Asyiknya apabila tiba momen-momen bermanja dengan suami. Tapi lebih nikmat apabila kepala si suami mulai menuruni bahagian bawah ‘itu’. Tapi pernah tak si suami terfikir apa hukumnya dalam Islam menjilat vagina ini?
Hukum Menjilat Kemaluan Isteri Mengikut Mufti
Dalam Islam memang menjadi kewajipan untuk suami dan isteri berhubungan intim dan menerokai alam fantasi seks yang diinginkan selama ini. Tapi dimanakah batasnya?
Menjilat vagina sememangnya jatuh dalam kategori ‘foreplay’ yang mampu memberikan isteri anda tahap klimaks yang maksimum. Namun untuk mempraktikkannya adakah dianggap boleh dalam islam?
Anda perlu faham, sudah dinyatakan dalam Islam suami boleh melakukan apa saja pada isterinya kecuali menyetubuhi melalui duburnya.
“Isteri-isterimu adalah ladangmu, maka datangilah ladangmu bila-bila saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu (kelak) akan menemui-Nya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman.” [Surah Al-Baqarah ayat 223]
![menjilat vagina](https://static.cdntap.com/tap-assets-prod/wp-content/uploads/sites/6/2020/07/reszie-2-2.jpg?width=700&quality=10)
Ini bagi memperkukuhkan lagi kenyataan di mana suami boleh melakukan apa saja aktiviti seksual bersama si isteri, baik dari segi ‘foreplay’ atau berhubungan intim.
Jadi ini dapat menjawab segala persoalan anda juga untuk pasangan yang masih ragu-ragu.
Islam Tidak Melarang
Dalam Islam juga tidaklah melarang untuk anda berterus terang dengan pasangan dalam aktiviti seksual, malah Rasulullah SAW juga tidak segan menerangkan seperti hadith berikut “sungguh Allah tidak malu dalam hal kebenaran, jangan kalian mendatangi isteri-isteri melalui anus mereka,” (HR Imam Syafi’i)
Sebelum memulakan aktiviti persetubuhan, disunatkan untuk bermain-main secara seksual antara suami dan isteri secara intim dan mesra, dengan syarat selagi mana tidak membawa kepada kerosakan. Ini berdalilkan firman Allah Taala:
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ
Maksudnya: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;” (Surah al-Baqarah: 223)
Daripada Jabir bin Abdullah SAW, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
هَلَّا تَزَوَّجْتَ بِكْرًا تُلاَعِبُهَا وَتُلاَعِبُكَ
Maksudnya: “Mengapakah engkau tidak berkahwin dengan anak dara yang engkau boleh bermain dengannya dan dia bermain dengan engkau?” Riwayat al-Bukhari (no.2967)
Harus Hukumnya Untuk Suami Bermain Dengan Alat Sulit Isteri
Justeru, para ulama juga menyatakan bahawa harus hukumnya bagi seorang suami untuk menyentuh dan bermain-main dengan alat sulit isterinya, secara seksual dan makruf, bukan dengan cara yang merosakkan. Perkara ini disebut oleh Syeikh Zainuddin al-Malibari, murid Imam Ibn Hajar al-Haitami, dalam kitabnya Fath al-Mu`in (hlm. 482) :
يَجُوزُ لِلزَّوْجِ كُلُّ تُمَتَّعُ مِنْهَا بِمَا سِوَى حَلَقَةِ دُبُرِهَا وَلَوْ بِمَصِّ بَظَرِهِ
Maksudnya: “Diharuskan bagi seorang suami itu menikmati secara seksual akan tubuh isterinya, selain daripada lubang dubur (liwat), sekalipun dengan menghisap biji kelentitnya.”
Berkata Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dalam Asna’ al-Matolib (3/113):
وَالتَّلَذُّذُ بِالدُّبُرِ بِلَا إيلَاجٍ جَائِزٌ
Maksudnya: “Menikmati (secara seksual) pada dubur itu dibenarkan tanpa melibatkan penembusan (zakar).”
Perkara yang sama juga dinyatakan oleh para ulama daripada mazhab-mazhab lain. Kami nukilkan keterangan daripada al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (32/90-91):
“Para fuqaha’ bersepakat bahawa harus bagi suami untuk menyentuh faraj isterinya.
Bagaimana Isteri Boleh Menikmati Aktviti ‘Foreplay’ Ini
#1. Mulakan Dengan Lembut
Dalam hadith juga ada menyatakan suami boleh memulakan jimak dengan mencium vagina isteri. Jadi mulakanlah dengan lembut jangan terus menerus menjilat vagina isteri. Ingat semua benda perlu dilakukan dengan tertib.
#2. Menggunakan Jari
Sebelum memulakan kenikmatan maksimum ini, suami boleh bermain-main dulu dengan klitoris isteri menggunakan jari. Meraba-raba dengan lembut sehinggala si isteri merintih inginkan lebih lagi. Tapi awas yang para suami, kuku anda mesti dipotong pendek, malah tangan juga perlu dicuci bersih sebelum melakukan ‘adegan’ ini.
#3. Kulum Lidah
Selepas sentuhan manja dan lembut tibalah saat anda boleh memainkan bahagian klitoris dengan lebih ekstrem. Kulum lidah anda gerakkan ke kiri dan kekanan dengan cepat, ia mampu memberi getaran nikmat pada si isteri. Namun hati-hati takut pula isteri terus mencapai klimaksnya, lakukan dengan tempoh berkala ia boleh memberi ruang untuk si isteri berasa lebih gersang.
#4. Selang Seli
Sedang anda menjilat vagina, hentikan seketika dan terus memasukkan zakar anda serta merta. Ini dapat memberi elemen yang cukup puas pada si isteri. Sedang dia mengerang mahukan lagi tarik keluar zakar seketika dan sambung bermain dengan klitoris si isteri.
#5. Tarik nafas
Buat si isteri jika mahukan kenikmatan yang berpanjangan tarik nafas dalam-dalam dan cuba tahan seketika rasa ghairah itu. Ini dapat mengelakkan anda dari mencapai klimaks dengan cepat. Dan cuba anda layankan kenimatan itu dengan meraba-raba zakar suami menggunakan kaki, cara ini dapat ‘kill two birds with one stone’!
Riau Online, pejabat mufti WP
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: TEKNIK BERSETUBUH Untuk Cepat Dapat Anak, Tak Salah Kita Usaha Kan? Yang Lain Tawakal Saja
Baca juga: SELEPAS BERSETUBUH, Lakukan 6 Perkara Ini Jika Nak Hamil, Ada Yang Dah Cuba & Menjadi!
Baca juga: Murah Rezeki Senang Hamil Kalau Anda Amalkan Doa Sebelum Jimak Ini, Cubalah!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!