Berapa banyak susu anda perlu pam untuk anak betul-betul kenyang?

lead image

Anda tak tahu berapa banyak yang perlu anda pam? Setelah anda pam susu badan, berapa banyak yang anak akan minum? Baca untuk ketahui.

Jika seorang ibu tak boleh nak menyusukan anak (secara direct) walau atas apa sebab sekalipun, pam secara ekslusif adalah antara alternatif untuk pastikan anak mendapat khasiat dari susu ibu.

Tapi berapa banyak yang perlu anda pam untuk pastikan anak anda mendapat susu yang cukup mengikut umurnya? Adakah anda pam terlalu banyak atau terlalu sikit?

Artikel ini akan memberikan anda panduan tentang berapa banyak pam susu badan yang diperlukan mengikut umur. Tapi sebelum itu, jom kita kupas bab menyusu dahulu.

Boleh ke pam susu badan semasa hamil?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/pregancy symptoms.jpg Berapa banyak susu anda perlu pam untuk anak betul betul kenyang?

Semasa mengandung, anda tak perlu mengeluarkan susu badan untuk disimpan lebih-lebih lagi jika ini adalah kandungan yang pertama.

Ini kerana, manipulasi puting boleh menyebabkan kontraksi, dan akan buat anda bersalin awal atau menyebabkan kelahiran pra-matang.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis semasa mengandung atau sebab-sebab lain yang memerlukan anda mengeluarkan susu sebelum bersalin, minta nasihat doktor tentang bila anda perlu melakukan ini.

Pam susu badan: Berapa banyak anda perlu pam mengikut umur?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/shutterstock 102702692.jpg Berapa banyak susu anda perlu pam untuk anak betul betul kenyang?

Pam susu badan untuk #1 Bayi baru lahir

Semasa lima hari pertama selepas bersalin, (sebelum susu anda matang), anda perlu pam setiap jam selama 5 ke 10 minit pada kedua-dua payudara.

Ini kerana badan anda akan menghasilkan kolostrum, cecair tebal dan berwarna keemasan yang kaya dengan nutrisi dan antibody.

Walaupun kolostrum ini hanya beberapa mililiter saja, ia sangat sesuai dengan perut anak yang sebesar kacang dan protein istimewanya akan menolong melindungi anak dari banyak jangkitan biasa.

Perbandingan ini akan memberikan perspektif macam mama kecil perut anak dan berapa banyak susu yang boleh dia minum.

Hari 1 hidup – 5 to 7ml (saiz kacang atau ceri)

Hari 3 hidup – 20-27ml (saiz walnut)

Hari 7 hidup – 45 to 65ml (saiz aprikot)

Hari 30 hidup – 80 to 150ml (saiz telur)

Pam susu badan untuk #2 Bayi dua ke enam bulan

Apabila badan anda mula menghasilkan susu matang, anda dinasihatkan untuk pam susu badan setiap dua ke tiga jam untuk kedua-dua payudara dan tak lebih dari 30 minit satu payudara.

Memang susah untuk tahu berapa banyak susu yang badan anda akan hasilkan setiap sesi, setiap orang berbeza. Ibu dengan payudara besar tak semestinya menghasilkan susu lebih banyak dari ibu yang memiliki payudara kecil.

Bayi yang meyusu secara eksklusif mengambil purata 750 ml sehari untuk bayi berusia sebulan ke enam bulan.

Sila guna nombor ini untuk mengagak purata susu yang perlu dikeluarkan untuk anak:

  • Kira berapa kali bayi menyusu sehari (24 jam)
  • Bahagi 25 oz dengan nombor menyusu
  • Ini akan beri anda anggaran tentang berapa yang perlu anda pam setiap penyusuan

Jika anak anda menyusu 8 kali sehari, anak anda mungkin perlukan 3 auns susu sehari. (25/8=3.1).

Pam susu badan untuk #3 Enam ke 12 bulan

Apabila anak mula makan makanan pejal, anda boleh kurangkan jumlah susu. Anda kini boleh pam susu selama 3-4 jam sehari.

Apabila anak usia setahun, mereka perlu makan 5 hidangan sihat sehari dan tiga kali susu. Anda perlu mengeluarkan susu dua ke tiga kali sehari bergantung pada jumlah susu yang anak ambil dan bagaimana penerimaan mereka terhadap makanan.

Semua ibu digalakkan untuk teruskan menyusu sehingga anak berusia 2 tahun.

Tip untuk menambah susu badan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/dreamstime xs 32299473.jpg Berapa banyak susu anda perlu pam untuk anak betul betul kenyang?

  • Jangan diet. Makan dengan berkhasiar dan lebihkan sedikit karbohidrat.
  • Pastikan anda minum air dengan cukup dan sediakan air berdekatan anda semasa pam susu.
  • Pastikan anda relaks semasa mengeluarkan susu dan jangan buat ia macam satu kerja yang susah. Ini akan buat anda hasilkan sebanyak susu yang boleh.
  • Teruskan pam susu walaupun pada waktu malam.

Apa faktor yang mempengaruhi jumlah susu badan?

Biasanya berapa banyak susu yang anda keluarkan adalah bergantung pada permintaan. Lebih banyak anak menyusu lebih banyak susu yang akan anda keluarkan. Jika permintaan rendah, susu juga akan kurang.

Ini adalah beberapa kesan negatif yang akan mempengaruhi penyusuan anda:

  • Stres dan keresahan
  • Emosi tak stabil atau mempunyai kesihatan mental
  • Diet dan dehidrasi
  • Lambat mengepam
  • Memakai baju yang ketat atau bra selalu

Jangan paksa anak untuk menyusu. Lihat tanda anak lapar, anda akan faham corak pengusuan anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Tolong! Kenapa susu badan saya ada darah? Boleh saya bagi pada anak tak?