"Jangan Mandikan Anak Kalau Dia Tengah Berpeluh,Nanti Naik Panau!" Betulke?

Sering kita lihat ada kanak-kanak yang kulitnya ada tompok putih. Itulah yang dinamakan panau. Adakah sebab dimandikan ketika berpeluh?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasa kita dengar mengenai perkara ini. Yang mana badan akan naik panau jika masa berpeluh kita mandi. Sama juga kes dengan anak, memang orang tua-tua tak benarkan mandikan anak yang sedang berpeluh kerana akan naik panau.

Jadi adakah benar dakwaan ini? Atau ia hanya mitos semata-mata. Kali ini kami kongsikan jawapan doktor mengenai perkara ini. 

Naik panau kalau mandikan anak ketika dia sedang berpeluh?

Menurut Dr Kamarul Arifin Nor Sadan, ia hanyalah mitos. Sebenarnya, kalau lepas anak bersukan atau beriadah dan badan masih berpeluh-peluh boleh mandi. 

Katanya, mandi dalam keadaan berpeluh tidak akan menyebabkan panau. Katanya, panau boleh berjangkit tetapi ia tidak mudah kecuali jika sistem imun kita rendah dan tidak jaga kebersihan. Panau adalah penyakit akibat jangkitan kulat bernama Malassezia. 

Tompok putih ini memakan masa berbulan-bulan, atau bertahun untuk hilang. Kita perlu bersabar untuk menunggu pigmen kulit tumbuh semula sehingga warna kulit menjadi sekata.

Oleh itu, walaupun panau ni boleh sembuh, lebih baik kita elakkan mendapatnya. Jaga kebersihan kulit, ambil makanan bernutrisi, aktif bersenam, agar imun kita sentiasa dalam keadaan baik.

Bagaimana nak kenal panau pada anak?

Senang saja nak kenal panau:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tompok putih/merah jambu
  • Permukaan berdebu/kilat
  • Bulat atau bujur bercantum
  • Gatal di kawasan berkenaan

Faktor penyebab panau

Kredit: shutterstock

Antara faktor penyebab panau termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Cuaca panas dan lembab
  • Peluh yang berlebihan
  • Kulit yang berminyak
  • Imun yang lemah

Rawatan untuk panau

  • Sapuan ubat selenium / propylene glycol
  • Sapuan ubat anti-kulat (econazole)
  • Ubat makan (oral) untuk kegatalan
  • Ubat makan (oral) anti-kulat

Rawatan ini dilakukan selama sebulan, bertujuan mengurangkan kegatalan dan membunuh kulat Malassezia. Namun begitu, setelah kulat mati, tompok putih akan masih ada pada kulit.

Tips menjaga kesihatan kulit anak

Dalam membesarkan anak, banyak perkara perlu diambil perhatian. Ia termasuklah penjagaan kulit mereka sejak daripada bayi hingga meningkat kepada usia seterusnya.

Antara perkara yang perlu dilakukan dalam menjaga kesihatan kulit anak termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Lindungi kulit anak dari matahari

Bayi baru lahir sehingga 6 bulan tidak digalakkan untuk memakai losyen pelindung matahari. Namun, tidak salah untuk anda membawa bayi kecil anda mengambil udara segar di luar, terutamanya pada waktu pagi kerana vitamin D sangat baik untuk mengekalkan kulit yang sihat. 

Pastikan bayi anda tidak terkena pancaran matahari secara langsung. Buka sun shade pada stroller, pakaikan topi pada bayi anda, litupi bahagian badan bayi yang terdedah kepada cahaya matahari dengan kain nipis dan pasangkan skrin pelindung matahari pada tingkap kereta anda.

#2. Basuh baju dan barangan fabrik yang baru dibeli

Ini penting! Anda perlu membasuh dahulu baju-baju, stokin, selimut dan apa saja barangan fabrik yang baru dibeli dengan sabun pencuci pakaian yang mesra kanak-kanak untuk membunuh bakteria dan apa-apa kesan bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit mereka. 

#3. Kerap sapukan losyen pada kulit anak losyen bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr. Neumann, pakar pediatrik dari Forest Hills Pediatric Associates, losyen pelembap tidak menambah kelembapan pada kulit, tetapi membantu menghalang lembapan yang sudah sedia ada di dalam kulit daripada tersejat keluar.

Jadi bolehlah sapu losyen bayi pada kulit anak anda selepas mandi dan bila-bila perlu. Sapukan losyen ketika kulit bayi masih lembap untuk lebih efektif!

#4. Pilih produk penjagaan kulit yang lembut & melindungi kulit

Dalam soal pemilihan produk penjagaan kulit, anda haruslah memilih.  Produk yang diformulasi dengan bahan-bahan yang semula jadi, organik dan terbukti secara saintifik selamat untuk kulit kanak-kanak adalah pilihan yang terbaik.

Ini bermakna produk tersebut cukup lembut untuk digunakan setiap hari dan memberikan keselesaan pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Mengapa Warna Kulit Manusia Berbeza? Bila Anak Tidak Sama Warna Kulit dengan Mak Ayah

Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elakkan Kerap Mandikan Anak Menggunakan Sabun

Baca juga: Senarai Susu Untuk Anak Ekzema, No #3 Paling Sesuai, Boleh Guna Cegah Alahan Anak

Penulis

Lala Annuar