Minyak Cengkih: Sejarah, Khasiat, & Kegunaannya Untuk Kesihatan

lead image

Minyak cengkih berkhasiat meningkatkan sistem imun, meredakan sakit gigi, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan usus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minyak cengkih, yang telah digunakan sejak zaman purba, masih kekal popular hari ini sebagai pilihan semula jadi untuk merawat pelbagai masalah kesihatan!

Pengenalan Minyak Cengkih

Minyak cengkih, atau Eugenia Caryophyllata, diekstrak dengan penyulingan stim dari bunga dan daun pokok cengkih yang terkenal dengan kandungan bahan aktif seperti eugenol, acetyleugenol, dan beta-caryophyllene.

Asalnya dari Indonesia, minyak ini telah digunakan sejak zaman purba dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda untuk pelbagai masalah kesihatan.

Ada dua jenis:

  1. Minyak bunga cengkih : Penuh dengan eugenol, jadi baunya kuat dan kesannya lebih intens. Tapi hati-hati, ia tak sesuai untuk kulit kerana boleh jadi toksik.
  2. Minyak daun cengkih – Lebih lembut dan ringan, selagi dicampurkan dengan minyak pembawa, ia lebih selamat untuk digunakan pada kulit!

Bagaimana Minyak Cengkih Berfungsi?

Komponen utamanya adalah Eugenol, berfungsi sebagai anaestetik semula jadi untuk mengurangkan rasa sakit, dan juga mempunyai sifat antibakteria ringan yang boleh melegakan kesakitan selama beberapa jam.

Selain itu, sifat anti-radang semulajadi Eugenol membantu mengurangkan keradangan dan pembengkakan di kawasan yang terjejas.

Jadi, minyak ia ni bukan sahaja untuk rasa lega, tapi juga bantu atasi masalah radang!

Sifat Terapeutik Minyak Cengkih

Ia ni memang penuh dengan sifat terapeutik yang menarik! Ia bertindak sebagai penahan sakit semulajadi, jadi kalau ada sakit gigi atau otot tegang, ia boleh jadi penyelamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak hanya itu, ia juga terkenal dengan sifat antibakteria dan antivirus, membantu melawan kuman dan membersihkan udara.

Selain tu, ia juga anti-radang, jadi kalau ada bengkak atau keradangan, minyak ni boleh bantu redakan.

Ia juga boleh merangsang peredaran darah dan bagus untuk kulit! Memang macam ‘superhero’ semulajadi, kan?

Khasiat dan Kegunaan Minyak Cengkih

Bukan sekadar wangi, tapi banyak manfaat hebatnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Meningkatkan Sistem Imun

Boleh bantu kuatkan sistem imun badan kita, jadi lebih tahan lasak melawan penyakit!

2.Meredakan Sakit Gigi

Sakit gigi? Ia boleh jadi penyelamat dengan melegakan rasa sakit dan mengurangkan keradangan.

3.Meningkatkan Kesihatan Usus

Ia juga boleh membantu menambah baik pencernaan, buat usus lebih sihat dan bantu atasi masalah sembelit.

4.Perlindungan Kulit

Kaya dengan sifat antibakteria, bagus untuk menjaga kulit dan melawan jerawat.

5.Anti-Kanser

Kandungan antioksidan di dalamnya boleh bantu melawan sel-sel kanser, memberi sokongan kepada tubuh kita.

6.Menurunkan Tekanan Darah

Ia boleh bantu turunkan tekanan darah tinggi secara semulajadi, membuatkan anda rasa lebih relax.

7.Mengawal Gula

Untuk yang ada masalah paras gula tinggi, minyak cengkih boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Mengurangkan Tekanan

Stress? Ia boleh bantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tahap tekanan dalam badan.

9.Melegakan Sakit Otot & Sendi

Sakit otot dan sendi? Sapukannya, ia boleh bantu melegakan kesakitan dan kekakuan.

10.Merawat Masalah Pernafasan

Ia boleh membantu melegakan masalah pernafasan, bagus untuk yang sering mengalami selsema atau batuk.

Cara Menggunakan

Mudah je, ni dia cara-cara yang boleh anda cuba!

1.Untuk Sakit Gigi

Titiskan sedikit pada kapas atau bola kapas dan sapukan pada gigi atau gusi yang sakit. Rasakan kelegaan segera!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Untuk Melegakan Sakit Otot & Sendi

Campurkan beberapa titis dengan minyak pembawa (seperti minyak zaitun atau kelapa) dan urutkan pada kawasan yang sakit. Lega!

3.Untuk Masalah Pernafasan

Titiskan beberapa titis dalam air panas atau difuser untuk melegakan hidung tersumbat dan masalah pernafasan.

4.Untuk Kulit Berjerawat

Campurkan dengan sedikit minyak pembawa dan sapukan pada bahagian kulit yang berjerawat untuk kesan antibakteria.

5.Untuk Mengurangkan Tekanan

Tambah beberapa titis dalam diffuser atau mandian air suam untuk menenangkan fikiran dan badan.

6.Untuk Sistem Imun

Minyak cengkih juga boleh ditambah dalam teh atau air suam (satu titis sahaja) untuk membantu meningkatkan sistem imun.

Ingat, selalu campurkan minyak cengkih dengan minyak pembawa sebelum guna pada kulit, dan jangan guna terlalu banyak! Bila guna dengan betul, minyak cengkih boleh jadi sahabat terbaik anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan Sampingan Minyak Cengkih

Minyak cengkih memang banyak manfaat, tapi kena berhati-hati jugalah! Kalau terlalu pekat, ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit, jadi jangan lupa campur dengan minyak pembawa.

Kalau tertelan banyak-banyak, eugenol dalam minyak cengkih tu boleh jadi toksik, so jangan overdose!

Kalau guna berlebihan, boleh juga buat perut rasa tak selesa, loya atau pedih ulu hati.

Pastikan juga buat ujian patch dulu untuk elakkan alahan, dan elakkan guna pada kanak-kanak bawah 2 tahun atau ibu mengandung tanpa nasihat doktor. Jadi, guna dengan bijak dan nikmati khasiatnya tanpa risau!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bunga Cengkih, Bukan Sekadar Rempah Masakan! Ini Khasiat & Manfaat Cengkih Yang Anda Tak Tahu

Baca juga: Jenis Herba Yang Elok Untuk Ibu Berpantang, Bantu Pulihkan Dalaman Lepas Bersalin

Baca juga: Boleh Rawat Kesihatan Wanita Dengan Kacip Fatimah? Ini Rupanya Khasiat Kacip Fatimah Yang Kita Tidak

Penulis

Lala Annuar