Pemakaian Sarung Tangan Bayi (Mittens): Adakah Ia Keperluan Untuk Bayi Baru Lahir?

Sarung tangan bayi atau mittens memang membuatkan si kecil kelihatan comel, namun ketahui ada risiko dan bahaya yang boleh berlaku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui perjalanan sebagai ibu ayah dipenuhi dengan kegembiraan, ketawa, dan pelbagai pengalaman baharu. Antara pengalaman ini, satu tugas yang sering menimbulkan kebimbangan adalah pemakaian sarung tangan bayi atau mittens.

Sejak dari dahulu, amalan pemakaian sarung tangan dan kaki pada bayi baru lahir masih diteruskan dengan alasan bagi mengelakkan muka tercakar serta suhu yang sejuk. 

Jari-jari kecil dan halus bayi baru lahir memerlukan penjagaan dan perhatian tambahan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan mereka. Dalam artikel ini, kami kongsikan mengenai keperluan pemakaian sarung tangan bayi, sebab ia tidak diperlukan dalam penjagaan bayi dan cara mengelakkan bayi daripada mencakar.

Apa Itu Sarung Tangan Bayi Atau Mittens

Sarung tangan bayi adalah aksesori bayi yang direka khusus untuk menutup tangan bayi. Sarung tangan ini biasanya diperbuat daripada bahan lembut dan ringan, seperti kapas, dan direka bentuk untuk memberikan perlindungan kepada tangan bayi yang masih kecil.

Keperluan Pemakaian Sarung Tangan Bayi

  1. Kulit dan Kuku Halus: Bayi dilahirkan dengan kulit yang lembut, kuku yang kecil dan cepat tumbuh. Kuku si manja biasanya sangat tajam, meningkatkan risiko tercakar muka dan bahagian badan. Untuk melindungi bayi daripada masalah ini, rata-rata ibu akan memakaikan bayi mereka dengan sarung tangan (mittens).
  2. Mengelakkan Jangkitan: Bayi baru lahir sangat terdedah kepada jangkitan, dan sistem imun mereka yang sedang berkembang tidak sekuat kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua. Dengan memakai sarung tangan, ibu ayah dapat menghalang pemindahan bakteria dan kuman dari tangan bayi ke muka dan mulut si manja, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan.
  3. Mengekalkan Suhu: Mengekalkan suhu badan yang konsisten adalah penting untuk kesejahteraan bayi. Sarung tangan boleh membantu mengawal suhu badan dengan memastikan tangan bayi anda hangat, terutamanya semasa suhu sejuk. Tangan yang sejuk boleh menyebabkan ketidakselesaan dan berpotensi mengganggu waktu tidur bayi anda.
  4. Keselesaan Psikologi: Bayi selalunya mempunyai refleks terkejut yang kuat, dan pergerakan lengan dan tangan mereka yang tidak terkawal boleh membuatkannya terjaga. Pemakaian sarung tangan dapat memberikan rasa selamat.

Sebab Sarung Tangan Atau Mittens Tidak Diperlukan Dalam Penjagaan Bayi

Meskipun penggunaan sarung tangan bayi atau mittens untuk mengelakkan kuku mencakar kulit si manja atau mengekalkan keselesaan, ada beberapa alasan mengapa ia tidak digalakkan oleh doktor. Antaranya adalah:

  1. Refleks Menggenggam Semulajadi: Bayi baru lahir mempunyai refleks menggenggam yang sangat kuat. Tangan mereka secara semula jadi akan cenderung untuk mencapai dan menggenggam, walaupun tanpa sarung tangan. Membenarkan bayi menggunakan refleks ini boleh menggalakkan perkembangan otot dan koordinasi tangan.
  2. Sensasi Belaian Kulit: Sentuhan kulit secara langsung adalah penting untuk membina hubungan antara ibu ayah dan bayi. Walau bagaimanapun penggunaan sarung tangan bayi boleh menghalang perkara ini dan sekaligus boleh menjejaskan perkembangan ikatan emosi.
  3. Potensi Bahaya Tersembunyi: Sarung tangan yang longgar atau terlalu besar boleh menyebabkan potensi bahaya tersembunyi. Bayi mungkin boleh mengambil sarung tangan longgar dan memasukkannya ke dalam mulut, meningkatkan risiko tercekik. Selain itu, lipatan atau benang yang terlebih pada sarung tangan boleh menjadi tempat pengumpulan kotoran atau bakteria.
  4. Pengawalan Suhu Tidak Berkesan: Walaupun sarung tangan boleh membantu memastikan tangan bayi sentiasa hangat, pengawalan suhu yang berkesan sebenarnya bergantung kepada pakaian. Memilih pakaian yang sesuai dengan cuaca boleh membantu mengekalkan suhu badan bayi tanpa perlu bergantung pada sarung tangan atau mittens baby.
  5. Daya Penglihatan Bayi Belum Sempurna: Kalau anda hendak tahu, bayi yang masih kecil tidak sedar bahawa dia mempunyai dua belah tangan. Jadi bila dapat melihat tangannya sendiri, maka si manja akan lebih kerap menggunakan tangan dan jari untuk menyentuh apa saja yang ada di hadapan matanya. Sebab itu kalau duduk sorang-sorang pun bayi kelihatan begitu teruja bermain dengan jari-jemarinya.

Perkara Yang Perlu Parents Tahu Sebelum Pakaikan Mittens Pada Bayi

Meskipun kelihatan hanya aksesori, sarung tangan dan kaki bayi boleh membawa kesan bahaya tanpa ibu ayah sedari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut ini adalah perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang kesan memakaikan mittens dan booties terlalu lama pada bayi.

Ini perkara yang mak ayah semua kena tahu sebelum nak pakaikan Mittens dan Booties lama-lama kat baby kita tu:

#1 – Bayi kita tu sebenarnya suka sangat kalau dapat explore ‘sense of touch’ sejak lahir lagi. Dengan jari halus tu sebolehnya dia nak sentuh semua benda sebab bila dia dapat pegang pelbagai objek dan tekstur, deria sentuhan baby akan lebih teransang.

Lepas tu bila baby kita tu mula belajar masukkan tangan dan benda kat dalam mulut, maka ransangan berlaku pulak pada deria rasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ransangan tu semualah yang nanti buatkan perkembangan otak si kecil tu jadi lebih hebat.

#2 – Tahu tak mata baby kita yang baru dilahirkan tu tak sensetif sangat dan belum dapat nampak persekitaran dengan jelas macam pandangan kita orang dewasa ni.

Dia pun tak sedar yang dia ada dua belah tangan sebenarnya.

Sebab tu once dia dapat lihat dan rasa tangan dia tu, baby akan gunakan tangan dan jari dengan lebih kerap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi janganlah mak ayah pelik pulak kalau tengok si comel tu ‘kagum’ sangat dan boleh je duk seorang diri sambil bermain dengan tangan sendiri.

#3 – Benda paling menakutkan sebenarnya ialah bila jari baby bertukar jadi warna hitam legam akibat salur darah tersekat dan terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan gara-gara terjerut atau terlilit benang stoking (Hair Tourniquet Syndrome).

Memang kadang tu parent dan pengasuh tak sedar pun jari si comel tu dah tercedera kerana asyik terkurung je dalam sarung kaki dan jarang diperiksa. Tahu-tahu baby kita dah jadi mangsa terkena Hair Tourniquet Syndrome macam dalam gambar tu.

Sebab tu lah seeloknya mittens dan booties ni, tak dipakaikan terlalu kerap. Jangan terpengaruh bila ada orang beritahu takut nanti baby kembung sebab angin masuk ikut kaki. Mengarut sahaja tu!

Cara Mengelakkan Bayi Daripada Mencakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencegah si manja daripada mencakar bahagian muka atau tubuh adalah bahagian penting dalam penjagaan bayi. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan bayi daripada mencakar:

  • Memotong Kuku Secara Rutin: Memotong kuku bayi dengan kerap adalah langkah paling berkesan bagi mengelakkan bayi daripada mencakar. Ibu hendaklah menggunakan pengetip kuku bayi dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
  • Berikan Tindak Balas Segera Pada Isyarat Bayi: Bayi yang berasa lapar akan menunjukkan tanda-tanda dengan membuka mulut mencari payudara untuk menyusu, menggerakkan tangan atau menghisap jari. Pada masa ini, koordinasi tangan si manja mungkin menjadi tidak terkawal, dan terdapat kecenderungan yang tinggi untuk  mencakar. Justeru ibu ayah hendaklah sentiasa peka dengan semua isyarat yang ditunjukkan bayi bagi memastikannya selesa. 

Lupakan Penggunaan Sarung Tangan

Walaupun sarung tangan sering digunakan untuk mengelakkan si manja dari mencakar, sesetengah ibu bapa memilih untuk tidak menggunakan sarung tangan atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah beberapa pertimbangan yang boleh membantu anda membuat keputusan sebelum memakaikan sarung tangan pada bayi baru lahir:

  • Perkembangan Motor Halus: Pakar mencadangkan untuk beri kebebasan pada tangan bayi bagi meningkatkan kemahiran motor halus. Si manja yang menyentuh, meneroka dan menggenggam jari dapat menguatkan otot tangan dan membina koordinasi.
  • Sentuhan Kulit: Sentuhan kulit secara langsung antara ibu ayah dan bayi adalah penting untuk membentuk ikatan emosi. Dengan tidak memakaikan sarung tangan, anda membenarkan bayi mengalami sentuhan semula jadi dan mengeratkan hubungan antara ibu ayah.
  • Meningkatkan Haba: Sarung tangan dengan material tertentu boleh membuatkan tangan bayi panas dan berpeluh. Kesannya, si manja berasa tidak selesa. 

Kesimpulannya, jangan disebabkan ia comel maka anda nak pakaikan sarung tangan bayi yang terlalu lama. Kelak nanti anda juga akan menyesal tak sudah. Kalau boleh lepas ibu habis tempoh berpantang maka bayi juga tidak perlu dipakaikan lagi dengan kedua-dua benda ini.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Checklist barang bayi baru lahir dan keperluan bersalin; lengkap A TO Z

Baca juga: Kalau Betul Teknik Bedungnya, Bayi Boleh Syok Tidur Berjam-Jam! Betul Ke?

Baca juga: Cara mencuci dan menyimpan baju bayi baru lahir untuk ibu bapa baru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan