X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

5 min bacaan
Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

Cara minum air gula ketika hamil atau Ujian MGGT(Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu yang berisiko kencing manis. Ikuti beberapa tips ini!

Cara minum air gula atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia adalah satu prosedur yang dilakukan di klinik untuk mengesan diabetes gestasi.

Apabila dapat dikesan lebih awal, pemantauan perlu dibuat untuk mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Dalam artikel ini akan menceritakan tentang:

  • Cara minum air gula dan siapa yang wajib minum
  • Proses minum air gula ketika hamil
  • Sebab perlu minum air gula ketika mengandung
  • Tips untuk survive minum air gula
  • Pengalaman ibu hamil minum gula

Siapa yang wajib minum air gula? 

  • Wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
  • Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • Wanita yang pernah hamil bayi besar
  • Wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
  • Wanita berumur 25 tahun ke atas
  • Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
Proses minum air gula ketika hamil
cara minum air gula

Kredit: Eraz Fadli

Untuk menjalankan ujian ini, ibu mengandung perlu puasa malam sebelumnya dan pergi ke klinik keesokkan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji.

Darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar, kemudian ibu mengandung akan diberi minum air gula pekat (75gm glukosa dan 250ml air).

Air glukosa yang diberi oleh klink kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam.

cara minum air gula

Sumber gambar : BabyComel

Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampur perisa oren ataupun blackcurrent.

cara minum air gula

Sumber gambar: nusaybahanuwar.com

Sambung balik puasa, dan cuma air kosong dibenarkan sehingga pengambilan darah kedua. Ibu mengandung perlu tunggu 2 jam sebelum pengambilan darah kedua(two hours post prandial) dapat dilakukan.

Selepas pengambilan darah kedua selesai, darah itu akan dihantar ke makmal dan tamatlah sesi puasa.

Ujian MGGT selesai dan ibu mengandung boleh pergi makan. Keputusan ujian akan diberi pada temujanji seterusnya.

Peringatan penting: Tolong jangan muntah. Cuba yang terbaik kerana kalau muntah, ujian MGGT itu dikira batal, dan kena diulang semula.

Sebab kena minum air gula semasa mengandung

Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang boleh berlaku sebelum hamil, ia juga boleh berlaku sewaktu hamil.

Oleh sebab kencing manis membahayakan wanita yang hamil dan juga bayi di dalam kandungan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan memo supaya ibu hamil yang berisiko untuk melakukan ujian saringan untuk melakukan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) pada 24-28 minggu kehamilan dengan ujian modified OGTT (mOGTT).

mOGTT inilah yang dikenali sebagai ujian Minum Air Gula!

Bagi pesakit-pesakit diabetes yang belum hamil, mereka perlulah menghadiri pre-pregnancy counselling (PPC) sebelum hamil supaya mereka mampu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik sebelum dan sewaktu kehamilan.
 
Kadang-kala ia menyebabkan pesakit muntah dan menyebabkan ujian mOGTT terbatal dengan sendirinya. Pesakit sering mengeluh kerana mereka akan dipanggil untuk datang semula bagi ujian yang sama dalam satu atau dua minggu kemudian.

Penat lelah pesakit serta kakitangan kesihatan dalam menjayakan ujian minum air gula ini ada sebabnya.

Di antaranya ialah: Pertama, jumlah kes kencing manis ( Type 2 Diabetes Mellitus) di negara kita Malaysia meningkat dari 11 % ( 2006) hingga 15% ( 2011). Bagi wanita hamil pula, satu kajian menunjukkan kes gestational diabetes dalam wanita hamil (diabetes hanya ketika hamil) juga meningkat sama hingga ke 27.9%! ( 2017, Selangor).

Kedua, kencing manis sewaktu hamil atau “Gestational diabetes” membawa risiko kepada ibu dan bayi.

Tips untuk survive ujian air gula
Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!
  1. Minum air gula apabila ia masih suam.
  2. Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat. Kalau boleh, minum sekali teguk. Yang penting kena minum dengan cepat kalau tidak anda mungkin akan rasa jelak dan loya.
  3. Kumurkan mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut
  4. Jika anda rasa nak muntah, bawalah berehat.
  5. Sebaik ibu dibenarkan makan, minum air suam dengan banyak dan makanlah makanan yang mampu menghilangkan loya, seperti makanan yang berperisa, elakkan makanan manis!

Pengalaman ibu mengandung 

Menurut Puan Intan Syazlin, dia sememangnya mempunyai sejarah GDM, jadi setiap kali mengandung dia perlu melakukan dua kali ujian air gula. Siksanya bukan kepalang, katanya dia akan berpuasa pada malam sebelum ujian.

Untuk mengelakkan rasa mual keesokan pagi dia akan menyapu essential oil pada dada dan hidungnya. Dia juga akan menyediakan minyak angin di dalam beg sebaik dia berasa mual dia akan mula menghidunya. Dan sewaktu minum air gula, dia minum sekali gus tanpa henti dan sebaik habis dia akan menyapukan minyak angin pada tekaknya untuk elak berasa mual. 

Sebaik dibenarkan makan, Puan Intan akan makan nasi lemak atau roti canai. Bukan makanan manis seperti roti krim dan sebagainya. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Kami harap tips cara minum air gula ini dapat membantu anda!

Jangan lupa top-up credit untuk handphone supaya boleh layari theAsianparent untuk tips lain. Anda juga boleh bawa bahan bacaan lain, kalau tidak memang bosan tunggu dua jam berlalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

Baca juga: Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula, Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ramai Ibu Hamil Muntah Ketika Minum Air Gula, Ini Cara Betul Yang Perlu Anda Tahu!
Kongsikan:
  • Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

    Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

  • 5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

    5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

    Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

  • 5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

    5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.