Bagi anda yang masih baru jadi ibu dan ayah, anda mesti tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengekalkan penghasilan susu badan melalui milk booster yang berkesan. Setiap ibu pastinya berdepan pengalaman berbeza, ada yang bergantung kepada pemakanan harian dan ada juga yang berusaha mengamalkan suplemen.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Milk booster yang berkesan bermula daripada diri sendiri
- Pandangan suami mengenai milk booster yang berkesan buat isteri
- Makanan yang sedap juga menjadi penggalak susu badan
- Penghasilan susu badan yang mencukupi bergantung pada emosi ibu
- Jenis makanan penggalak susu ibu
- Ibu seharusnya percaya pada rezeki anak
Milk booster sesuai diambil untuk ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan atau ibu yang berniat untuk menyusukan bayi selama dua tahun. Penggalak susu ibu merujuk kepada makanan, ubat-ubatan atau herba yang membantu meningkatkan penghasilan susu.
Milk booster yang berkesan bermula daripada diri sendiri
Apatah lagi, makanan penggalak susu ini memang banyak, malah tanpa kita sedar sayuran yang diambil setiap hari juga ada yang boleh menjadi milk booster ini.
Namun, ibu sekarang lebih advanced kerana ia dijual di pasaran dalam bentuk biskut, susu dan banyak lagi. Akan tetapi, dalam konsep penyusuan ini, demand and supply adalah sangat penting.
Milk booster hanya membantu memudahkan penghasilan susu saja.
Dalam pada itu, seorang suami bernama Mohd Khairul Azuan, tampil menceritakan bagaimana isterinya suka benar minum milk booster ini. Mari kita ikuti luahan dan pandangannya itu.
Pandangan suami mengenai milk booster yang berkesan buat isteri
Isteri saya suka minum susu milk booster dan coklat milk booster. Pendek kata semua milk booster dia suka. Sampai kek pun ada!
Sebenarnya, milk booster adalah makanan yang memberi emosi positif pada otak.
Jika ibu-ibu mengamalkannya, tapi stres akibat bergaduh dengan suami setiap hari. Susu tak akan keluar juga kerana emosi terganggu.
Ada juga tak minum pun milk booster tapi hati tenang dan gembira pasti susu banyak keluar.
Disebabkan isteri suka makanan dan minum yang itu, biarkan sajalah. Tapi yang stres milk booster ini mahal. Bukan saya berkira tentang harganya tapi bila suami yang dietitian macam saya ini, tentulah akan mencari bukti saintifiknya…
Makanan yang sedap juga menjadi penggalak susu badan
Nak tahu juga, milk booster ini ada yang tak sedap ke? Kalau tak sedap, tidak meningkatkan emosi dan tak ada kesan. Sebab itu, ia dibuat dalam bentuk biskut. Disebabkan keenakan itu, wanita suka.
Saya bukan anti penggalak susu. Kalau mampu beli, tak mengapa. Tiada mudarat pun kecuali pada poket duit suami. Risau kepada mereka yang tak berduit terpaksa juga beli sebab nak tingkatkan penghasilan susu.
Saya hanya nak cakap kebenaran itu pahit…
Penghasilan susu badan yang mencukupi bergantung pada kawalan emosi ibu
Sebenarnya kuantiti penghasilan susu lebih kepada kepercayaan ibu, emosi yang postif dan jumlah air yang diminum. Kalau jumlah susu tetap kurang walaupun dah buat semua itu, mungkin ada masalah lain.
Kualiti pula bergantung pada jenis makanan ibu. Jika ramai katakan penggalak susu itu meningkatkan kualiti susu badan. Saya percaya ia kerana bahan baik yang digunakan akan sampai kepada bayi.
Ibu yang percaya dia boleh menyusu dengan gembira pasti dapat menghasilkan susu badan yang banyak. Ibu yang takut dan ragu-ragu pasti akan kurang susunya.
Suami yang rajin picit-picit belakang isteri juga membantu meningkatkan penghasilan susu kerana emosi ibu menjadi positif. Lantas ibu akan rasa dihargai dengan sokongan suami itu.
Para suami kalau nak jimat beli susu anak, sokonglah penyusuan susu ibu ini. Tapi jangan sampai jimat duit kerana tak perlu beli susu formula tapi habis duit sebab milk booster.
Jenis makanan penggalak susu ibu
- Minum segelar air suam yang dicampur dengan madu.
- Makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari.
- Makan oat. Campurkan bersama susu segar dan buahan kering
- Makan sup lobak putih dan lobak merah.
- Makan banyak sayuran hijau seperti sawi. Apatah lagi sayur sawi merupakan sayur yang popular ketika berpantang.
- Ambil banyak ulaman ketika makan seperti jantung pisang, pucuk betik, pucuk manis dan daun pegaga.
- Minum air halba.
- Susu soya, tempe dan tauhu. Dimasak dan jadikan sebagai lauk.
- Minum air lobak kering
- Milk booster yang dijual di pasaran bagi menggalakkan susu ibu dan diyakini penggunaannya.
Dalam mengekalkan kuantiti susu badan, ibu seharusnya percaya pada rezeki anak
Bagi anda yang pertama kali bergelar ibu, adalah normal untuk anda berasa kekok dalam segenap hal ketika menguruskan bayi baru lahir. Justeru adalah penting berusaha menyusukan bayi dengan susu ibu kerana ia membekalkan khasiat yang tidak dapat susu formula lakukan iaitu membentuk sistem ketahanan tubuh kepada si manja.
Sentiasa berdoa dan dampingilah bayi anda sekerap mungkin. Penghasilan hormon kasih sayang iaitu oxytoxin boleh menggalakkan pengaliran susu ke payudara. Ibu juga perlu percaya kepada ketetapan rezeki setiap anak.
Banyak ataupun sedikit semuanya sudah ditetapkan, namun jangan pula anda tidak berusaha memberikan anak menyusu badan.
Sekiranya perlu, keraplah berurut bagi merangsang penghasilan susu. Ibu juga boleh merujuk doktor bagi mendapatkan solusi terbaik jika berdepan masalah penyusuan. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!
Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan
Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No#5 Wajib Para Ibu Cuba!