Bolehkah Ibu Hamil Menggeliat Badan Selepas Bangun Tidur Tanpa Beri Kesan Pada Janin?

Sesetengah wanita tidak menyedari apabila mengeliat semasa hamil. Adakah ia membahayakan janin?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda dengar pendapat yang mengatakan, meregangkan badan semasa hamil boleh memberikan kesan buruk untuk kesihatan janin? Adakah pendapat itu benar atau sekadar mitos?

Ada tak di kalangan ibu yang memiliki kebiasaan untuk meregangkan badan atau menggeliat selepas bangun tidur? Sebaik sahaja disahkan mengandung, pasti timbul pertanyaan sekiranya menggeliat semasa hamil itu berbahaya.

Meregangkan Badan Setelah Bangun Tidur, Bahayakah Untuk Ibu Hamil?

Berkait dengan hal ini, hakikatnya masih belum ada kajian yang mengatakan sekiranya menggeliat berbahaya untuk ibu hamil. Malah, ibu hamil digalakkan untuk melakukan regangan untuk memperkuatkan otot perut.

Semakin kuat otot perut semasa hamil, semakin kurang sakit di bahagian punggung apabila perut semakin membesar.

Menggeliat Boleh Membuatkan Perut Krem

Namun bagi sesetengah wanita, menggeliat atau meregangkan badan ketika hamil boleh membuatkan perut krem. Ini berlaku kepada salah seorang ibu hamil di komuniti theAsianparent Indonesia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang tidak mahu namanya disebutkan ini merasanya krem selepas menggeliat setiap hati selepas bangun tidur.

Bagi menjawab rasa khuatir ini, Dr. Jessica Winoto mengatakan terjadinya krem selepas menggeliat atau regangan adalah normal. Umumnya disebabkan regangan otot yang berlebihan semasa menukar posisi tubuh.

“Jika tiada rasa sakit di perut, dan tiada pendarahan, maka keadaan ini masih normal dan selamat untuk janin” katanya.

Manfaat Meregangkan Badan Ketika Hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain menghilangkan stress dan ketegangan, sebenarnya terdapat banyak manfaat fizikal melakukan peregangan untuk ibu hamil.

Meregangkan badan ketika hamil dapat membantu meringankan rasa sakit dan nyeri di punggung dan otot-otot lain yang menyokong bentuk dan ukuran tubuh baru anda.

Peregangan teratur semasa hamil boleh meningkatkan fleksibiliti anda dan menyediakan tubuh untuk proses bersalin.

Aturan Meregangkan Badan Yang Baik Untuk Ibu Hamil

Walau bagaimanapun, perhatikan dan patuhi peraturan melakukan senaman dengan selamat semasa kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga informasi ini bermanfaat, ya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Baby Boy Ke Girl? Ini Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan Tanpa Perlu Scan

Baca juga: Nama Anak Perempuan Huruf A Yang Bertemakan Bunga, Seindah Maksudnya

Baca juga: 5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali ‘Bergetah’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman