TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Peringatan! Ini Sebabnya Penting Cuci Baju Baru Bayi Sebelum Pakai!

4 min bacaan
Peringatan! Ini Sebabnya Penting Cuci Baju Baru Bayi Sebelum Pakai!

Ibu dari Australia ini berkongsi pengalaman buruk yang berlaku pada anak lelakinya setelah memakai pakaian baru yang tidak dibasuh terlebih dulu.

Jika ibu bapa periksa label baju baru, anda akan mendapati amaran untuk mencuci baju baru bayi sebelum anak memakainya.

Tapi ramai ibu bapa pandang ringan perkara ini dan biasanya akan biarkan anak memakai baju baru itu tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Ibu bapa yang seringkali tidak mencuci baju baru bayi mungkin akan tersentak dan insaf selepas membaca tentang kisah ibu dari Australia ini.

Mengapa ibu bapa perlu mencuci baju baru bayi?

mencuci baju baru bayi

Samantha Maree Spencer telah membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke BigW di Australia untuk membeli baju jumper baru. Di sana, ibu itu telah memakaikan baju jumper baru pada anaknya untuk memastikan saiz baju itu betul.

Apabila mereka sampai di rumah, anaknya yang bernama Parker itu asyik menggaru-garu mukanya.

Pada mulanya, Samantha ingat itu cuma ruam biasa kerana anaknya sedang tumbuh gigi. Tetapi anaknya bangun tiba-tiba malam itu sambil menangis kesakitan. Muka Parker kemerahan dan membengkak. Ibunya yang bimbang telah membawanya ke hospital.

Reaksi terhadap sisa bahan kimia

Selepas memeriksa Parker, doktor memutuskan ruam pada mukanya adalah reaksi atau alahan terhadap sisa bahan kimia pada baju jumper yang dia pakai awal hari itu.

Ruam Parker bertambah baik keesokan harinya, selepas bermalam di hospital untuk pemerhatian lanjut.

Samantha berkata pengalaman itu telah menjadi pengajaran penting kepadanya untuk selalu mencuci baju baru bayi terlebih dahulu.

Kesan bahan kimia apabila tidak mencuci baju baru bayi

mencuci baju baru bayi

“Apabila kita terdedah pada sisa-sisa bahan kimia pada baju baru, ini akan meningkatkan risiko alahan kulit. Tapi ada juga kesan yang lebih memudaratkan terutamanya jika ia adalah bahan kimia yang didapati beracun atau toksik,” kata Giovanna Luongo, PhD dalam Kimia Analitik di Universiti Stockholm.

Menurut Choice, ini adalah antara bahan-bahan kimia yang terdapat pada baju baru:

  • Chromium VI: digunakan pada barang yang dibuat daripada kulit dan bulu biri-biri yang boleh menyebabkan masalah kulit.
  • DMF: digunakan untuk menghalang perkembangan kulat dan menjadikan barang kulit kalis air. Bahan kimia ini boleh menyebabkan ekzema teruk.
  • phthalates: digunakan bersama bahan PVC untuk kasut dan baju hujan. Bahan kimia ini boleh mengganggu sistem hormon.
  • alkphenols: digunakan untuk pengeluaran tekstil dan barang-barang kulit dan mempunyai kesan negatif ke atas sistem endokrin manusia. Ia juga beracun pada alam sekitar.
  • dispersion dyes: bahan kimia ini boleh menyebabkan alahan dan ruam.

Sisa bahan kimia lain jika tidak mencuci baju baru anak:

  • azo dyes, pewarna yang selalu digunakan untuk barang-barang kain dan kulit. Pewarna ini dalam senari bahan kimia tidak selamat EU REACH.
  • chlorinated phenols (PCP, TeCP, TriCP), bahan kimia ini digunakan apabila memproses barang kain. PCP boleh merengsakan kulit, mata dan mulut. Pendedahan jangka masa panjang PCP pada tahap yang rendah boleh memberi kesan kepada hati, buah pinggang, darah dan sistem saraf pemakai.
  • formaldehyde atau formaldehid, bahan kimia yang disembur pada pakaian supaya ia nampak baru dan tidak kusut. Apabila terdedah kepada bahan kimia ini, ia boleh merengsakan mata, hidung, tekak dan ruam serta alahan berkaitan dengan kulit dan paru-paru.

Ini sebab mengapa ibu bapa perlu mencuci baju baru anak terlebih dulu!

mencuci baju baru anak

Tips penting untuk ibu bapa:

  • Elakkan membeli pakaian yang berkualiti rendah. Pakaian yang lebih murah mungkin tidak mempunyai kawalan kualiti yang ketat.
  • Kalau boleh, beli pakaian yang menggunakan pewarna organik. Apabila kurang pasti, ibu bapa boleh selidik dulu jenama pakaian berkenaan.
  • Elak dari membeli pakaian anak yang mempunyai bau yang pelik. Bau ini mungkin bau bahan kimia yang kuat pada pakaian itu.
  • Sentiasa pilih material baju yang diperbuat dari kapas! Pastikan ia menyerap peluh dan memberi pengudaraan lebih baik.

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Cara Penting Untuk Menjaga & Melindungi Kulit Bayi 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Peringatan! Ini Sebabnya Penting Cuci Baju Baru Bayi Sebelum Pakai!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham