Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

Mata hitam bayi yang besar boleh menjadikannya kelihatan unik. Ada yang mengatakan ia cantik, malah ada juga sanggup samakan dengan alien

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelahiran setiap anak membawa kebahagiaan buat ibu dan ayah. Rupa paras dan saiznya yang kecil dianggap sungguh comel. Bila dianugerahkan anak dengan mata hitam lebih besar, ramai mengatakan ia sungguh unik.

Walau bagaimanapun dalam masa yang sama ada juga bermulut celupar dan menghina ciptaan Yang Maha Esa ini hingga menyinggung perasaan ibu ayah.

Mata hitam bayi besar

Menurut Mstar, seorang ibu yang dikenali sebagai Siti Alicesha meluahkan rasa sedih dan kurang senang apabila anaknya disamakan dengan makhluk asing.

Ketika dihubungi, dia menceritakan mengenai keadaan mata hitam besar pada anak lelakinya, Muhammad Hud Akhtar yang dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 23 September 2022.

''Saya lahirkan Akhtar secara normal. Pada mulanya saya langsung tidak perasan apa-apa pada mata hitam anak sebab dia banyak tidur.''

''Namun bila kami ditempatkan dalam wad, ketika menyalin pakaiannya baru saya perasaan mata hitam anak lebih besar. Meski terkejut, saya menganggap ia adalah normal bagi seorang bayi,'' jelasnya.

@alicesha_zulku mata adik paling cantik #unik #matabesar #anakibuayah ♬ Anakku Sayangku - Dato' Sri Siti Nurhaliza

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah ibu kepada empat cahaya mata ini, situasi menjadi berubah apabila seorang doktor menegur mengenai mata hitam anak ketika melakukan pemeriksaan.

Dia yang tinggal di Jasin, Melaka mengatakan iris mata hitam anak lebih besar sehingga mata hitam kelihatan hampir melitupi seluruh matanya.   

Kemudian doktor meminta Akhtar supaya ditahan dekat wad memandangkan bayi berkenaan turut mengalami masalah demam kuning (jaundis kelihatan pada kulit).

Doktor yang perasan dahulu

''Doktor yang perasan lepas tengok mata hitam anak saya. Dia ada bertanya kalau-kalau ada adik beradik lain yang matanya sama seperti itu, tapi tiada pun.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Bukan itu sahaja, doktor turut mengatakan bahawa dia belum pernah tengok lagi bayi dengan mata hitam sebesar ini. Selepas anak dibenarkan pulang, saya ada bertanya pada jururawat yang bertugas mengenai keadaan matanya.''

''Mereka pun tidak boleh jawab. Kebetulan doktor tiada masa saya keluar wad. Jadi saya belum pasti mengenai keadaan mata anak yang sebenarnya. Selepas cuti Tahun Baharu Cina nanti barulah kami tahu keadaan Akhtar.''

Menurut Alice, dia sudah membuat temujanji untuk berjumpa dengan pakar mata di Melaka pada bulan Mac depan.

Dalam keterujaannya berkongsi gambar anak sebagai ahli baharu dalam keluarga, dia telah menerima satu mesej yang mengguris perasaan seorang ibu. Individu berkenaan menegur mengenai mata anaknya.

Alice menceritakan, seorang kenalannya ada menyamakan Akhtar dengan makhluk asing (alien) watak 'Jadoo' dalam filem Bollywood bertajuk Koi Mil Gaya kerana bahagian mata hitam anaknya kelihatan besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenalan terdekat jadikan bahan lawak

''Sebagai ibu ayah yang teruja menyambut anak keempat dalam keluarga, maka banyaklah gambar Akhtar yang kami ambil. Tapi tidak tunjuk dekat semua orang.''

''Tapi kerana desakan rakan-rakan, saya kongsikan beberapa keping gambar Akhtar tapi cuma pada kenalan saja. Dari situlah ada yang samakan anak dengan alien serta tunjuk gambar Jadoo dalam cerita depan-depan muka saya,''

''Saya rasa sedih, sakit, hiba walaupun luaran mampu tersenyum pada masa itu. Kalau dia kata sekali mungkin boleh diterima, tapi bila berkali-kali hingga jadi bahan lawak, sumpah saya tidak boleh menerimanya,'' luahnya.

Disebabkan oleh insiden tersebut, Alice telah memuat naik video di TikTok dan memuji kecantikan mata anaknya pada pandangan seorang ibu.

Video berkenaan menjadi tular sehingga meraih lebih 1.4juta jumlah tontonan serta dibanjiri dengan pujian oleh netizen.

Dalam pada itu Alice menitipkan pesanan serta harapan meminta agar netizen mendoakan kesejahteraan Akhtar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Saya dengan suami akan menunggu penilaian daripada pakar mata terlebih dahulu. Ramai juga yang tinggalkan komen di TikTok dan mengaitkannya dengan Sindrom Axenfeld Rieger pada anak kami,'' kongsinya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mata Baby Suka Pandang Atas, Pakar Jelaskan Kaitannya Dengan Perkembangan Penglihatan Bayi

Baca juga: Penglihatan Bayi 1 Bulan Hingga 1 Tahun, Mata Malas Antara Masalah Biasa Dialami Kanak-Kanak

Baca juga: ''Ayon Lebih Cerah Dari Azirah,'' Wanita Lahirkan Bayi Kembar Dengan Warna Kulit & Mata Berbeza

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan