitan dengan kaki yang “kuat berjalan”.

5. Rahsia tahi lalat di dada

maksud tahi lalat

Individu yang ada tahi lalat di bahagian dada (sama ada anda lelaki atau perempuan) melambangkan anda seorang pendiam dan suka menyimpan rahsia. 

Malah, anda juga mungkin memiliki personaliti seorang yang malas dan suka menikmati kemewahan dalam hidup. Mmmm… 

6. Makna tahi lalat di jari tangan

Orang yang memiliki tahi lalat di jari biasanya akan menghadapi banyak cabaran, rintangan dan dugaan dalam hidupnya. Malah, pakar juga menjangkakan individu ini akan bangkrup kelak.

Tapi, ia mungkin tak bermaksud apa-apa, jika anda bijak menguruskan kewangan anda, kan?

7. Makna tahi lalat di telapak tangan

maksud tahi lalat

Jika anda ada tahi lalat di telapak tangan, cuba tengok ia di sebelah kiri atau kanan. Jika tahi lalat itu terletak di sebelah kanan, ia bererti anda akan menjadi orang kaya.

Namun kalau ia di sebelah kiri, ini bermaksud anda seorang yang boros!

8. Maksud tahi lalat di bahu

Tahi lalat di bahagian bahu menunjukkan pemiliknya menggalas pelbagai tanggungjawab, namun mereka kekal peka, bijaksana dan pandai mengatur rancangan. 

9. Maksud tahi lalat di pipi

maksud tahi lalat

Comel saja kan kalau ada tahi lalat di pipi? Biasanya kaum lelaki memang cepat tertarik dengan wanita yang ada tahi lalat di pipi ini. 

Tahi lalat di pipi bermaksud anda adalah seorang yang pemalu walaupun memiliki ramai kawan, malah kalian juga amat peka dengan sekeliling.

10. Maksud tahi lalat di telinga

Jika anda mempunyai tahi lalat di telinga, itu petanda anda mempunyai komitmen yang tinggi dengan keluarga. Anda amat menyayangi keluarga dan menganggap mereka adalah kunci kebahagiaan anda.

11. Tahi lalat di bawah kelopak mata

Dalam keadaan yang mungkin jarang berlaku, kita akan terjumpa seseorang dengan tahi lalat di bawah kelopak matanya. Comel sungguh!

Bila ada tahi lalat di bawah kelopak mata kanan, pakar percaya ia menandakan individu tersebut mudah memperoleh wang dan mudah untuk jadi orang kaya.

Namun jika tahi lalat tersebut terletak di sebelah kiri, individi itu adalah orang yang sombong.

12. Rahsia tahi lalat di hidung

maksud tahi lalat

Agak-agak, apa maksud tahi lalat di hidung pula, kan? Menurut pengamal perubatan tradisional, tahi lalat di hidung bermaksud individu tersebut bijak merayu dan pandai menggoda.

Akan tetapi, dia cepat marah dan hilang kawalan.

13. Maksud tahi lalat di lengan

Tahi lalat di kawasan lengan bermaksud individu ini seorang yang berani dan bijak mengambil keputusan yang bernas.

14. Rahsia tahi lalat di bawah kening

Jika anda mempunyai tahi lalat di bawah kening, ia bermaksud anda sebenarnya seorang yang sangat kreatif dan cergas. 

Mungkin tidak semua ramalan dan kecenderungan tentang maksud dan rahsia tahi lalat ini tepat kerana kita sendiri tahu tahi lalat terhasil kerana pembentukan pigmentasi di bawah kulit.

Akan tetapi, sebagai bacaan ringan, seronok juga mengetahui ramalan pakar astrologi dan perubatan tradisional yang “membaca” maksud tahi lalat ini.

Anda ada tahi lalat di bahagian mana? Semoga ia bermanfaat untuk anda!

 

 

 

 

 

Artikel digubah daripada theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: OddMeNot

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu