Selepas mendirikan rumah tangga, ramai isteri mengharapkan agar dapat mertua yang baik dan diterima dalam keluarga. Lebih-lebih lagi apabila berkahwin dengan pasangan berlainan kaum.
Pastinya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Agama dan budaya berbeza memerlukan sikap tolak ansur antara semua pihak bagi mengekalkan keharmonian.
Mertua India jaga menantu dalam pantang
Menerusi perkongsian video oleh Dr Siti Hajar Md Hanif menunjukkan ibu mertua berbangsa India, Thaivanai A/P Muniady sibuk membantu menguruskan dirinya dan bayi ketika berpantang.
Masakan pantang bangsa Cina untuk wanita Melayu yang dimasak oleh wanita berbangsa India. Inilah keluarga Malaysia saya.
Walaupun berbeza agama, Alhamdulillah mak mentua datang untuk menjaga saya buat kali kedua. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, salah satunya adalah mempunyai ibu mertua yang sangat baik.
Tak lupa juga keluarga saya yang datang melawat dan menjaga saya. Alhamdulillah seorang lagi bayi 1 Malaysia telah dilahirkan
Video yang dimuat naik dalam TikTok ini telah menjadi perhatian ramai. Netizen memuji tindakan ibu mentua India yang begitu teliti dalam menjaga menantunya ketika dalam pantang.
Menceritakan dengan lebih lanjut kepada Mstar, Dr Siti Hajar mengatakan ia adalah kelahiran anak ketiga pada tahun ini dan telah merancang ketika pantang nanti ibu mentuanya akan datang ke rumah dari Perak.
@hajarangelique Pantang style Keluarga Malaysia. Melayu, Cina, India.. semua ada 🥰 #fyp #fypシ #fypage #foryou #foryoupage #keluargamalaysia #malaysiatiktok ♬ Kenangan Terindah – Geisha
”Dua minggu sebelum bersalin, dia dah datang sebab masa itu saya dah sarat. Dia tolong masak untuk saya dan bantu uruskan dua anak yang lain pergi sekolah.”
Ibu mentua berbangsa India, bapa mentua bangsa Cina
”Apabila dah bersalin, dia tolong jaga saya dengan masak makanan berpantang, buat mandian herba, menguruskan bayi ketika saya berurut. Kemas rumah dan basuh pakaian kotor pun dia tolong buat,” jelasnya.
Dr Siti Hajar turut memberitahu bahawa suaminya seorang mualaf, dia memeluk Islam pada tahun 2014 dan namanya Iskandar Chai Yoong Sang.
Keluarga yang dimilikinya begitu unik. Dia turut mengatakan bahawa ayah mentuanya berbangsa Cina dan beragama Kristian, manakala ibu mentuanya berbangsa India dan beragama Hindu. Memang semangat 1 Malaysia!
Semasa dalam proses berpantang, Dr Siti Hajar mengatakan ibu mertua menguruskan dirinya mengikut cara Melayu. Tetapi akan menyediakan masakan masyarakat Cina.
”Dia biasanya masak ikan atau ayam kukus, ikan masak taucu, udang kam heong dan sup ayam untuk hari biasa atau sambutan Tahun Baharu Cina. Manakala untuk makanan pantang, dia masakkan saya ayam kukus bersama kurma merah dan goji berry,”
”Ibu memang pandai masak masakan itu sebab lepas kahwin dia tinggal bersama mentuanya berbangsa Cina. Masa pantang ibu mentua dialah yang jaga, jadi dia banyak belajar masak ikut cara orang Cina.” katanya.
Meskipun berlainan amalan dan budaya, tetapi sebenarnya tidak banyak beza pun cara berpantang. Hanya kelainan pada jenis masakan sahaja sebab Dr Siti Hajar sendiri tidak betul-betul berpantang macam Melayu zaman dahulu.
Ramai puji keikhlasan ibu mentua dalam menjaga menantu ketika berpantang
Dia melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kerana ini adalah kali kedua ibu mentuanya datang ke rumah dan membantu menguruskan diri sehingga hari ke-30 berpantang.
”Berbeza dengan pantang dahulu, saya rasa keadaan kini lebih baik berbanding melahirkan dua orang anak sebelum ini.”
”Ibu mentua tetap banyak tolong jaga anak-anak sebab minggu pertama pantang dahulu mereka dijangkiti Influenza A. Jadi agak mencabar untuk uruskan anak dan suami yang tidak sihat,” kongsinya.
Melihatkan keprihatinan ibu mentuanya, ramai tumpang gembira dan berbangga dengan semangat keluarga Malaysia. Antara komen pada video tersebut:
Rakyat Malaysia memang terbaik suka menolong diantara satu sama lain. Tidak kira bangsa dan agama.
Terbaik, susah nak jumpa ibu mentua yang baik macam ini. Alhamdulillah dapat mentua yang baik pun satu rezeki.
Ya Allah baiknya ibu mentua dia, nampak betul-betul ikhlas sayangkan menantu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Isteri Minta Duduk Asing Dengan Mentua, Fahamlah Dia Sebenarnya Perlukan Privasi
Baca juga: Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri
Baca juga: Berpantang Rumah Mak Sendiri Atau Rumah Mak Mentua, Anda Pilih Yang Mana?