8 Nursing Cover Terbaik Untuk Ibu Menyusu, Barulah Selesa Dan Yakin Untuk Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Susahnya nak menyusukan bayi, lagi-lagi di tempat awam. Mesti ibu-ibu pernah mengalami situasi seperti ini, kan? Salah satu cara paling mudah untuk menyusu adalah dengan penggunaan nursing cover Malaysia.

Susahnya nak menyusukan bayi, lagi-lagi di tempat awam. Mesti ibu-ibu pernah mengalami situasi seperti ini, kan? Salah satu cara paling mudah untuk menyusu adalah dengan penggunaan nursing cover.

Apabila anak menyusu badan, perkara yang paling merungsingkan ibu adalah bagaimana cara untuk menyusukan bayi mereka di tempat awam. Malu dan risau betul kalau ada mata-mata yang memandang. Meskipun di negara ini terdapat bilik khas penyusuan susu ibu, tetapi bukan semua tempat ada menyediakan tempat khas untuk menyusu.

Jadi, sebagai persediaan anda sekurang-kurangnya memerlukan sehelai nursing cover untuk membantu anda menyusu tidak kira masa dan tempat. Ya lah, anak yang menyusu badan ni bila-bila masa saja dia akan melalak kerana haus dan lapar minta disusukan.

Pentingnya Penggunaan Nursing Cover

Nursing Cover atau penutup penyusuan adalah satu keperluan yang perlu dimiliki oleh ibu menyusu. Fabrik tipis ini akan melindungi payudara anda supaya tidak kelihatan sehingga anda bebas menyusu di mana-mana sahaja tanpa perlu risau.

Selain itu, bentuknya yang nipis dan ringan menjadikannya mudah dibawa dan tidak memakan ruang. Apa yang paling penting, penggunaan breastfeeding cover dapat menghalang bayi terkena pancaran matahari secara langsung!

Namun, bagi anda yang tidak biasa menggunakannya, mungkin keliru nak beli nursing cover yang sesuai untuk anda.

Tips Pemilihan Nursing Cover

  1. Tentukan jenis apron. Terdapat tiga jenis apron menyusu di pasaran iaitu jenis apron, jenis poncho, dan jenis selendang. Setiap jenis pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang boleh anda pilih mengikut keperluan.
  2. Pilih bahan yang lembut pada kulit bayi. Penutup sesi penyusuan akan bersentuhan dengan kulit bayi. Jadi, pilihlah bahan yang lembut dan selamat untuk kulit bayi. Memilih jenis ‘Cotton’ digalakkan kerana selain lembut, material ini boleh menyerap peluh dan selesa digunakan terutamanya ketika cuaca panas.
  3. Pilih produk dengan reka bentuk mengikut citarasa. Tidak kurang pentingnya, pilihlah rekaan nursing cover yang menarik supaya anda sentiasa teruja ketika menyusu. Selain seronok memakainya ketika melancong, detik-detik menyusu pasti menjadi koleksi yang indah kerana menggunakan nursing cover yang berbeza-beza. Lebih-lebih lagi, sudah banyak apron menyusu dengan reka bentuk ringkas dan warna menarik dijual di luar sana.

8 Jenis Nursing Cover Yang Terbaik

Sudah banyak pilihan yang berada di pasaran, namun kami senaraikan 8 jenis nursing cover yang terbaik dan selesa digunakan.

Nursing Cover Terbaik
Itzy Ritzy Breastfeeding Cover
Terbaik lembut dan ringan
Beli di Shopee
LYCOTTE Cotton Breastfeeding
Terbaik untuk bayi baru lahir
Beli di Shopee
Nursing Cape Cuddle Me
Terbaik menyerupai blouse
Beli di Shopee
Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth
Terbaik untuk semua saiz
Beli di Shopee
Lunavie Nursing Cover
Terbaik elak perhatian orang ramai
Beli di Shopee
SummerGlitz Nursing Cover
Terbaik dengan butang pelarasan
Beli di Shopee
KIMA Nursing Cover 360
Terbaik dengan perlindungan 360
Beli di Shopee
Natural Moms Nursing Cover
Terbaik dengan pouch penyimpanan
Beli di Shopee

Itzy Ritzy Breastfeeding Cover

Nursing Cover Terbaik Lembut Dan Ringan

Jika anda tercari-cari nursing cover yang menggunakan fabrik ‘Cotton’, Mooimom Multi Use Nursing Scarf adalah pilihan yang tepat. Hanya gunakan apron ini pun sudah memudahkan ibu menggunakannya dengan pelbagai cara.

Apa yang kami suka?

  • Bahan elastik, lembut dan ringan (95% Kapas, 5% Spandeks)
  • Terdapat 10 pilihan warna yang menarik iaitu Black White Thick Stripes, Black White Fine Stripes, Gray Stripes, Pure Black, Light Blue, Pink, Love, Cross, Animals, Feathers.
  • Boleh dijadikan sarung stroller, alas tempat duduk bayi dan sebagainya.
  • Butiran Saiz : Saiz Bebas (Panjang 70cm x Lebar 67cm)

LYCOTTE Cotton Breastfeeding

Nursing Cover Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir

Apron Cover Nursing Baby ini adalah sejenis penutup penyusuan yang berkualiti tinggi kerana diperbuat daripada fabric Cotton CVC yang lembut dan cetakannya anti-luntur supaya selamat dan selesa untuk kulit bayi ketika penyusuan.

Apa yang kami suka?

  • Berkualiti tinggi
  • Mempunyai banyak pilihan motif yang menarik
  • Menggunakan fabrik Cotton anti-luntur
  • Menggunakan fabrik fiber yang fleksibel untuk melengkung pada bahagian atas. Bagus untuk pengudaraan dan mengawal aktiviti bayi semasa penyusuan
  • Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis carrier
  • Sesuai untuk bayi baru lahir

Nursing Cape Cuddle Me

Nursing Cover Terbaik Menyerupai Blouse

Tidak mahu memakai nursing cover yang begitu ketara? Anda boleh memakai Nursing Cape Cuddle Me kerana ia seakan-akan blouse biasa.

Nursing cover jenama ini diperbuat daripada fabrik spandex sutera yang selesa, sejuk, lembut, jatuh dan longgar. Ia direka bentuk supaya lebih selesa dan terasa sejuk pada hari panas. Mempunyai lilitan leher yang lebar dan dilengkapi dengan tulang untuk memudahkan ibu melihat anak ketika penyusuan berlaku.

Apa yang kami suka?

  • Fabrik – Spandex Sutera yang sejuk dan lembut
  • Menutupi bahagian depan dan belakang menjadikan ibu mudah bergerak
  • Mudah digunakan dan sangat selesa
  • Boleh digunakan untuk menyusu atau mengepam susu jika tiada tempat tertutup

Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth

Nursing Cover Terbaik Untuk Semua Saiz

Lagi satu nursing cover yang boleh dipakai adalah Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth. Ia mempunyai kancing yang boleh ditarik balik bagi memastikan penutup tetap di tempatnya semasa menyusu bayi.

Apa yang kami suka?

  • Mempunyai garis leher jenis Rigid supaya mudah untuk dilihat dari atas
  • Harga yang murah
  • Mempunyai saiz bebas untuk semua
  • Garis leher boleh dilaraskan
  • Diperbuat daripada 100% Cotton
  • Saiz: 65cm x 94cm

Lunavie Premium Nursing Cover

Nursing Cover Terbaik Elak Perhatian Orang Ramai

Diperbuat daripada 100 peratus kain Nylon, nursing cover Lunavie ini ringan dan bernafas. Kain berwarna gelap memastikan bayi selesa dan jauh dari cahaya terang semasa menyusu.

Reka bentuk klasik yang halus tidak akan menarik perhatian orang lalu lalang. Pelindung menyusu berkualiti premium untuk penyusuan tanpa tekanan. Ia akan memberi anda keyakinan untuk menyusu bayi anda di khalayak ramai atau apabila anda mempunyai pelawat di rumah!

Boleh digunakan sebagai sarung menyusu, selimut, dan pelindung matahari untuk melindungi kulit bayi, nursing cover ini bersaiz besar untuk liputan penuh. Cukup besar untuk memberikan privasi tetapi cukup kecil untuk dilipat ke dalam beg anda.

Bawa bersama anda ke mana sahaja anda pergi dan anda akan dapat menyusu bayi anda secara bijak dan mudah di kedai, kafe atau taman!

Apa yang kami suka ?

  • Kain yang berat, tidak mudah terselak jika ditiup angin ketika menyusu.
  • Kain yang selesa digunakan, bayi tidak rimas.
  • Kain berwarna gelap tanpa corak, sesuai untuk ibu yang tidak sukakan perhatian ketika menyusu.

SummerGlitz Nursing Cover

Nursing Cover Terbaik Dengan Butang Pelarasan

Menyusu di khalayak ramai tidak dapat dielakkan. Kebanyakan ibu menyusu memilih untuk menyusu dengan pelindung menyusu atau poncho bagi mengelak perasaan malu atau menutup aurat dengan sempurna bagi orang Islam.

Dengan menggunakan nursing cover, ibu akan berasa lebih yakin dan relaks semasa menyusukan bayinya malah nursing poncho juga boleh memberi kehangatan kepada bayi.

Di Summer Glitz, jenama ini telah membawa pelbagai jenis nursing cover atau poncho yang bukan sahaja kelihatan bergaya, tetapi direka untuk memberikan keselesaan dan perlindungan kepada ibu dan bayi!

Diperbuat daripada 100 peratus kain kapas yang menjamin keselesaan, kelembutan, mudah bernafas dan baik untuk kulit, nursing cover ini juga direka dengan saiz yang besar dan lebar bagi menutup keseluruhan anak yang menyusu.

Apa yang kami suka ?

  • Butang untuk melaraskan bukaan yang paling sesuai dengan anda.
  • Penggunaan pelbagai guna sebagai sarung menyusu, selendang, atau selimut bayi.
  • Rekaan kosong tanpa corak, tak menarik perhatian orang.

KIMA Nursing Cover 360

Nursing Cover Terbaik Dengan Perlindungan 360

Jauh betul nak pergi cari bilik menyusu. Nursing cover ada, tapi anak pulak jenis menyusu lasak. Kalau tak berdiri, menonggeng, atau menendang, habis semua benda nak diselaknya si kecil ni!

Ada lagi ke ibu yang susah hati macam ni? Jangan risau, Kima Nursing Cover boleh membantu selesaikan masalah anda dan bayi anda.

Menariknya, nursing cover Kima memberi perlindungan 360 yang menutupi keseluruhan badan semasa menyusu. Bayi bebas bergerak semasa menyusu malah ibu juga dapat melihat keadaan bayi.

Pengudaraan yang baik serta getah di bahagian leher memberi keselesaan dan tidak mencekik.

Rekaan pelindung menyusu seakan sehelai baju lain yang dipakai di luar pastinya memberi keyakinan kepada si ibu ketika menyusu tanpa risau orang sekeliling melihat anda menyusu.

Apa yang kami suka ?

  • Lengan berpoket bagi memudahkan untuk melakukan perkara lain semasa menyusu tanpa perlu risau kain terselak.
  • Nursing cover bercorak cantik tetapi tidak akan menggangu proses penyusuan anda kerana rekaan seakan baju longgar.

Natural Moms Nursing Cover

Nursing Cover Terbaik Dengan Pouch Penyimpanan

Natural Moms Breastfeeding Nursing Cover diperbuat daripada bahan berkualiti yang selesa dan bernafas supaya bayi sentiasa sejuk dan selesa.

Dengan reka bentuk separuh bulatan 3D pada kolar leher yang kaku dan mudah dibentuk, ia berfungsi sebagai lubang udara dan sentuhan mata antara ibu dan bayi semasa menyusu. 

Terdapat selendang segitiga yang berguna untuk mengelap bibir bayi selepas menyusu.  Dengan saiz 88cm x 68cm, ia membolehkan litupan yang luas dan selesa ketika menyusu dan tali leher boleh laras.

Apa yang kami suka ?

  • Mudah dilipat dan pouch diberikan percuma untuk memudahkan penyimpanan.
  • Rekaan yang cantik berwarna pastel.
  • Mempunyai tali di bahagian leher untuk pelarasan keselesaan ibu dan bayi.
  • Saiz yang besar cukup untuk memberi perlindungan sepenuhnya kepada ibu ketika menyusu.

Perbandingan Harga Nursing Cover Terbaik

Jenama  Harga
Itzy Ritzy Breastfeeding Cover RM118.00

LYCOTTE Cotton Breastfeeding

RM7.80
Nursing Cape Cuddle Me RM33.99
Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth RM14.90
Lunavie Premium Nursing Cover RM35.90
SummerGlitz Nursing Cover RM21.90
KIMA Nursing Cover 360 RM169.00
Natural Moms Nursing Cover  RM49.00

Cara/Posisi Menyusu Bayi Dengan Betul

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah-langkah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh membantu ibu;

  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik

1. Posisi

  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.

2. Pelekapan

  • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati – hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

3. Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda – tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.

4. Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Menyusukan anak adalah detik indah yang tidak ternilai kerana di saat inilah mengalirnya ikatan pertalian antara ibu dan anak. Jangan biarkan anda menganggap penyusuan adalah suatu perkara yang melecehkan kerana anda boleh memakai nursing cover yang menepati citarasa anda supaya anda berpuas hati!

Jadi selepas ini penyusuan di tempat awam tidak lagi menjadi masalah besar kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan bayi mereka dengan mudah dan selesa pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Semoga bermanfaat buat anda.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bath Tub Terbaik, Pilihan Selamat dan Praktikal Untuk New Parents

Baca juga: 5 Jenama Pam Susu Terbaik Untuk Ibu Menyusu- Mana Satu Yang Anda Pakai?

Baca Juga: 7 Beg Susu Terbaik di Pasaran, Berguna dan Stylo Buat Ibu Ayah Yang Sentiasa On-The-Go!

Penulis

Noorhidayah