Menu Jamuan Sekolah Anak Yang Simple & Sedap, Ibu-Ibu Kongsikan Idea Kreatif Mereka

Menu ringkas untuk jamuan sekolah tidak semestinya jenis makanan berat. Ada beberapa cadangan yang dapat memudahkan kerja ibu di dapur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim akhir tahun persekolahan dan hari raya pastinya akan ada majlis jamuan. Maka anak-anaklah yang berasa begitu teruja bawa menu ringkas untuk jamuan ke sekolah dan nikmatinya bersama rakan.

Bagi ibu yang sudah ditentukan jenis makanan perlu dibawa mungkin tiada masalah. Tapi bagi anda yang diberi kebebasan bawa apa sahaja, sememangnya perlu memikirkan menu jamuan sekolah yang mudah disediakan dan sesuai untuk kanak-kanak kan?

Senarai menu ringkas untuk jamuan sekolah anak

Menerusi perkongsian para ibu dalam kumpulan Masak Apa Hari Ini (MAHN), terdapat banyak menu ringkas untuk jamuan sekolah anak yang mudah untuk disediakan.

#1. Buah segar dalam cawan

Akhir tahun dan perayaan normal la mak-mak pening nak fikir jamuan sekolah anak. Menu goreng-goreng, kek, puding semestinya akan menjadi pilihan ramai ibu.

Jadi menu ringkas untuk jamuan anak sekolah kali ini, ibu buatkan menu sihat untuk anak-anak kelas semua.

Buah segar dipotong, susun dan siap. Anak yang tak makan buah pun teruja, bila ibu pergi hantar semua rasa happy nak makan untuk jamuan sekolah.

#2. Mushroom soup & garlic bread

Masing-masing update menu jamuan raya sekolah dan akhir tahun anak. Kita nak kongsi juga la buat mushroom soup + garlic bread sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pek siap-siap dalam bekas dadih nanti senang budak sekolah nak makan masa jamuan sekolah. Kalau kata tak habis, mereka boleh bawa balik. 

#3. Burger nuget

Kongsi sini idea jamuan sekolah anak, minimalis, murah dan paling penting anak suka. Kos anggaran lebih kurang rm50 . Masa penyediaan lebih kurang sejam bagi ibu yang terhegeh-hegeh, ya sayalah tu!

Semoga anak- anak bergembira macam kita dulu-dulu bila tiba waktu jamuan akhir tahun. 

#4. Spagetti Beef Bolognese

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Idea jamuan sekolah ini amat kreatif kerana memudahkan anak sekolah menikmatinya. Selain itu penggunaan bekas plastik sebegini adalah lebih kemas. Jika tidak sempat makan jamuan sekolah, mereka boleh bawa pulang ke rumah.

Bahan-bahan untuk idea jamuan sekolah dengan masakan Barat:

  • 5 tin sos prego cendawan
  • 1 tin sos pasta cendawan adabi
  • 2 pek daging lembu kisar Ramly
  • 1 tin cendawan butang (dihiris halus)
  • 3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)
  • 1 biji bawang holand (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 6 batang sosej (dihiris halus)
  • 2 cawan air (ikut sukatan tin prego)
  • Sedikit garam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)
Cara-cara :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak aka bertukar ke warna coklat.
3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebati
4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati
5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Ready to serve.

#5. Sandwich mentega kacang sedap

  • Roti coklat kismis
  • Roti butterscotch
  • Jem stawberi
  • Mentega kacang coklat
  1. Susun berselang-seli dengan letak jem stawberi dan mentega kacang coklat.
  2. Potong segi tiga dan siap!

#6. Popia pisang nutella

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pisang
  • Kulit Popia
  • Nutella atau sos coklat
  1. Balut pisang dengan kulit popia (nak sedap lagi boleh letak cheese dalam tu ?)
  2. Goreng hingga kekuningan dan letak nutella. Siap!

#7. Sandwich sardin express

  • 1 tin sardin/makerel yang besor. (makmaneh lebih suka makerel ni)
  • 1 biji bawang holand potong dadu
  • Daun salad
  •  Tomato
  • Mayonis
  • Thousand Island
  • Roti 
  • Butter untuk sapu pada roti
  • Limau kasturi
  1. Asingkan ikan dan sos sardin. Hancurkan ikan dan masukkan sedikit garam
  2. Perah asam limau kasturi untuk hilangkan bau hanyir. Masukkan bawang dan gaul hingga rata
  3. Masukkan mayonis dan siap.

Untuk susun:

  1. Sapu butter pada roti. Letak salad dan hirisan tomato. Kemudian letak inti sardin
  2. Paipkan mayonis dan thousand island. 
  3. Tangkup dengan roti sekeping lagi. Potong silang pangkah. Siap!

#8. Apam aiskrim comel

Bahan A

  • 3 biji telur gred A (lebihkan kalau gred kecil)
  • 1 sudu makan ovalette
  • Sedikit esen vanila
  • 1/2 cawan gula

-Campurkan semua bahan, putar sehingga gebu dan kental (bila angkat bilah mixer, adunan tidak jatuh). Kalau jatuh, kena putar lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan B

  • 5 sb susu pekat
  • 1/2 cawan susu kotak full krim (susu cair pun boleh)

-Masuk dalam adunan bahan A dan putar lagi sehingga sebati.

Bahan C

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  1. Ayak & masukkan ke dlm adunan yang sudah mix td. Masuk sikit-sikit untuk elak tepung terbang & bersepah merata
  2. Dah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian. Letak pewarna yang disukai.
  3. Panaskan kukusan. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  4. Potong sedikit bucu plastik. Paip adunan ke dalam kon yang sudah dibuat awal-awal. Selang seli warna bagi nampak menarik.
  5. Letak kon tegak di lubang pengukus dan kukus 10 minit menggunakan api perlahan.
  6. Kukus 10 minit dengan api perlahan. 
  7. Letak tray kukus dua lapis. Tray bawah kosongkan sebab tidak mahu kena air dan cepat lembik.
  8. Untuk lebih cantik, boleh letak topping yang disukai. Siap!

#9. Kek pisang sedap

Bahan-bahan ayak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1½ sk baking powder
  • 1sk baking soda

Bahan kisar:

  • 3biji telur gred A (kalau gred B 4 biji)
  • ⅓ cawan gula
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan minyak jagung/masak
  • ½ cawan majerin/butter (dicairkan)
  • ½ sk garam (kalo guna salted butter xyah letak)
  • 1 sk esen vanila
  1. Bila sebati masukkan 1 cawan pisang lenyek yang masak ranum
  2. Masukkan adunan kisar ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kemudian bahagikan kepada dua (1 bahagian campur dengan serbuk koko)
  3. Masukkan ke dalam loyang dan taburkan coklat cip. Nak hias dengan hirisan pisang pun boleh.
  4. Nak kek jadi tinggi, boleh guna loyang 4segi 7inci
  5. Bakar 40 minit dengan suhu 170 darjah celsius

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Churros Sedap & Guna Sukatan Cawan, Menu Favourite Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Spageti Buttermilk Chicken Popcorn Untuk Jamuan Sekolah Anak, Sejam Masak Dah Siap!

Baca juga: 10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah