Aktiviti Melompat Bagus Untuk Anak, Bantu Bina Emosi Yang Baik & Mudahkan Tidur Si Manja

Manfaat trampolin dengan aktiviti lompatan merupakan aktiviti yang baik bagi mengalakkan proses perkembangan yang sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melompat merupakan aktiviti menyeronokkan dan bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga menyukainya. Selain itu, aktiviti ini juga menyihatkan badan malah, terdapat pelbagai senaman lompatan boleh ditonton menerusi Youtube termasuk yang menggunakan trampolin. Justeru ini kebaikan lompatan daripada manfaat trampolin yang perlu anda tahu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Manfaat trampolin: 11 sebab melompat merupakan aktiviti yang baik 
  • Manfaat trampolin dan aktiviti melompat untuk perkembangan anak
  • Anak yang suka melompat lebih ceria

Manfaat trampolin: 11 sebab melompat merupakan aktiviti yang baik 

Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa, Khairul Abdullah pada hantaran Facebook, terdapat 11 sebab aktiviti lompatan ini memberi kesan positif lebih-lebih lagi dengan manfaat penggunaan trampolin. Bukan sekadar permainan semata-mata, ia juga suatu senaman yang baik untuk kesihatan. 

1. Aktiviti melompat secara berkala akan membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Tulang kita ini semakin kuat apabila ditekan dan semakin lemah apabila tiada tekanan. Jadi melompat ini memberi tekanan pada tulang seluruh tubuh badan kita.

2. Melompat akan membuatkan 37 trillion sel dalam badan turut melompat. Tekanan graviti terhadap semua sel membuatkan mereka terpaksa menjadi lebih kuat untuk menerima tekanan, lalu meningkatkan tenaga sel dan fungsi mitochondrial.

3. Melompat membantu badan menyahtoksin dengan meningkatkan peredaran limfa. Tidak seperti sistem peredaran darah yang mempunyai jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan, sistem limfa tiada pam dan bergantung pada pergerakan badan untuk beredar. Melompat adalah pergerakan yang paling bagus.

4. Melompat meningkatkan imuniti badan untuk mengelakkan jangkitan dan mencegah penyakit. Melompat selama 10 minit meningkat tiga kali ganda jumlah sel darah putih. Sistem limfa mengangkut sel-sel imun ini ke seluruh badan untuk meningkatkan fungsi imun, yang merupakan barisan pertahanan pertama badan kita.

Manfaat trampolin dan aktiviti melompat untuk perkembangan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Melompat trampolin meningkatkan kesihatan pencernaan dan usus. Ia membantu penghadaman kerana gerakan menaik turun berirama merangsang pengecutan dan kelonggaran otot yang membentuk saluran pencernaan.

6. Melompat di trampolin juga membantu meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan postur dengan merangsang saraf okular dan saluran telinga dalam. Selalu melompat membuatkan reflek kita cepat bertidak balas.

7. Melompat menguatkan otot mata untuk penglihatan yang lebih baik. Ia membantu menguatkan saraf okular dan otot mata anda kerana kesan peningkatan daya G pada setiap bahagian badan.

8. Melompat sangat membantu mengedarkan oksigen ke seluruh badan untuk meningkatkan tenaga. Tubuh yang sangat beroksigen tidak digemari oleh kuman penyakit dan sel-sel jahat, yang bersifat anaerob. Ia tidak dapat bertahan dalam persekitaran yang sangat beroksigen.

Anak yang suka melompat lebih ceria

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Melompat telah terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisma dan membantu menurunkan berat badan. Kadar metabolisma anda akan terus meningkat sehingga 24 jam walaupun sudah berhenti melompat. Memang sesuai untuk menguruskan badan.

10. Melompat meningkatkan keupayaan mental dan meningkatkan kesihatan mental. Lompatan yang kerap meningkatkan peredaran darah, jadi ini membolehkan banyak oksigen segar ke otak, meningkatkan ketajaman dan fokus mental serta meningkatkan komunikasi antara kedua-dua bahagian otak. Ini meningkatkan keupayaan mental dan diketahui dapat membantu kanak-kanak membaca dan menulis.

11. Melompat dapat membantu mengurangkan kegelisahan, atau ketidakupayaan untuk berehat yang disebabkan oleh apa sahaja faktor sama ada minum terlalu banyak kafein, tekanan, kesakitan fizikal atau apa sahaja. Untuk kanak-kanak yang ada ADHD, melompat membantu mengalihkan tenaga dan mengatasi kegelisahan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Aktiviti Permainan Keluarga Ini Baik Untuk Meningkatkan Tahap IQ Anak, Ibu Bapa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 5 Sebab Permainan LEGO Bagus Untuk Perkembangan Anak, Ia Merangsang Otak & Mata

Baca juga: Bilik Air Bukan Taman Permainan! Ini Cara Jadikan Bilik Air Selamat Untuk Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan