Bilakah Waktu Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung Naik Kapal Terbang? Ini Jawapan Doktor!

Mengandung naik kapal terbang selamat atau tidak bergantung kepada keadaan kesihatan para ibu. Pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamatkah jika ibu mengandung naik kapal terbang? Ia antara persoalan yang selalu ditanyakan bagi mereka pertama kali berjalan jauh dan kehamilan pertama.

Ada yang cakap selamat, ada yang cakap lebih baik dielakkan dan pelbagai reaksi berbeza diterima. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu mengandung naik kapal terbang, selamat atau tidak?
  • Keadaan kehamilan yang TIDAK SESUAI untuk ibu mengandung naik kapal terbang
  • Cara untuk meminimakan risiko terkena darah beku

Apa yang pasti adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertugas dahulu sebelum menempah tiket penerbangan.

Doktor hendaklah menilai tahap kesihatan ibu dan bayi bagi mengelakkan berlakunya sesuatu perkara tidak diingini.

Selamat ke ibu mengandung naik kapal terbang?

Untuk pengetahuan umum, perkara ini menjadi salah satu isu yang sering diperdebatkan adalah kerana syarikat penerbangan risau jika penumpang yang mengandung menaiki kapal terbang akan mempunyai risiko terberanak di dalam pesawat.

Isu ini telah diulaskan oleh seorang doktor sakit puan,  Muhammad Izzat menerusi Twitter miliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurutnya, kebanyakan syarikat penerbangan tak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang bila kehamilan dah mencecah cukup-cukup 36 minggu disebabkan jika ada risiko untuk kelahiran pramatang atau tak cukup bulan.

Contohnya seperti kehamilan kembar, wanita tak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.

Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan dari doktor yang menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan.

Para ibu dikatakan selamat menaiki kapal terbang apabila kehamilan sudah berusia 28 minggu. Tarikh kepastian usia kehamilan itu disahkan oleh doktor dan ditulis dalam surat berkenaan.

Keadaan kehamilan yang TIDAK SESUAI untuk ibu mengandung naik kapal terbang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Anemia teruk atau kurang darah dengan Hb kurang 7.5g/dL.
  • Ada pendarahan masa kehamilan dalam masa terdekat.
  • Masalah telinga (otitis media) dan sinusitis.
  • Masalah jantung dan pernafasan yang serius.
  • Pesakit yang ada buat pembedahan pada usus dalam masa terdekat, termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara.
  • Tulang patah, di mana kaki tulang patah itu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi kalau ada POP pada kaki berkenaan.

Jelasnya lagi, “Berkenaan dengan ini, kita tahu bahawa mengandung itu sendiri meninggikan risiko untuk dapat darah beku. Naik flight pula, duduk lama, kaki cramp nak nak yang kaki panjang tu memang azab.

“Secara keseluruhan boleh disimpulkan risiko untuk dapat darah beku pada kaki masa naik flight tu ada, tapi rendah, bergantung kepada faktor kesihatan individu itu sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara untuk meminimakan risiko masalah darah beku

  1. Pilih tempat duduk berdekatan dengan aisle (kerusi bersebelahan lorong laluan) agar senang anda keluar masuk.
  2. Sentiasa berjalan jalan dalam kabin, jangan duduk memanjang.
  3. Buat senaman ringkas, setiap 30 minit lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang panjang.
  4. Sentiasa pastikan untuk minum air yang cukup, kurangkan minum minuman berkaffein untuk mengelakkan asyik nak buang air kecil.
  5. Kalau ibu mengandung ada sejarah darah beku, obesiti atau masalah lain, tanya doktor untuk pemberian ubat suntikan mencairkan darah.

Selain itu, jangan lupa pakai TED stoking (bukan stokin biasa tu) jika penerbangan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau kurang 4 jam tak pakai TED stoking pun tak mengapa.

Lain syarikat penerbangan, lain polisinya untuk membenarkan ibu mengandung naik pesawat. Dapatkan maklumat lanjut daripada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

Baca juga: 6 Produk Wax Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil Sebagai Persediaan Sebelum Bersalin, Selamat Dan Tak Sakit!

Baca juga:  Melasma Pada Ibu Hamil, Adakah Benar Ia Berbahaya & Petanda Kanser?

Penulis

Murns A.