Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

Rasa mual dan muntah seringkali berlaku semasa kehamilan, menyebabkan aktiviti seharian ibu hamil terganggu.

Kehamilan merupakan sesuatu yang menggembirakan namun apabila wanita mula mengalami mual dan loya, bermulalah satu pengalaman yang ‘tak seronok’ pula. Bila hal ini terjadi, ramai yang mencari solusi bagi menghilangkan rasa mual saat hamil sama ada dengan melakukan aktiviti fizikal atau mengubah cara pemakanan.

Menurut Dr Marjorie Greenfield, pakar OBGYN dan pengarang The Working Woman’s Pregnancy Book, kira-kira 70% wanita mengalami loya pada awal kehamilan dan sekitar 50 peratus mengalami muntah.

“Ini sangat umum, tetapi juga sangat bervariasi. Banyak orang akan rasa mual sepanjang hari, ada yang sakit kebanyakannya pada waktu malam, dan yang lain sakit jika mereka tidak cukup tidur," kata Greenfield.

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Dengan Cara Semula Jadi

Ibu boleh mencuba rawat morning sickness saat hamil dengan pelbagai cara, jadi apa kata cuba beberapa tips cara menghilangka rasa mual seperti di bawah:

  • Hidu bau segar seperti bau-bauan lemon, elakkan bau yang busuk atau terlalu kuat kerana ini boleh menyebabkan rasa mual semakin menjadi-jadi!
  • Cari makanan yang sesuai dengan selera Bila hamil, selera makan mungkin akan menurun. Jadi tidak semua makanan akan sesuai dengan selera, dan boleh menyebabkan mual.
  • Kurangkan menghadap skrin Skrin komputer yang terang dan kesan strob yang tidak dapat dikesan boleh membuat anda lebih mual. Untuk mengatasinya, cuba sesuaikan skrin anda untuk mengurangkan ketegangan mata.
  • Alih perhatian Cuba lakukan aktiviti lain seperti membaca, membuat sudoku atau berjalan-jalan bagi menghilangkan fokus anda pada mual tersebut.
  • Jelaskan pada pasangan sekiranya anda berasa mual terhadap beberapa produk di rumah. Jangan diam saja, jika tidak masalah ini takkan selesai!
  • Berbaring Jika ibu tidak tahan lagi, baring sahaja untuk berehat ya.

8 Produk Yang Boleh Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil

Jika tips di atas tidak berkesan atau ibu perlukan penyelesaian segera, ibu boleh cuba beberapa produk bagi menghilangkan rasa tidak selesa ini. Berikut merupakan beberapa pilihan kami di theAsianparent:

Produk Yang Boleh Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil
Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband
Terbaik Jenis Band Pergelangan Tangan
Beli di Shopee
Morning Sickness Blend 60 Liquid Capsules By Motherlove
Terbaik Jenis Suplemen Herba
Beli di Amazon
Sea-Band Mama! Essential Oil Calming Aromatherapy Rolette
Terbaik Jenis Roller
Beli di Shopee
Mama's Morning Sickness Therapy Inhaler
Terbaik Jenis Inhale
Beli di Shopee
Pink Stork Tea: Organic Ginger Orange Pregnancy Tea
Terbaik Jenis Teh
Beli di Shopee
Preggie Pop Drops Morning Sickness Relief
Terbaik Jenis Gula-Gula
Beli di Shopee
Nausea /Morning Sickness Essential Oil Roll-On
Jenis Minyak Pati
Beli di Shopee
Pink Stork Pregnancy Flakes: Bath Salts with Pure Magnesium
Jenis Mandian Garam
Beli di Shopee

Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Band Pergelangan Tangan

Sea-Band adalah band pergelangan tangan akupresur yang terbukti secara klinikal untuk melegakan dan merawat morning sickness serta mual di samping membantu dengan mual semasa pra pembedahan dan kemoterapi.

Produk ini berfungsi dengan memberi tekanan pada titik akupresur Nei-Kuan pada setiap pergelangan tangan dengan menggunakan jongkong plastik yang berfungsi untuk mengembalikan keseimbangan dalam badan.

Tiada kesan sampingan yang berkaitan dengan produk yang diuji secara klinikal ini.  Sea-Band berfungsi dengan segera dan boleh dipakai setiap kali ibu merasa mual. Ini merupakan salah satu cara menghilangka rasa mual.

Apa yang kami suka :

  • Bantu menenangkan perut semasa mengandung.
  • Penyelesaian bebas ubat yang berkesan dan semula jadi untuk kebanyakan jenis loya.
  • Terbukti dapat melegakan loya dan muntah.
  • Bekerja dengan segera & boleh dipakai setiap kali anda merasa mual. Ubat semula jadi, boleh digunakan semula & tidak mengantuk tanpa ubat atau kesan sampingan.
  • Pilihan semula jadi

Morning Sickness Blend 60 Liquid Capsules By Motherlove

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Suplemen Herba

Kapsul vegan herba ini  dapat mengatasi mual dan pencernaan yang berkaitan dengan kehamilan. Sangat berguna pada trimester pertama dan ketiga, apabila rasa mual dan gangguan pencernaan berada pada puncaknya.

Herba yang menenangkan perut dengan halia, pudina, raspberry merah, balsem lemon, dan marshmallow untuk memberi kelegaan kepada morning sickness, gangguan pencernaan, dan loya.

Apa yang kami suka :

  • Non-GMO
  • Makanan tambahan berasaskan herba
  • Bebas gluten dan vegan
  • Bebas kekejaman
  • Melegakan loya pada bila-bila masa
  • Memudahkan penghadaman

Sea-Band Mama! Essential Oil Calming Aromatherapy Rolette

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Roller

Rollet Sea-Mama yang berukuran poket ini mengandungi campuran minyak pati buatan tangan. Dengan gabungan aroma semual jadi, ia bertindak untuk menenangkan dan menyegarkan tubuh ketika kehamilan.

Dengan saiznya yang comel, mudah untuk ibu membawanya ke mana-mana, hanya perlu meletakkan di dalam tas tangan atau poket sahaja!

Apa yang kami suka :

  • Bersaiz poket
  • Campuran minyak pati yang menenangkan untuk menenangkan perut anda serta melegakan sakit perut, dengan halia, permen, dan kapur.
  • Ubat herba semula jadi
  • Tiada ubat atau kesan sampingan

Mama’s Morning Sickness Therapy Inhaler 

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Inhale

Mama’s Morning Sickness Inhaler menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti minyak kelapa dan campuran minyak pati seperti lemon, peppermint, minyak halia, spearmint, orange, mandarin dan lavender.

Lavender adalah rawatan aromaterapi yang sangat baik yang mendorong ketenangan dan menghilangkan rasa stress terutamanya semasa proses bersalin.

Apa yang kami suka :

  • Melegakan simptom mual ketika hamil, mual ketika dalam kereta, ketidakcernaan perut, perut tidak selesa, refluks, pedih ulu hati dan mabuk laut.
  • Saiz padat
  • Kandungan minyak pati halia adalah salah satu ubat semula jadi terbaik untuk kolik, pencernaan, cirit-birit, kekejangan dan sakit perut. Minyak halia juga berkesan sebagai ubat semula jadi mual dan untuk merawat muntah.
  • Kandungan minyak lemon, oren, mandarin, spearmint dan peppermint juga dikenali sebagai penenang perut dan merupakan antiseptik yang sangat baik

Pink Stork Tea: Organic Ginger Orange Pregnancy Tea

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Teh

Halia adalah makanan super untuk menyokong wanita hamil! Ia mengandungi antioksidan dan enzim pencernaan, yang memecahkan makanan dalam badan untuk menyokong kesihatan gastrousus.

Halia boleh membantu menyumbang kepada kesihatan usus yang lebih baik, memberikan sokongan untuk ketidakteraturan pencernaan, sembelit, dan morning sickness untuk wanita hamil.

Red Rooibos secara semula jadi bebas kafein, rendah tannin dan kaya dengan antioksidan untuk menyokong kesihatan pranatal. Antioksidan dalam teh rooibos membekalkan sokongan untuk rasa mual pada setiap pagi.

Apa yang kami suka :

  • Tidak mengandungi GMO, gluten, soya atau tenusu dan sentiasa diuji oleh pihak ketiga untuk kepuasan anda. 
  • Boleh membantu dengan keanjalan kulit (selamat tinggal tanda regangan!). 
  • Kaya dengan kalsium, magnesium, besi, dan kalium – mineral penting untuk kesihatan pranatal.

Preggie Pop Drops Morning Sickness Relief

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Gula-Gula

Apabila anda bergelut dengan morning sickness, anda perlu mencari penawarnya dengan cepat dan ini adalah penyelesaian terpantas yang anda boleh cuba. Buka sahaja bungkusan gula-gula, kemam dan biarlakn ia larut dalam mulut anda. Mudah kan?

Diperbuat 100 daripada bahan semula jadi, anda tidak perlu risau kerana gula-gula ini diperbuat daripada minyak pati dan tumbuhan botani.

Apa yang kami suka :

  • Mudah dimakan, rasa yang sedap.
  • Tanpa gluten.
  • Tidak terlalu manis, diperbuat daripada sirap tebu.

Nausea /Morning Sickness Essential Oil Roll-On

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Minyak Pati

Pregnancy Support Essential Oil Blend adalah penyelesaian kepada masalah mual yang boleh menenangkan dan bermanfaat untuk mengurangkan tekanan semasa Kehamilan.

Ia datang dengan mudah dalam bentuk aplikator roll-on dan ubat semula jadi yang mengandungi tiga jenis minyak pati iaitu 100% minyak kelapa pecahan tulen, campuran minyak pati bayi lembut, minyak pati Lavender, dan minyak pati Geranium.

Apa yang kami suka :

  • Mengurangkan kesan regangan dan tisu perut.
  • Memberi emosi yang tenang semasa mengandung.
  • Meremajakan kulit.

Pink Stork Pregnancy Flakes: Bath Salts with Pure Magnesium

Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Terbaik Jenis Mandian Garam

Kepingan garam untuk mandian atau rendaman ini baik untuk menyokong rasa tenang dan melegakan kesakitan, rasa loya dan lenguh-lenguh badan semasa hamil.

Rendam mandian magnesium ini sangat mudah untuk digunakan, tuang setengah cawan ke dalam tab mandi atau rendaman kaki dan biarkan sifat penyembuhan magnesium menyerap ke dalam kulit anda. Rendam selama 20 minit.

Apa yang kami suka :

  • Boleh digunakan ketika dalam pantang juga, selamat untuk bayi.
  • Mudah digunakan.
  • Memberikan rasa tenang.

Perbandingan Harga Produk Yang Boleh Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil

Produk Harga (MYR)
Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband
RM55.00
Morning Sickness Blend 60 Liquid Capsules By Motherlove
RM149.90
Sea-Band Mama! Essential Oil Calming Aromatherapy Rolette
RM65.00
Mama’s Morning Sickness Therapy Inhaler RM27.00
Pink Stork Tea: Organic Ginger Orange Pregnancy Tea RM143.00
Preggie Pop Drops Morning Sickness Relief RM194.00
Nausea /Morning Sickness Essential Oil Roll-On RM26.55
Pink Stork Pregnancy Flakes: Bath Salts with Pure Magnesium RM198.00

Tips Merawat Morning Sickness Dari Menjadi Lebih Teruk Melalui Pemakanan

Bagi sesetengah ibu yang mengalami mual semasa hamil namun masih boleh ditoleransi, ada beberapa perkara yang ibu boleh lakukan ya. Ini bagi mengelakkan rasa mual dan alahan dari menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan kesihatan.

Semuanya bermula di rumah jadi ibu boleh cuba beberapa cara menghilangkan rasa mual yang berkaitan dengan pemakanan:

1. Memilih Makanan Dengan Nutrisi Betul

Menurut Dr Hyagriv Simhan, MD, profesor ilmu kebidanan, ginekologi dan pembiakan di University of Pittsburgh School of Medicine, makanan yang lebih tinggi protein dan karbohidrat dan rendah lemak boleh diterima dengan lebih baik semasa ibu mengalami alahan. Ibu boleh cuba diet BRAT yang terdiri daripada pisang, nasi, epal, dan roti bakar.

Elakkan dari makan makanan tidak berkhasiat yang bukan sahaja tidak memberi nutrisi kepada tubuh, malah mungkin mengakibatkan loya semakin teruk atau muntah yang merupakan punca hidrasi. Jangan lupa untuk minum air kosong dengan kerap ya.

2. Kawal Jumlah Yang Anda Makan

Ibu tahu tak? Makan terlalu banyak boleh memburukkan lagi gejala, tetapi makan terlalu sedikit pun boleh jadi juga! Perut kosong sebenarnya boleh memburukkan lagi loya. Cuba sekurang-kurangnya makan sesuatu dalam jumlah yangyang kecil, jika boleh. 

Salah satu cara yang baik dalam mengawal morning sickness adalah makan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Misalnya 6 kali sehari dengan penyediaaan snack ringan seperti biskut, buah-buahan atau karbohidrat dalam bilangan  yang sedikit.

3. Kurangkan Pergerakan Semasa Perut Kosong

Laman web American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan makan keropok atau roti bakar di tempat tidur sebelum ibu bangun pada waktu pagi, supaya ibu terus tidak bergerak dengan perut kosong. Mungkin ada yang perasan yang apabila anda mulai makan, rasa loya dan mual akan hilang dengan serta merta!

Namun jika ibu telah mencuba perubahan gaya hidup serta diet dan ibu masih merasa memerlukan bantuan tambahan, itu juga merupakan alasan yang tepat untuk menggunakan ubat. Rujuk doktor untuk mendapatkan ubat yang selamat untuk kandungan ya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Isteri Yang Hamil, Tapi Suami Pula Yang Mengidam & Mual! Eh, Lebih-Lebih Ni Kenapa Pula?

Baca juga : Minum Teh Berkhasiat Bantu Hilangkan Mual Ibu Hamil. Ini Teh Herba Yang Berkesan Untuk Hilangkan Loya Masa Mengandung

Baca juga : Ini 6 Tips & Cara Hilangkan Rasa Mual Khas Buat Wanita Mengandung Yang Bekerja