X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

SELEPAS BERSETUBUH, Lakukan 6 Perkara Ini Jika Nak Hamil, Ada Yang Dah Cuba & Menjadi!

4 min bacaan
SELEPAS BERSETUBUH, Lakukan 6 Perkara Ini Jika Nak Hamil, Ada Yang Dah Cuba & Menjadi!SELEPAS BERSETUBUH, Lakukan 6 Perkara Ini Jika Nak Hamil, Ada Yang Dah Cuba & Menjadi!

Ramai yang ingin hamil, tapi kadangkala terlupa cari tips selepas bersetubuh apa yang perlu dilakukan sebenarnya? Cuba tips yang dikongsikan ini!

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata. Ada yang merancang untuk hamil cepat ada juga yang mahu bulan madu lagi. Jadi apa yang perlu anda lakukan selepas bersetubuh jika merancang untuk hamil?

Ada petua yang mengatakan selepas bersetubuh anda perlu baring dan teus tidur jika mahu hamil bagi membolehkan sperma suami bersenyawa dengan ovum dengan lebih mudah.

Adakah ia benar? dan sejauh manakah keberkesanannya?

Selepas bersetubuh lakukan enam perkara ini jika anda mahu hamil!

Selepas bersetubuh

Kredit: healthline

Seperti yang kita tahu, selepas haid adalah waktu yang paling subur bagi wanita. Jadi seelok – eloknya, anda menggunakan masa ini untuk bersama pasangan.

Tetapi, ramai wanita yang tersalah mengira waktu subur mereka. Ini membuatkan mereka terlepas peluang “keemasan” tersebut. Oleh itu, anda sebagai wanita perlu mengetahui terlebih dahulu waktu ovulasi anda.

Kebiasaannya waktu subur seorang wanita adalah antara 2 hingga 5 hari sebelum terjadinya ovulasi. Dengan mengetahui waktu ovulasi, pastinya ia akan memudahkan anda untuk mengetahui waktu subur dan masa terbaik untuk bersama pasangan.

Sebenarnya, cara paling tepat untuk anda tahu waktu subur adalah dengan menggunalan ovulation test kit yang mana ia akan mengesan waktu subur anda dengan tepat. 

Walaubagaimanapun, jika anda sudah tahu waktu subur anda dan pasangan serta waktu sesuai untuk melakukan hubungan intim, kini tiba masanya untuk mengetahui apa yang perlu anda lakukan selepas bersetubuh dengan pasangan untuk menjayakan rancangan kehamilan. 

6 perkara perlu dilakukan selepas bersetubuh untuk hamil

Ini yang dikongsikan mereka yang pernah mengalami dan berjaya untuk hamil. Ia juga erdasarkan pengalaman mereka yang pernah melakukannya dan berjaya!

Tak salahkan jika anda mahu mencuba? Selamat mencuba!

#1. Terus berbaring

Selepas melakukan hubungan intim, anda disarankan untuk terus berbaring jika anda mahu mengandung.

Kajian yang dilakukan mencadangkan wanita yang kekal berbaring bersama pasangan selepas hubungan intim, akan meningkatkan lagi peluang untuk hamil. Baringlah sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit selepas bersama.

#2. Elak guna cecair pembersih vagina

Semasa ingin mencuci vagina selepas daripada melakukan hubungan intim, hindari dari menggunakan cecair pembersih vagina kerana ia bersifat toksik kepada sperma.

Seeloknya, cuci bahagian sulit dengan air paip atau air suam.

#3. Buang air kecil

Anda juga perlu membuang air kecil selepas melakukan hubungan intim kerana perbuatan ini dapat mencegah jangkitan saluran kencing (UTI).

Ini kerana, faraj lebih mudah terdedah dengan segala jenis virus dan bakteria semasa seks. Sekiranya anda membuang air kecil, segala virus dan bakteria yang wujud di dalam faraj akibat seks mungkin akan terkeluar sekali bersama dengan air kencing.

Tetapi mesti ada yang risau kan sekiranya buang air kecil, sperma tidak akan masuk ke rahim dengan betul? Usah khuatir! Anda perlu tahu bahawa sel sperma sebenarnya boleh bergerak selaju 16 kilometer per jam.

Sisa sel sperma yang tidak berjaya menuju ke rahim akan terjebak di sekitar mulut faraj dan hanya 1% daripadanya akan terjebak di luar faraj.

Disebabkan kuantiti sel sperma yang terlalu banyak serta kepantasan ia bergerak, sudah tentu ia akan berjaya sampai ke rahim dengan cepat. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa kehamilan boleh terjadi dengan satu sel sperma dan sel telur sahaja.

#4. Ambil asid folik

Selepas bersetubuh

Kredit: buletinonlines

Jika anda ingin menimang cahaya mata, ambil lah asid folik mulai sekarang. Lebih awal lebih bagus. Ini supaya ovari anda menghasilkan telur yang berkualiti untuk ‘bercantum’ dengan sperma.

Asid folik ialah nutrien penting yang melindungi bayi anda daripada masalah-masalah berkaitan otak dan saraf tunjang.

Pada peringkat awal, berkemungkinan besar anda masih belum sedar yang anda hamil. Oleh itu, pentingnya pengambilan asid folik sekiranya anda cuba untuk hamil. Contoh asid folik seperti buah – buahan, sayuran dan kekacang dan asid folik dalam bentuk pil yang dijual di farmasi. 

#5. Makan makanan yang boleh stabilkan hormon

Selepas bersetubuh
Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Kredit: perkembangan janin

Anda juga perlu mengambil pemakanan yang berfungsi menstabilkan hormon – hormon dan mengatur kesuburan. Sebagai contoh, bijiran penuh juga merupakan makanan untuk cepat hamil.

Antara bijirin penuh yang anda boleh amalkan ialah seperti beras perang, oat dan barli. Kesemua makanan ini mengandungi Vitamin B, serat dan antioksidan.

#6. Elak stres

Agar hormon anda dan pasangan tidak terganggu. Cuba anda dan pasangan lakukan aktiviti yang disukai. Sebagai contoh, keluar beli belah dan makan bersama, atau boleh juga menonton rancangan televisyen kegemaran.

Ia sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan serta mempersiapkan diri untuk kehamilan.

Jadi pasangan di luar sana bolehlah cuba tips selepas bersetubuh ini jika anda mahul hamil!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: efferty.my

Baca juga: 7 Cara Untuk Hamil, Dengan Cara Mudah Hamil Ini, InsyaAllah Berkesan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • SELEPAS BERSETUBUH, Lakukan 6 Perkara Ini Jika Nak Hamil, Ada Yang Dah Cuba & Menjadi!
Kongsikan:
  • TEKNIK BERSETUBUH Untuk Cepat Dapat Anak, Tak Salah Kita Usaha Kan? Yang Lain Tawakal Saja

    TEKNIK BERSETUBUH Untuk Cepat Dapat Anak, Tak Salah Kita Usaha Kan? Yang Lain Tawakal Saja

  • Murah Rezeki Senang Hamil Kalau Anda Amalkan Doa Sebelum Jimak Ini, Cubalah!

    Murah Rezeki Senang Hamil Kalau Anda Amalkan Doa Sebelum Jimak Ini, Cubalah!

  • Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

    Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • TEKNIK BERSETUBUH Untuk Cepat Dapat Anak, Tak Salah Kita Usaha Kan? Yang Lain Tawakal Saja

    TEKNIK BERSETUBUH Untuk Cepat Dapat Anak, Tak Salah Kita Usaha Kan? Yang Lain Tawakal Saja

  • Murah Rezeki Senang Hamil Kalau Anda Amalkan Doa Sebelum Jimak Ini, Cubalah!

    Murah Rezeki Senang Hamil Kalau Anda Amalkan Doa Sebelum Jimak Ini, Cubalah!

  • Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

    Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.