Anak masuk 6 bulan tetapi tiada idea nak beri makanan sesuai untuk mereka. Ibu boleh cuba 14 menu BLW 6 bulan ini yang berkhasiat, bahkan mereka juga sukakannya.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 14 menu BLW untuk anak berusia 6 bulan
Sebelum itu, tahukah ibu-ibu apa yang dimaksudkan dengan BLW ini? BLW ialah singkatan kepada Baby Led Weaning (BLW) iaitu pendekatan memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi serta membenarkan mereka makan dengan sendiri.
Caranya ialah meletakkan anak anda di tempat duduk khas serta membenarkan mereka makan dengan sendiri. BLW juga adalah salah satu cara menerusi pemberian makanan pendamping air susu ibu (MPASI) kepada bayi.
14 menu BLW untuk anak berusia 6 bulan
1- Lobak merah kukus
Memulakan pemberian MPASI dengan sayuran kepada anak anda akan membantu mereka lebih menyukai makanan sihat. Lobak merah antara makanan sihat dan caranya ialah dengan mengukus untuk beberapa minit.
Pastikan tekstur lembut sesuai dengan gusi serta diberikan kepada bayi. Jangan mengukus sehingga terlampau empuk kerana yang penting, mereka boleh menggenggam lobak merah itu.
2- Brokoli kukus
Brokoli antara makanan popular untuk bayi kerana sayuran ini mempunyai bahagian yang mudah untuk mereka genggam. Teksturnya juga lembut serta sedap dimakan.
Caranya ialah kukus brokoli selama beberapa minit dan pastikan ia cukup lembut untuk mereka kunyah. Sekiranya bayi anda mengalami perut sensitif dengan sayur ini, ibu perlu tunda pemberian brokoli.
3- Avokado
Sesuai diberikan untuk makanan pertama BLW. Tekstur avokado juga lembut serta sesuai untuk bayi belum tumbuh gigi malah, ia berkhasiat dan mengandungi lemak baik untuk perkembangan otak.
Untuk diberikan kepada bayi, ibu perlu potong avokado dengan saiz yang boleh dipegang oleh mereka.
4- Timun
Timun mempunyai bahagian kulit luar yang keras dan mudah digenggam manakala, di dalamnya pula basah, lembut dan mudah dimakan.
Caranya ialah potong timun mengikut saiz yang boleh dipegang oleh bayi dan biarkan mereka bereksplorasi dengan makanan tersebut.
5- Jagung
Bayi akan teruja dan terhibur melihat taburan jagung di sekitar meja khas mereka. Jagung juga adalah makanan sesuai diberikan kepada bayi untuk melatih ketangkasan mereka dalam memilih biji jangung yang akan dimakan.
Walaupun jagung sudah ada di tangan mereka, bayi perlu berusaha beberapa kali untuk memasukkan ke dalam mulut tanpa menjatuhkannya.
6- Asparagus kukus
Sayuran ini mempunyai bentuk sesuai dijadikan finger food kerana bentuk yang panjang memudahkan bayi bereskplorasi ketika cuba mengambil dan memasukkan ke mulut.
Caranya ialah mengukus asparagus selama beberapa minit agar cukup lembut dan mudah dimakan.
7- Menu makan tanpa gula dan garam
Menariknya tentang BLW ini adalah makanan untuk bayi mudah dan senang, tidak perlu bersusah payah. Sajikan sahaja makanan yang dimasak untuk keluarga namun perlu tanpa gula dan garam.
Memberikan makanan untuk ahli keluarga mendorong bayi mencuba rasa baharu serta membantu mereka meneroka makanan.
8- Tembikai susu
Teksturnya yang lembut dan mudah digit oleh bayi yang belum memiliki gigi. Biarkan sebahagian kulit luar buah supaya bayi mudah memegangnya. Awasi mereka bagi mengelakkan makan di bahagian kulit keras.
9- Hirisan mangga
Mangga kaya dengan vitamin A malah, membantu menjaga kesihatan mata bayi. Bagi memudahkan bayi memegang dan mengelakkan licin, tidak perlu buang sepenuhnya kulit mangga dan awasi juga bagi mengelakkan mereka memakan kulit.
10- Potongan pisang
Potong bentuk kecil untuk diberikan kepada bayi atau boleh saja dilumatkan. Walaupun akan berlaku keadaan bersepah, tidak perlu bimbang kerana bayi sebenarnya sedang mengenal makanan dengan derianya.
11- Potongan daging
Ayam bagus dijadikan sebagai MPASI yang pertama. Jika bayi sudah boleh mengunyah, boleh cuba berikan daging kepada mereka. Daging juga menjadi sumber protein baik yang akan membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi.
12- Potongan roti bakar
Bayi anda akan mengunyah roti sehingga basah malah, mereka juga menikmati tekstur potongan roti tersebut. Makanan ini juga baik untuk bayi yang sedang tumbuh gigi.
13- Telur rebus
Pastikan bahagian kuning telur betul-betul masak dan kemudian hiris menjadi empat bahagian. Pisahkan bahagian putih dan kuning serta biarkan bayi anda memilih sendiri. Telur adalah sumber protein dan vitamin A baik untuk bayi.
14- Telur dadar
Seperti telur rebus, telur dadar menjadi sumber protein yang baik. Goreng telur dadar dengan sedikit minyak serta potongkan menjadi bahagian dengan panjangnya 3 cm menggunakan pisau atau gunting serta berikan kepada bayi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!
Baca juga: Cara Bekalkan Makanan Bayi Ke Rumah Pengasuh, Ini Panduan Buat Ibu Yang Bekerja
Baca juga: Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap