X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Orang Ketiga Takkan Bahagia Atas Derita Orang Lain, Pesan Prof Muhaya

17 Apr, 2023
Orang Ketiga Takkan Bahagia Atas Derita Orang Lain, Pesan Prof Muhaya

Sejak belakangan ini banyak isu rumah tangga hancur kerana orang ketiga, ini nasihat 'makan dalam' Prof Muhaya buat perampas suami orang

Isu sondol-menyondol masih hangat diperkatakan di media sosial, istilah ‘penyondol’ sebenarnya ditujukan buat orang ketiga yang cuba menganggu rumah tangga. Tidak kiralah suami, isteri, adik-beradik, jiran, kawan atau kenalan di alam maya. 

Sikap sesetengah pasangan yang menjadikan media sosial sebagai laman untuk meluahkan perasaan sama ada berkongsi berita gembira, marah atau sedih, mengundang rasa simpati pengikutnya.

Malah, ada yang tidak segan silu menceritakan kebaikan suami yang membuatkan ramai cemburu dan sakit hati. Kalau boleh semua nak diceritakannya. 

Yang pasti, perkongsian yang terlalu rawak di media sosial sebenarnya secara tidak langsung menarik perhatian orang ketiga ‘take over’ dalam sekelip mata.

orang ketiga

Baru-baru ini, penceramah dan pakar mata terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad tampil meninggalkan pesanan ‘makan dalam’ buat mereka yang di luar sana, sama ada golongan selebriti atau orang awam, dikenali atau tidak dikenali yang mempunyai niat atau berhasrat untuk menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga.

Setiap apa yang awak buat, awak dapat balik

Menurut Prof Dr Muhaya melalui perkongsian di akaun Tiktok miliknya, jika orang ketiga merampas suami orang dengan menggunakan apa jua cara untuk mendapatkannya, lambat-laun perkara yang sama akan terjadi kepada diri sendiri. 

@profmuhaya

Semoga malam-malam terakhir Ramadan ini, kita memohon keampunan kepada Allah. Semoga bermanfaat ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Jelas Prof Dr Muhaya, “Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Maknanya, kita buat tak baik, kita akan dapat tak baik sebab kita ada niat tak baik”.

“Bila kita suka buat benda yang tidak baik maka kita tahu benda tak baik(musibah) akan datang”.

Selain itu, Prof Muhaya turut menyatakan setiap kali individu tersebut memilih untuk melukakan orang lain, maka diri sendiri juga akan terluka.

“Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka”.

Dan pesanan yang terakhir buat para penyondol, “kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain“. 

orang ketiga

Dalam pada itu, Prof Muhaya juga sempat berpesan kepada wanita di luar sana agar menjaga maruah diri dan tidak menjadi orang ketiga merampas suami orang dengan menggunakan kecantikan yang telah dianugerahkan.

Bukan semua orang mampu bertahan lama dalam hubungan. Ada sesetengah pasangan yang setia, tetapi pasangannya pula yang sering buat hal. Ada pula pasangan mencari seribu satu alasan untuk menduakan kerana terdorong sikap ingin ‘mencuba’ orang baru. 

Sebenarnya kejujuran dan keikhlasan adalah kunci kepada rumah tangga yang bahagia.  Jadi, bila anda dah dapat setia, jangan pula sia-siakannya kerana setia itu sangat mahal harganya. 

Tiktok: Prof Muhaya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berpada-Pada Kongsi Kebaikan Suami Di Media Sosial, Takut Ramai Cemburu & Sakit Hati

Baca juga: Tidak Sanggup Menyakitkan Hati Pasangan Punca Utama Berlakunya Curang Dalam Diam

Baca juga: Hancur Hati Isteri Dah Nak Bersalin, KANTOI Wanita Simpanan Suami Juga Bersalin Hospital Sama!

Stories Rakan Kongsi
5 Smart & Educational Gifts for Kids
5 Smart & Educational Gifts for Kids
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Orang Ketiga Takkan Bahagia Atas Derita Orang Lain, Pesan Prof Muhaya
Kongsikan:
  • Lelaki Ini Kehilangan Isteri Selepas 4 Hari Bersalin Gara-gara Syarikat Hanya Beri 2 Hari Cuti Suami Bersalin

    Lelaki Ini Kehilangan Isteri Selepas 4 Hari Bersalin Gara-gara Syarikat Hanya Beri 2 Hari Cuti Suami Bersalin

  • Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

    Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

  • Macam Ayah Mertua Dari Syurga! Wanita Dalam Pantang Ini Terima Layanan Hidangan Makanan Dari Mertuanya Macam Servis Di Hotel

    Macam Ayah Mertua Dari Syurga! Wanita Dalam Pantang Ini Terima Layanan Hidangan Makanan Dari Mertuanya Macam Servis Di Hotel

  • Lelaki Ini Kehilangan Isteri Selepas 4 Hari Bersalin Gara-gara Syarikat Hanya Beri 2 Hari Cuti Suami Bersalin

    Lelaki Ini Kehilangan Isteri Selepas 4 Hari Bersalin Gara-gara Syarikat Hanya Beri 2 Hari Cuti Suami Bersalin

  • Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

    Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

  • Macam Ayah Mertua Dari Syurga! Wanita Dalam Pantang Ini Terima Layanan Hidangan Makanan Dari Mertuanya Macam Servis Di Hotel

    Macam Ayah Mertua Dari Syurga! Wanita Dalam Pantang Ini Terima Layanan Hidangan Makanan Dari Mertuanya Macam Servis Di Hotel

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.