X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mertua Atau Mentua? Ini Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka

18 Oct, 2023
Mertua Atau Mentua? Ini Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ramai orang keliru dengan penggunaan perkataan yang tepat antara mertua atau mentua, bunyi macam sama, yang mana satukah yang betul?

Keterujaan menulis dalam short form dan Manglish menyebabkan kita kadang kala kekok untuk menulis sesuatu perkataan Bahasa Melayu yang mempunyai sebutan dan ejaan yang hampir-hampir sama. Seperti perkataan ini, mertua atau mentua? Yang mana satu yang betul?

Banyak penulisan-penulisan dan media berbahasa Melayu yang kita lihat menggunakan perkataan ‘mertua’ bagi merujuk kepada ibu atau bapa kepada pasangan.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘mertua’ tidak mempunyai sebarang maksud dan perkataan yang sebetulnya adalah ‘mentua’.

Hal ini bermakna antara mertua atau mentua, ejaan yang sebenar dan betul adalah “mentua”.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat itu juga ada memberikan definisi mentua dari dua perspesktif yang berbeza. Definisi yang dimaksudkan ini adalah:

  • Definisi 1 : ibu bapa, atau bapa kepada isteri atau suami
  • Definisi 2 : pelanduk sejenis burung, pipit batu, atau nama saintifiknya Motacilla cinerea

Adapun perkataan mertua sebenarnya adalah perkataan dari Bahasa Indonesia. Masyarakat Indonesia menggunakan kata mertua untuk merujuk kepada emak mertua bukannya emak mentua.

Walau bagaimanapun untuk Bahasa Melayu, kita menggunakan perkataan mentua. Contohnya mak mentua, ibu mentua, ayah mentua atau bapa mentua.

Contoh Penggunaan Istilah

Siapa pengemar filem-filem klasik dari Allayarham Tan Sri P. Ramlee pasti kita ingat akan babak ikonik sepanjang zaman lakonan Mak Dara di pusara dan dialog “Ala Kassim..!”

Filem arahan Tan Sri P. Ramlee itu sendiri menggunakan tajuk “Ibu Mertuaku” yang mana perkataan mertua sepatutnya digantikan denga mentua. Antara contoh lain yang boleh kita kaitkan dengan perkataan mentua adalah seperti:

1. “Mak teringin nak pakai baju raya warna apa tahun ini?” tanya Su kepada mak mentuanya.

2. Hubungan yang erat antara menantu dan mentua dapat terhasil dengan kasih sayang tanpa berbelah bahagi dan persefahaman dalam setiap perkara.

3. Tidak semua ibu mentua itu garang, banyak juga yang baik dan sayang akan menantu perempuannya tetapi kita haruslah sentiasa berbaik sangka dan memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik.

4. Lagenda Burung Enggang Tebang Mentua dikatakan salah satu dari spesis burung yang terancam di negeri Sarawak.

Sebaik-baiknya gunakan ejaan dan sebutan yang betul apabila menulis dan berkomunikasi agar kita dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul dalam kehidupan seharian.

Diharapkan artikel berkenaan dengan mertua atau mentua ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Resilience: Turn childhood experiences into success
Resilience: Turn childhood experiences into success
4 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin
4 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 100 Perkataan Bahasa Inggeris & Melayu Yang Ibu Ayah Boleh Ajar Anak, Biasakan Si Kecil Sebut Dengan JELAS

Baca juga : Nak Anak Fasih Dua Bahasa? Ibu Bapa Kena Lakukan 5 Perkara Ini!

Baca juga : Tahap Perkembangan Bahasa Anak Sejak Lahir Hingga Usia 3 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Mertua Atau Mentua? Ini Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham