Air Lemon Madu+Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat

Manfaat air lemon dan saffron dapat membantu memulihkan sesiapa yang jatuh sakit atau demam disebabkan oleh virus influenza

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu kaedah rawatan influenza adalah dengan manfaat air lemon dan juga saffron untuk mencegah dan merawatnya. Ia dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.

Influenza atau flu, merupakan penyakit respiratori berjangkit disebabkan virus influenza. Berbeza dengan simptom Covid, ramai mengatakan jangkitan ini memerlukan tempoh melebihi lima hari untuk pulih.

Bukan itu sahaja, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius buat kumpulan berisiko tinggi terutamanya penghidap penyakit kronik.

Manfaat Air Lemon dan Saffron 

Selain mendapatkan rawatan di hospital, terdapat beberapa tips yang boleh anda gunakan sebagai salah satu ikhtiar untuk mencegah dan juga merawatnya.

Berkongsi tips sebagai satu ikhtiar untuk merawat influenza, Haslinda MatIsa di laman facebook miliknya menulis,

“Cuba teka apakah garis merah pada gelas ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah sejalur kelopak bunga saffron kering, yang dibawa balik dari Safranbolu.

Ya, kalau dah singgah Bandar Safranbolu, haruslah kita bawak pulang sejenis rempah yang termahal di dunia ni.

Sekarang ni musim influenza, sejak semalam saya tak dapat tidur kerana sakit kepala yang amat teruk.

Ramai rakan-rakan pesan, minum air lemon. Makanya sejak pagi sampai bawak ke malam, saya minum air lemon suam campur madu sedikit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan letak jugak sehelai saffron. Cantik keemasan warna air lemon tu.

Saffron banyak manfaat dia untuk lelaki dan wanita. Selain untuk kesihatan dalaman, ia juga bagus untuk asma, kesihatan mata, dan melindungi saraf buat pesakit kencing manis.

Kalau ada saffron di rumah, boleh la tambah dalam makanan atau minuman. Memang kita tahu dah, masakan arab terutamanya wajib ada saffron ni kan.

Katanya bunga saffron yang wangi dapat menenangkan jiwa, seperti bunga chamomile juga ni. So, kita minum pi lah.” Tulisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui perkongsiannya ini, anda boleh juga gunakannya sebagai salah satu cara untuk merawat penyakit influenza ini.

Kebaikan Lemon, Madu dan Saffron Untuk Kesihatan Tubuh

Pengambilan air lemon dan juga saffron sebenarnya mempunyai banyak faedah dan kebaikannya kepada sistem tubuh. Antara kebaikannya adalah seperti berikut :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lemon 

  • Kaya dengan vitamin C
  • Membantu melancarkan sistem pencernaan badan
  • Kulit menjadi sihat dan lembap
  • Melambatkan penuaan
  • Badan kekal terhidrat
  • Menurunkan berat badan
  • Mengurangkan risiko batu karang

Madu 

  • Membekalkan tenaga
  • kaya sumber antioksida
  • Agen antiseptik, boleh merawat luka dengan cepat
  • Meredakan batuk dan sakit tekak
  • Sumber prebiotik
  • Mengekalkan kesihaan kulit
  • Anti keradangan

Saffron

  • Memberi kesan anti-oksidan
  • Merawat tekanan perasaan
  • Melindungi daripada penyakit kanser
  • Mengurangkan simptom sebelum haid
  • Mengatasi masalah mandul
  • Penurunan berat badan
  • Mengurang risiko penyakit jantung

Oleh itu, untuk mengekalkan sistem kesihatan tubuh yang terbaik, anda boleh cuba amalkan kedua-dua bahan ini agar sentiasa dan bebas sebarang jangkitan penyakit.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Petua Hilangkan Selsema Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Si Manja Tidak Perlu Ke Klinik!

Baca juga: Hidung Anak Selalu Tersumbat? Cuba Letak Lemon & Garam Dalam Bilik Tidurnya

Baca juga: Ikhtiar Mendapatkan Zuriat? Lengkapi Diri Dengan 8 Jenis Vitamin Agar Cepat Hamil Selain Jaga Kesihatan Anda Ya!

Penulis

Nur Syazwani