'Murung Dalam Senyum': Ia Lebih Bahaya Dari Apa Anda Sangka

lead image

Murung dalam senyum? Boleh ke? Ya! Kemurungan senyum tak ada sebarang tanda-tanda. Seorang individu boleh tersenyum, sedangkan dia sedang kemurungan!

Kemurungan senyum itu apa?

Anda mungkin tak pernah dengar tentang 'Kemurungan Senyum' kan? Sebab itu ia sungguh berbahaya!

Seperti namanya - orang yang menghidap 'kemurungan senyum' tak menunjukan tanda-tanda kemurungan langsung.

Sebaliknya, mereka akan sentiasa tersenyum dan ceria. Betul-betul seperti kata-kata "senyum dalam duka".

Tak kenal siapa mangsa

Seperti masalah kemurungan biasa, kemurungan senyum juga tak mengenal mangsanya.

Sesiapa sahaja boleh menghidapinya; tak kira umur, tak kira jantina dan tak kira darjat. Malah, orang yang menghidapnya mungkin tak sedar dia mempunyai kemurungan ini.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/kemurungan senyuman.jpg Murung Dalam Senyum: Ia Lebih Bahaya Dari Apa Anda Sangka

Tiada tanda-tanda

Tidak seperti kemurungan biasa, kemurungan senyum tiada tanda awal yang ketara.

Orang yang menghidapnya boleh sentiasa tersenyum dan langsung tidak rasa tertekan. Malah mereka sendiri akan menafikan yang mereka mempunyai masalah kemurungan.

Salah satu 'tanda' kemurungan senyum yang ketara ialah, bunuh diri.

Pernah tak anda dengar kes orang yang sentiasa ceria dan gembira tiba-tiba bunuh diri?

Ya secara tiba-tiba, dan inilah salah satu contoh kesan kemurungan senyum yang bahaya.

Dan inilah sebabnya kesedaran tentang kesihatan mental itu penting! Dapatkan bantuan sekiranya perlu, jangan sesekali rasa malu untuk mendapatkan bantuan.

Kerana ia penting untuk diri anda, orang tersayang dan orang sekeliling anda.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/black and white person woman girl.jpg Murung Dalam Senyum: Ia Lebih Bahaya Dari Apa Anda Sangka

Kesihatan mental, apa yang anda perlu tahu?

Bagi kebanyakkan orang, terma 'masalah kesihatan mental' penuh dengan salah faham dan prejudis.

Masyarakat sering mengaitkan masalah kesihatan mental dengan gila atau tidak waras

Jadi, tanggapan ini buat orang lain takut nak menjaga kepentingan kesihatan mental masing-masing. 

Itulah sebabnya mengapa orang tidak mahu meneruskan rawatan sakit mental, atau sentiasa menidakkan masalah yang mereka hadapi.

Lama-kelamaan keadaan menjadi semakin teruk. Jadi, timbullah pelbagai kes yang tidak masuk akal seperti membunuh diri secara tiba-tiba.

Mari kita ubah persepsi ini dan tanam betapa penting menjaga kesihatan mental.

Berikut adalah beberapa perkara yang ada patut tahu tentang kesihatan mental:

  1. Menambah ilmu tentang kesihatan mental. Ajar diri anda tentang masalah mental dengan lebih banyak kerana melalui ilmu, anda akan lebih faham apa yang dihadapi oleh orang yang ada masalah mental.
  2. Jika anda ada orang tersayang yang menghadapi masalah mental, fahami mereka. Jangan layan mereka sama seperti orang biasa. Mereka memerlukan perhatian, kasih sayang, dan rasa hormat. Mereka memerlukan sokongan dari orang sekeliling mereka.
  3. Bersabar. Kadang-kala mereka yang mempunyai masalah mental mempunyai perilaku yang sukar difahami. Ini kerana mereka sendiri sedang 'berperang' dengan diri mereka dan mereka berharap agar orang di sekeliling boleh bersabar dengan diri mereka.
  4. Jangan takut mendapatkan bantuan. Ini adalah satu perkara yang ramai abaikan. Dapatkan bantuan selagi masih boleh! Jangan takut dengan persepsi masyarakat luar.
  5. Kekal positif. Jika anda mempunyai masalah kesihatan mental atau mengenali seseorang dengan masalah mental, kunci utama untuk menjadi lebih baik ialah kekal positif. Tidak kira apa yang terjadi, anda kena kekal positif kerana keadaan akan menjadi lebih baik sekiranya anda kekal begitu.

Kami ada mengongsikan di mana anda boleh mendapatkan bantuan sekiranya perlu: 

Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!