Apabila sudah mencapai usia tertentu, kita akan memerlukan tenaga tambahan untuk menempuh hari-hari biasa, lagi-lagi bagi ibu bapa yang menguruskan anak-anak. Selain pengambilan suplemen, ada beberapa makanan dan minuman penambah tenaga yang sebenarnya boleh membantu anda, jadi tak perlulah asyik baring kepenatan sahaja selepas melakukan tugas.
Beberapa makanan harian sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam memberikan tenaga, sebab inilah kita sering disarankan untuk makan makanan yang seimbang sejak dulu lagi.
Hakikatnya, jenis dan kuantiti makanan yang anda makan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap tenaga kita terutamanya pada waktu siang.
Ada beberapa makanan yang mengandungi nutrien yang dapat membantu meningkatkan tahap tenaga dan menjaga kewaspadaan dan fokus sepanjang hari. Anda cuma perlu bijak memilih yang bertepatan dengan keperluan sahaja.
Isi kandungan:
|
Cara Menambah Tenaga Dengan Makanan Dan Minuman Penambah Tenaga
Makanan semula jadi yang berfungsi untuk menambah tenaga haruslah memiliki nutrien penting seperti protein, kalsium, magnesium, kasium, zat besi dan beberapa nutrien lain. Ada juga yang boleh dimakan sebagai snek, jadi pastikan ia tidak mengandungi bahan yang terlalu banyak gula.
Selain pemakanan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi mendapatkan tenaga harian, terutamanya persediaan untuk hari mendatang antaranya:
- Tingkatkan pengambilan magnesium
- Banyakkan berjalan
- Tidur sebentar @ power nap
- Jangan skip sarapan/makan tengahari/makan malam
- Elakkan stress
- Banyakkan minum air kosong
- Makan lebih bijirin dan kurangkan gula
- Makan snek
8 Makanan & Minuman Penambah Tenaga Semula Jadi Terbaik
Berikut merupakan beberapa makanan yang bagus bagi menambah tenaga untuk aktiviti seharian anda:
#1 Pisang
Pisang merupakan makanan penambah tenaga yang bukan sahaja mudah didapati, malah rasanya juga enak! Buah yang berwarna kuning apabila sudah masak ini adalah sumber karbohidrat kompleks, kalium, dan vitamin B6 yang bagus, serta dapat membantu meningkatkan tahap tenaga.
Ini merupakan snek yang bagus kalau nak dibawa beriadah tau!
Kenapa ia bagus?
- Mengandungi banyak nutrien hebat
- Membuatkan kadar gula darah sederhana selepas makan dan mengurangkan selera makan dengan melambatkan pengosongan perut
- Melawaskan perut
- Menurunkan risiko sakit jantung
- Sumber aktioksidan yang baik
#2 Ubi Keledek
Kalau anda ke pasaraya, pasti pernah terlihat stall yang menjual keledek manis. Jika belum cuba, rugi tau, sebab ubi keledek bukan sahaja berkhasiat dan mengenyangkan malah rasanya sangat enak!
Keledek atau ubi jalar ini terdapat pelbagai saiz dan warna – termasuk oren, putih, dan ungu, serta kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, dan serat.
Kenapa ia bagus?
- Berkhasiat tinggi
- Baik untuk kesihatan usus
- Menyokong penglihatan yang baik
- Meningkatkan keupayaan otak
- Boleh dimakan dengan pelbagai cara – goreng, dilenyekkan, dijadikan fries, dibakar dan banyak lagi!
#3 Telur
Telur merupakan salah satu bahan mentah yang pasti ada di dapur rumah kita, betul tak? Tahukah anda, telur merupakan salah satu sumber tenaga yang sangat bagus?
Telur mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang merupakan bahagian penting dalam diet yang sihat. Yang paling menarik, telur adalah makanan yang mudah didapati dan murah.
Kenapa ia bagus?
- Mudah disediakan
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Kuning telur mengandungi sejumlah besar lutein dan zeaxanthin, yang baik untuk penglihatan
- Tinggi protein berkualiti
- Kurangkan risiko strok
#4 Ikan Berlemak
Sedap, malah mudah disediakan, makan ikan satu atau dua kali seminggu sebenarnya mencukupi untuk mendapat kebaikkannya.
Ikan berlemak seperti salmon dan tuna adalah sumber protein, asid lemak, dan vitamin B yang baik, menjadikannya makanan yang enak untuk dimasukkan dalam senarai santapan anda sekeluarga.
Kenapa ia bagus?
- Mengandungi nutrien yang penting untuk perkembangan otak
- Sumber vitamin D yang baik
- Boleh mengurangkan risiko penyakit autoimun
- Memelihara penglihatan dalama jangka masa panjang
- Tidur yang lebih berkualiti
#5 Beras Perang
Beras perang adalah makanan yang sangat berkhasiat dan mempunyai indeks glisemik rendah. Berbanding dengan nasi putih, kurang diproses dan mengekalkan lebih banyak nilai pemakanan dalam bentuk serat, vitamin, dan mineral.
Ia dapat membantu mengatur kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga yang stabil sepanjang hari.
Kenapa ia bagus?
- Dapat mengawal berat badan
- Kaya dengan sumber fenol dan flavonoid, dua jenis antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan mengurangkan risiko penuaan pramatang
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Mengurangkan risiko diabetes
#6 Coklat Gelap
Coklat gelap mempunyai kandungan koko yang lebih tinggi daripada coklat biasa atau susu. Antioksidan dalam koko terbukti mempunyai banyak manfaat kesihatan, seperti meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh anda.
Kenapa ia bagus?
- Sumber aktioksidan yang bagus
- Merendahkan risiko sakit jantung
- Meningkatkan keupayaan otak
- Melindungi kulit daripada cahaya matahari
#7 Quinoa
Walaupun makanan super ini tinggi karbohidrat, ia mempunyai indeks glisemik rendah, yang menunjukkan bahawa karbohidratnya diserap secara perlahan dan dapat memberikan pelepasan tenaga yang berterusan.
Selain itu, quinoa kaya dengan mangan, magnesium, dan folat.
Kenapa ia bagus?
- Berasaskan tumbuh-tumbuhan
- Tinggi fiber
- Sumber aktioksidan
- Sumber zat besi yang baik
- Mengandungi sebatian tumbuhan quercetin dan kaempferol, dapat melindungi dari pelbagai keadaan kronik seperti penyakit jantung, diabetes, beberapa jenis barah termasuk kulit dan hati.
#8 Kopi
Kopi kaya dengan kafein yang dapat dengan cepat mengalir dari aliran darah ke otak dan menghalang aktiviti adenosin, neurotransmitter yang menenangkan sistem saraf pusat.
Ini menjadikan pengeluaran epinefrin – hormon yang merangsang badan dan otak semakin meningkat dan membuat peminum merasa waspada dan lebih fokus.
Ini merupakan salah satu minuman penambah tenaga yang menjadi kegemaran ramai, namun awas jangan sampai addicted pula ya!
Kenapa ia bagus?
- Meningkatkan fokus
- Memberi tenaga
- Mengurangkan risiko diabetes
- Mengandungi antioksidan dan bahan aktif lain yang dapat mengurangkan keradangan dalaman dan melindungi dari penyakit
Perbandingan Harga
Produk | Harga (MYR) |
Pisang | RM3.99/kg |
Ubi Keledek | RM4.99/kg |
Telur | RM5.90 |
Ikan Berlemak | RM32.99/kg |
Beras Perang | RM23.29 |
Coklat Gelap | RM11.99/100g |
Quinoa | RM29.99 |
Kopi | RM7.29 |
Penafian: Harga yang tertera adalah berdasarkan laman web Tesco Grocery. Sebarang perbezaan harga adalah tertakluk pada perubahan semasa.
Resipi Ringkas dan Enak Bagi Memberikan Tenaga Seharian
French Toast Pisang
Jumlah Masa: 15 minit
Hidangan: 6 keping
Bahan-bahan: 1 pisang matang, 1 telur, 1 cengkih tanah cengkih, secubit halia tanah, secubit pala tanah, 3 cubit kayu manis, 2 titis ekstrak vanila, 6 keping roti dan susu.
Langkah-langkah:
- Masukkan pisang ke dalam mangkuk dengan garpu sehingga ketulan hilang.
- Masukkan telur, rempah dan ekstrak vanila ke dalam mangkuk dan campurkan.
- Sedikit susu untuk melancarkan adunan (terpulang kepada anda).
- Masukkan sedikit mentega atau semburan memasak ke kuali dengan api sederhana.
- Celupkan roti ke dalam campuran dan pindahkan ke kuali.
- Masak kedua-dua belah sehingga selesai.
- Hidangkan dengan beberapa blueberry dan sirap maple!
Honey Garlic Salmon
Jumlah Masa: 15 minit
Bahan-bahan: 12 oz. (340 g) salmon, potong 2-3 helai fillet, garam, lada hitam, 1 secubit lada cayenne, 2 sudu madu, 1 sudu besar air suam, 1 1/2 sudu teh cuka epal atau jus lemon, 1 sudu minyak zaitun, 3 ulas bawang putih dicincang, 1/2 lemon dihiris, 1 sudu besar pasli cincang
Langkah-langkah:
- Tabur permukaan salmon dengan garam, lada hitam dan lada cayenne. Ketepikan.
- Campurkan madu, air, cuka epal atau jus lemon dan secubit garam bersama. Kacau hingga sebati.
- Panaskan kuali pada api yang tinggi. Masukkan minyak zaitun. Goreng salmon, kulit bahagian bawah terlebih dahulu, selama kira-kira 1 minit. Balikkan salmon dan masak selama 1 minit.
- Balikkan semula dengan bahagian kulit berada di bahagian bawah.
- Masukkan bawang putih ke dalam kuali, tumis hingga sedikit kecoklatan. Masukkan bancuhan madu dan hirisan lemon ke dalam kuali, kurangkan sos hingga melekit.
- Selesaikan dengan memanggang salmon di dalam ketuhar selama 1 minit atau sehingga permukaannya sedikit hangus (langkah pilihan).
- Hias salmon dengan pasli dan hidangkan segera.
Semoga mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Minuman Tambah Tenaga “Homemade" Hilangkan Lenguh Badan, Ibu Hamil WAJIB Cuba!