Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Yang Sihat & Mudah, Suami Pun Boleh Buat!

Menu sarapan ibu berpantang amat penting untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan penghasilan susu badan dengan berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu berpantang adalah waktu paling penting bagi para ibu untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan nutrisi yang seimbang bagi penghasilan susu untuk tumbesaran si manja. Jadi, kami kongsikan menu sarapan ibu berpantang supaya boleh mendapat idea hendak makan apa tiap-tiap pagi!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kepentingan menu sarapan ibu berpantang
  • Tidak tahu hendak makan apa pagi ini? Jangan risau, ini pilihan yang ibu-ibu boleh cuba!

Kadang-kala memang pening fikir nak makan apa, tambahan pula ketika berpantang. Bukannya boleh makan sembarangan. Ibu-ibu yang sedang berpantang jangan risau, ya! Kami di theAsianparent sentiasa sedia untuk bantu para ibu.

Kepentingan menu sarapan ibu berpantang

Seperti yang kita ketahui, sarapan pagi adalah hidangan terpenting dalam hari-hari kita. Tidak kiralah sekiranya kita seorang kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas, pengambilan sarapan pagi penting untuk memberi kita tenaga yang mencukupi untuk menjalani hari kita!

Lagi-lagi apabila berpantang, lagilah penting untuk para ibu mengambil sarapan pagi agar dapat memberi tenaga kepada badan anda untuk menjaga si manja seraya memproduksi susu yang mencukupi bagi tumbesaran si manja.

Ada sebabnya mengapa sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting untuk kita semua. Selain dari memberi tenaga dan memproduksi susu bagi ibu-ibu baru, terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu mengambil sarapan.

  • Serapan vitamin-vitamin penting. Makanan sarapan pagi kaya dengan vitamin dan nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita seperti folat, kalsium, zat besi, vitamin B serta serat. Sarapan pagi banyak menyumbang kepada penyerapan nutrien harian.
  • Membantu mengawal berat. Percayalah bahawa anda lebih cenderung untuk mengawal berat badan sekiranya anda mengambil sarapan pagi, berbanding jika anda menolak mengambil sarapan pagi. Dengan pengambilan sarapan, ia boleh membantu para ibu baharu untuk menghalang turun naik dalam paras glukosa darah anda, lalu membantu anda untuk mengawal nafsu makan.
  • Mengurangkan risiko ketidaksihatan. Berbanding dengan orang yang tidak mengambil sarapan, mereka yang memilih untuk makan sarapan pagi lebih kurang risikonya untuk menghidapi obesiti serta diabetes. Ada juga beberapa bukti bahawa pengambilan sarapan boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.

Tidak tahu hendak makan apa pagi ini? Jangan risau, ini pilihan yang boleh ibu nikmati

Dengan beberapa menu sarapan pagi yang bakal kami kongsikan ini, kami harap bahawa para ibu yang sedang berpantang kini akan mendapat tenaga yang secukupnya untuk menjalani harian yang sibuk dengan kehadiran si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1) Granola

Granola adalah oat yang dibakar dengan madu dan butter. Rasanya sama seperti bijiran yang kebiasaan anda nikmati untuk sarapan, namun dalam versi yang jauh lebih sihat. Ha ini kerana asasnya adalah rolled oat.

Menu granola ini menjadi pilihan kebanyakan ibu kerana ia mengandungi serat dan zat besi yang tinggi, mempunyai indeks glisemik yang rendah (iaitu glukosa diurai dengan lebih perlahan, membolehkan anda kenyang lebih lama).

Antara bahan yang anda perlukan ialah: Rolled oat, madu, butter, kismis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2) Bubur bersama ikan bilis atau ikan merah

Menu ini mungkin ringkas dan mudah disediakan, namun rasanya pasti akan membuka selera ibu untuk bersarapan pagi! Menu sarapan pagi ini kaya dengan protein dan karbohidrat yang boleh memberi ibu tenaga secukupnya untuk meneruskan hari yang sibuk.

#3) Lempeng oat tanpa gula

Bagi mengawal kadar gula ibu yang berpantang, kami cadangkan menu sarapan ibu berpantang lempeng yang dibuat dengan oat tanpa gula! Walaupun tanpa kehadiran gula, ibu boleh menikmatinya dengan potongan buah-buahan bagi menambah rasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4) Roti bakar

Salah satu pilihan sarapan paling popular di Malaysia, roti bakar yang disapu jem. Ia sekaligus membuka selera ibu berpantang. Roti yang penuh dengan karbohidrat tentu akan mengenyangkan ibu!

#5) Susu kurma

Dengan bakal tibanya bulan puasa tidak lama lagi, susu kurma boleh menjadi pilihan utama ibu bagi mereka yang tidak gemar makan terlalu berat pada waktu pagi. Air kurma sahaja sudah cukup memadai untuk memberi ibu tenaga, kesegaran dan nutrien yang secukupnya untuk si ibu  yang sedang dalam proses penyembuhan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 7 Menu Sarapan Pagi Untuk Anak Yang Simple Tapi Sedap, Barulah Kekal Bertenaga

Baca juga:  Menu Sarapan Pagi Simple: Pantas & Lazat Untuk Anak Belajar PDPR

Baca juga: 6 Menu Sarapan Pagi Paling Tidak Berkhasiat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan