Ketahui 10 Jenis Minuman Yang Perlu Ibu Hamil Elak, Jika Minum Boleh Bahayakan Kandungan!

Minuman untuk ibu hamil elak bagi menghindar bahaya kepada kandungan termasuklah alkohol dan susu yang tidak dipasteur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman untuk menjaga kandungan.  Namun, jangan terlalu risau dengan pantang-larang ketika hamil. Anda bukan hanya boleh minum air masak sahaja sepanjang 9 bulan ini.

Terdapat beberapa minuman untuk ibu hamil yang sangat digalakkan pengambilannya sepanjang 9 bulan hamil.

Wanita bukan sahaja perlu mengambil makanan dalam jumlah yang mencukupi semasa hamil, malah jumlah pengambilan cecair juga penting untuk menampung keperluan air dalam badan. Jika kebiasaannya kita memerlukan dua liter air, wanita hamil pula memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air!

Bolehkah ibu hamil minum air milo?

Milo merupakan jenama untuk sejenis minuman yang berasaskan coklat dan malt. Air milo dikatakan minuman yang memberikan tenaga dan mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin B.

Air milo tidak menyebabkan penyakit cuma jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan bahaya. Tidak ada masalah untuk minum milo. Namun gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan terutama kepada ibu mengandung.

Kandungan gula tinggi dalam air berkenaan dibimbangi boleh mengakibatkan kencing manis semasa hamil. Ambil secara sederhana sahaja. Untuk mengelakkan sebarang masalah kepada janin.

Jenis minuman yang harus ibu hamil elak

Minuman ibu hamil harus elakkan ialah:

#1.Susu tidak dipasteurkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu yang tidak dipasteurkan tidak boleh diminum oleh wanita hamil. Proses pasteurisasi berfungsi untuk membunuh kuman yang boleh menyebabkan penyakit yang mencemarkan susu.

Proses ini bertujuan untuk memusnahkan atau menyahaktifkan organisma dan enzim yang menyumbang kepada kerosakan atau risiko penyakit, termasuk bakteria vegetatif, tetapi bukan spora bakteria.

Dalam susu yang tidak melalui proses pasteurisasi, patogen dalam susu boleh memasuki badan ibu mengandung dan mudah mencari jalan kepada bayi melalui plasenta dan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.

#2. Jus buah tidak dipasteurkan

Seperti susu tidak dipasteurkan, jus buah-buahan daripada buah-buahan yang tidak dipasteurkan perlu dielakkan dari ibu hamil. Bakteria dan mikrob dalam buah akan menganggu perkembangan janin. Untuk lebih selamat, jika anda mahu minum jus, buat sendiri di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Jus Wheatgrass

Jus Wheatgrass membantu masalah sembelit namun begitu ia minuman yang dilarang untuk ibu hamil. Jus wheatgrass berpotensi menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran.

#4. Kopi

Jika anda seorang pengemar minum kopi, elakkan mengambil kopi setiap hari. Kandungan kafein merupakan risiko kepada kesihatan janin.

Kafein dalam kopi boleh diserap dengan cepat dan mudah memasuki plasenta. Plasenta tidak mempunyai enzim yang diperlukan untuk memetabolisme kafein, maka pengambilan kafein yang banyak akan menyebabkan ia terkumpul dan berisiko kepada kesihatan dan perkembangan janin.

Ibu hamil perlu berhati-hati dan tidak terlalu mengambil kopi segera. Sebabnya, kopi jenis ini mempunyai kandungan gula yang tinggi yang berbahaya kepada kesihatan ibu dan janin.

#5. Teh

Tidak ada larangan untuk ibu hamil minum teh, tetapi anda perlu mengehadkan minuman ini. Hal ini kerana, kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah sama seperti kopi.

Kandungan kafein yang tinggi sering dijumpai dalam teh hijau, hitam, dan oolong. Ketiga-tiganya mengandungi kira-kira 40 hingga 50 miligram kafein setiap cawan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika teh diminum berlebihan ia akan menganggu penyerapan asid folik yang merupakan asid penting semasa mengandung supaya mencegah kecacatan janin.

#6. Teh hijau

Biarpun teh hijau sebagai minuman yang bagus untuk ibu hamil tetapi ia salah satu minuman yang perlu dielakkan. Teh hijau juga mengandungi kafein.

Seperti yang diketahui, kafein menghalang penyerapan asid folik yang diperlukan oleh janin untuk membesar dan berkembang dengan sihat. 

#7. Minuman Fizzy

Minuman fizzy merupakan minuman mengandungi pemanis tiruan yang sangat tinggi. Minuman ini sangat tidak baik kepada wanita mengandung.

Wanita hamil yang mengambil minuman ringan berisiko mengalami kekurangan kalsium dan jenis nutrien lain yang diperlukan semasa mengandung. Pengambilan minuman jenis ini mencetuskan peningkatan risiko keguguran, kecacatan kelahiran dan preeclampsia pada wanita hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Minuman beralkohol

Tidak ada kajian menunjukkan bahawa minuman beralkohol adalah minuman yang selamat. Elakkan minum alkohol ketika hamil kerana mempunyai risiko merosakkan sistem saraf bayi.

Keadaan ini menyebabkan bayi terdedah kepada sindrom alkohol janin (FAS) yang mengakibatkan kecacatan kelahiran, kecacatan badan, perkembangan otak terbantut, kesukaran belajar, dan banyak lagi.

#9. Minuman bergula tinggi

Minuman jenis ini sangat berbahaya dan harus dielakkan oleh ibu hamil. Paras gula yang tinggi berisiko menyebabkan diabetes.

#10. Minuman bertenaga

Satu lagi minuman terlarang untuk ibu hamil ialah coklat. Pakar mengatakan bahawa minuman coklat sebenarnya boleh dimakan oleh ibu hamil selagi jumlah gula tambahan di dalamnya masih dalam jumlah yang sederhana atau munasabah. Msemakin gelap coklat semakin rendah kandungan gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 minuman untuk hidrasi

Air sememangnya sangat penting untuk kesihatan sel darah si ibu. Ini juga bagi mengelak hidrasi yang boleh menyebabkan kelahiran bayi tidak cukup bulan.

Ibu hamil memerlukan air yang cukup setiap hari untuk mengekalkan hidrasi di dalam badan, juga untuk menjaga kandungan. 

#1. Air Kelapa

Terdapat mitos yang mengatakan jika minum air kelapa, bayi yang dikandung akan berkulit cerah. Walaupun hal tersebut hanya mitos kerana warna kulit bayi bergantung pada genetik, tidak dapat dinafikan minum air kelapa banyak khasiatnya.

Air kelapa merupakan minuman isotonik semula jadi yang boleh mengelakkan hidrasi dan mengganti garam natural yang hilang dari tubuh semasa berpeluh.

#2. Teh herba

Teh herba tanpa kafein elok diambil oleh ibu hamil malah dapat mengurangkan gejala morning sickness. Dapatkan nasihat doktor mengenai jenis teh herba yang sesuai untuk ibu hamil, dan berapa cawan yang boleh diambil sehari.

Umumnya, teh yang selamat diambil adalah chamomile, peppermint dan jasmine.

#3. Jus atau smoothies buah atau sayur

Sekiranya ibu tidak biasa dan inginkan variasi rasa selain air kosong yang tawar, anda boleh membuat jus atau smoothies dari buah-buahan atau sayur-sayuran!

Selain menjadi pilihan minuman yang sihat, jus atau smoothies menjadi pilihan yang baik untuk menghilangkan rasa lapar. Kandungan protein, vitamin dan mineral dalam buah-buahan dan sayur-sayuran sangat baik untuk kehamilan.

#4. Susu

Segelas susu sehari sememangnya baik untuk mengekalkan kesihatan dan memberi tenaga kepada ibu hamil. Susu mengandungi kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang ibu dan bayi yang dikandung.
 
Jika anda tidak berapa sukakan susu, anda masih boleh menerima khasiat susu dengan mencuba minuman yang berasaskan susu seperti smoothies dan milkshake. Kandungan protein dan vitamin B12 sangat penting untuk tumbesaran bayi.

#5. Lemonade

Segelas lemonade segar bukan sahaja untuk mengelakkan hidrasi, malah kandungan vitamin C yang terdapat dalam lemonade juga bermanfaat untuk ibu dan kandungan. Yang menariknya, lemonade juga boleh mengurangkan gejala morning sickness.

Tanda ibu hamil kurang air

Terdapat beberapa tanda badan anda kekurangan air, seperti:

  • Air kencing berwarna gelap
  • Sering rasa haus
  • Rasa pening
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Mulut, bibir atau mata kering
  • Jarang buang air kencing (lebih daripada 8 jam)
  • Terlalu panas
  • Denyutan nadi perlahan atau terlalu laju
  • Rasa bingung

Semoga bermanfaat!

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Devi Agustina Susanty dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Beto Rahman