9 tanda anak anda perlu SEGERA jumpa pakar kanak-kanak - jangan tangguh lagi!

Bimbang saja tak cukup untuk membantu perkembangan anak anda. Jadi, bawalah dia segera berjumpa pakar supaya dapat membendung sebarang masalah yang lebih serius di masa hadapan!

Ibu bapa mana yang tak risau bila “ternampak” tanda-tanda masalah pada anak hampir berbulan-bulan. Contohnya seperti perkembangan mereka sedikit lambat.

Namun, sebagai ibu, anda tetap yakin anak akan dapat mencapai dan mengejar perkembangan itu seiring dengan kanak-kanak seusianya kelak.

Antara masalah pada anak yang kerap berlaku adalah kelemahan motor halus, isu pertuturan, masalah di sekolah dan sebagainya. Perlukah kita tunggu atau terus segera berjumpa profesional?

Sebenarnya, jika anak anda menunjukkan 9 tanda-tanda ini, anda perlu membawa si kecil itu berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak secepat mungkin.

Ia sebenarnya tanda bahaya yang tidak patut dihiraukan!

9 tanda masalah pada anak – segera bawa jumpa doktor sekarang!

#1. Masalah pada anak: Pandangan mata

Kredit: Cerebrallemon.com

  • Keupayaan untuk bayi membuat hubungan mata adalah pencapaian dalam perkembangan pertama
  • Apabila bayi semakin meningkat umur, dia harus dapat melihat dengan baik, boleh berpandangan mata dengan orang sekeliling dan mengikut gerakan mata ibu bapanya.
  • Bawa anak jumpa doktor jika anak mengalami masalah tatapan mata.

#2. Masalah pada anak: Tak beri respon apabila diacah atau dipanggil 

#3. Masalah pada anak: Lambat cakap

  • Kanak-kanak sepatutnya boleh bertutur dalam perkataan mudah sekitar umur 18 bulan.
  • Manakala untuk kanak-kanak umur dua tahun ke atas pula, mereka sepatutnya sudah boleh menggunakan dua perkataan atau lebih. Contohnya: “Nak makan”.
  • Umur tiga tahun, mereka sekurang-kurangya dapat membina empat perkataan dalam satu ayat. Contohnya: “Ibu nak makan nasi”.

#4. Masalah pada anak: Masih tak tahu guna tandas

  • Walaupun sudah melakukan potty training namun anak masih sukar untuk membuang air kecil dengan sendirinya. 
  • Anda perlu bawa anak berjumpa doktor pakar jika mereka masih gagal menggunakan tandas. Mungkin anak ada masalah saluran kencing.

#5. Masalah pada anak: Gagap

Kredit: Alo dookter

  • Gagap berlaku apabila kanak-kanak tersebut tidak dapat mengulangi kata-kata atau frasa. Selain itu, mereka juga mungkin tidak menggunakan perkataan mudah seperti “umm” atau “uhh” ketika bercakap.
  • Tetapi jika kanak-kanak tersebut seperti sukar untuk meluahkan sesuatu perkataan atau kecewa semasa bertutur, ibu bapa tersebut perlu berunding dengan pakar.

#6. Masalah pada anak: Ada tanda disleksia

  • Pakar mengatakan tanda-tanda disleksia ini muncul sebelum anak ke sekolah menengah.
  • Sebahagian daripada tanda tersebut seperti kesulitan mengikat tali kasut, lewat bertutur, kesukaran belajar abjad atau tidak dapat mengingat nombor telefon dan alamat rumah.

#7. Masalah pada anak: Susah nak membaca

#8. Masalah pada anak: Kurang bergaul dengan rakan-rakan

  • Jika kanak-kanak secara tiba-tiba mengasingkan diri dengan rakan-rakannya atau tidak masuk dalam sebarang aktiviti, ibu bapa harus bimbang dan jika berpanjangan perlu berunding dengan pakar.
  • Itu mungkin tanda autisme dan memerlukan pengesahan pakar dengan segera.

#9. Masalah pada anak: Tingkah laku yang melampau

Menurut Dr Kim Dal Porto, pakar pediatrik antarabangsa, naluri keibubapaan adalah petunjuk yang dapat mengesan setiap perubahan pada anak tanpa kita sedar sepenuhnya.

Sebelum mengambil sebarang tindakan, ikutlah kata naluri anda supaya dapat membantu anak dengan lebih awal.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: I MOM

Baca juga:

https://my.theasianparent.comapa-itu-autisme/