Cara Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Kaum Melayu, India & Cina

undefined

Pantang selepas bersalin adakalanya berbeza mengikut kaum. Tidak kisah yang mana mahu diikuti, yang penting ibu tidak tertekan dan gembira.

Ada pelbagai pantang selepas bersalin yang perlu kita ikuti mengikut kepercayaan kaum masing-masing, seperti di Malaysia kita ada kaum Melayu, Cina dan India.

Dengan hidup berbilang kaum ini  tentunya ada pantang selepas bersalin tertentu yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat kita.

Jadi kali ini, kami di theAsianparent akan membawakan kepada anda panduan lengkap tentang pantang selepas bersalin mengikut tiga kaum di Malaysia.

Pantang selepas bersalin kaum Melayu 

Ada banyak pantang dari kaum Melayu yang kami bawakan buat anda. Antaranya seperti:

  • Rawatan mandian haba boleh memanaskan dan melegakan kesakitan, selain meningkatkan peredaran darah
  • Pakai bengkung untuk memulihkan otot abdomen yang lemah, buncit dan gelebeh. 
  • Pantang selepas bersalin juga terdapat 3 mandian selepas bersalin yang wajib dibuat.
  • Rawatan pantang selepas bersalin juga mampu merawat ibu-ibu yang mengalami penyakit seksual atau yang berkaitan dengan rahim. 
  • Membasuh faraj dengan air rebusan herba dapat menghilangkan bau dan mengetatkan otot faraj. 
  • Bertungku untuk pecahkan lemak, kecutkan rahim dan kembalikan bentuk badan. 
  • Urut selepas bersalin bagi menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan rahim dari kendur. Perlu dilakukan sekurangnya 6 ke 7 kali semasa berpantang. 
  • Ibu tak dibenarkan minum air dengan banyak bimbang perut bertambah buncit. 
  • Dilarang minum ais kerana dipercayai kendurkan otot dan perut gelebeh. 
  • Ambil makanan dalam kuantiti kecil tapi kerap. 
  • Elakkan ambil makanan berminyak dan berlemak. 
  • Pantang selepas bersalin juga ibu tak boleh terlanggar atau tersepak sesuatu. Bimbang tumpah darah atau bentan
  • Memastikan tubuh sentiasa panas setiap masa. 
  • Wajib pakai stokin dan pakaian tebal. 

Pantang ikut adat tradisional kaum India 

pantang selepas bersalin, cara berpantang sendiri, cara berpantang 44 hari, org bersalin, pantang bersalin berapa hari

Jangan tak tahu, pantang selepas bersalin cara India pun best tau. Anda boleh la cuba nanti bila selamat melahirkan. Jom tengok, apa pantang kaum India ini.

  • Kaedah urutan atau maalish serta herba balutan bertujuan untuk ibu dapatkan kembali bentuk badan yang asal. 
  • Pengurut mengurut ibu dan bayi setiap hari dengan minyak sapi bagi amalan India Utara dan minyak mustard untuk keluarga yang berasal dari India Timur. Manakala minyak kelapa banyak digunakan dari mereka yang berasal dari Selatan India.
  • Memakai bengkung.
  • Menggunakan minyak zaitun untuk bantu pulihkan tona dan tekstur kulit bayi. 
  • Mandikan bayi dalam air nasi (kanji) untuk kuatkan tulang bayi. 
  • Kaum India percaya, amalan makan sayuran hijau, daging yu, bawang putih, kacang dal dan biji halba bantu banyakkan susu ibu. 
  • ‘Omam’ iaitu sejenis rempah disapu di seluruh badan bagi bersihkan dan lembutkan kulit. 

Pantang ikut adat tradisional kaum Cina 

Prinsip utama pantang selepas bersalin tradisional Cina adalah bertujuan menghalang badan masuk angin. 

  • Ibu selepas bersalin tidak dibenarkan mandi atau mencuci rambut sepanjang waktu berpantang sekurangnya 30 hari kerana mereka percaya, tubuh wanita akan lemah dan mudah kena penyakit selepas bersalin. 
  • Makanan yang digalakkan selama pantang selepas bersalin ini seperti halia tua, minyak bijan, lada hitam, wain dan cuka hitam. 
  • Bahan makanan juga perlu berasaskan organik, segar dan semulajadi.
  • Herba cina seperti ginseng dan ‘dong quai’ merupakan herba penting untuk bantu badan pulih semula. 
  • Bagi elak tubuh masuk angin, ibu tidak dibenarkan keluar rumah, tidur bawah kipas mahupun aircond
  • Ibu akan dibalut dengan lapisan pakaian tebal dan sarung kaki untuk elak angin masuk ke tubuh. 
  • Ibu dilarang buat kerja rumah. 
  • Dilarang membaca, menonton TV atau menangis . Bimbang penglihatan akan ada masalah. 
  • Hubungan seks dengan suami juga dilarang selama 100 hari. 

Apa ibu perlu buat jika mengalami tekanan semasa berpantang?

pantang selepas bersalin, cara berpantang sendiri, cara berpantang 44 hari, org bersalin, pantang bersalin berapa hari

Letih dan tidak cukup tidur antara punca ibu mengalami tekanan semasa berpantang. Jika masalah ini dibiarkan berterusan ibu berisiko mengalami meroyan atau post-partum depression yang merupakan masalah mental yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin.

Wanita yang mengalami tekanan biasanya akan lebih mendiamkan diri, mudah menangis, termenung dan kadangkali bercakap seorang diri.

Berikut merupakan tips atasi tekanan semasa berpantang:

  1. Anda perlu jumpa doktor dan terangkan masalah dialami
  2. Ubat anti depressant iaitu ubat yang membantu mengimbangkan kimia otak yang merangsang emosi
  3. Terapi psikologi melalui perkongsian perasaan dan beban yang dirasai
  4. Merapatkan diri dengan Tuhan
  5. Kurangkan rasa mementingkan kesempurnaan
  6. Dapatkan pembantu rumah untuk membantu kerja-kerja rumah
  7. Bergaul dengan ibu-ibu yang lain dan berjumpa teman yang dipercayai

Adakah wajib mengikut semua pantang zaman dahulu?

pantang selepas bersalin, cara berpantang sendiri, cara berpantang 44 hari, org bersalin, pantang bersalin berapa hari

Amalan berpantang secara tradisional masih lagi diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Walaubagaimana pun, pantang bersalin telah digabungkan dengan amalan tradisional dan moden menjadikan ia lebih sesuai diamalkan untuk generasi hari ini.

Amalan berpantang masih releven diamalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Ini bergantung kepada individu untuk mengamalkannya atau tidak kerana setiap orang mempunyai kepercayaan tersendiri.

Jika dahulu, orang tua-tua melarang ibu berpantang minum air, namum hakikatnya air amat penting untuk mengelakkan ibu sembelit dan berfungsi memperbanyakkan susu.

Ibu berpantang perlu minum sehingga 2.5 ke 3 liter air setiap hari. Minum secara sedikit tetapi dengan kerap.

Bila perlu risau?

Ibu alami kemurungan antara perkara yang paling sering berlaku kepada wanita lepas bersalin. Keadaan ini harus dipandang serius kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif sepanjang hayat ibu dan keluarga. 

Berdasarkan artikel yang dipetik daripada Harian Metro, menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr Suriati Akmal Mahari, perspektif perubatan melihat jenis meroyan ini berlaku pada tiga tahap dan berbeza mengikut gejala serta seriusnya masalah itu.

Meroyan diterangkan dalam tiga keadaan si ibu yang terganggu akibat tekanan dengan tanggungjawab baru iaitu menjaga bayi mereka. Ibu berasa tertekan, gelisah dan ada ketika mereka berasa sayu sehingga menitiskan air mata kerana tidak yakin dapat menjaga bayi dengan baik.

Ini antara gejala normal dan biasanya bermula dalam tempoh lima hingga 14 hari bergantung kepada keadaan ibu mengurus diri dan anak mereka.

Sekiranya berlarutan sebulan dan mencapai sehingga enam bulan, ia menandakan si ibu mengalami fasa atau tahap kedua yang dinamakan postpartum depression atau kemurungan postpartum.

Boleh lihat mereka tidak boleh tidur malam, hilang selera makan dan badan susut mendadak kerana mereka berfikiran tidak dapat menjadi ibu yang baik. 

Kemuncak kepada meroyan iaitu ibu mula hilang kawalan pada diri menyebabkan insiden tragis hingga tidak sedar kelar atau menghumban bayi mereka.

Ia merujuk sebagai psikosis postpartum yang mana ada elemen gangguan mental atau psikologi lebih serius hadir hanya disedari selepas ibu bersalin.

Antara perkara lain yang perlu risau dan perlu perhatian doktor yang berlaku kepada ibu lepas bersalin termasuklah:

  • Pendarahan yang terlalu banyak melebihi satu atau dua pad dalam tempoh singkat
  • Faraj berbau busuk
  • Ibu hamil alami pening kepala teruk, muntah-muntah atau pitam

Berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

  1. hmetro (Januari 1, 2021) Meroyan selepas bersalin. www.hmetro.com.my/WM/2021/01/658945/meroyan-selepas-bersalin

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Berpantang Sendiri Ketika PKP, Ini Panduan Mengurus Diri & Bayi Dengan Betul!

Baca juga:Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan Yang Selamat Diambil, Bantu Sembuhkan Luka Bersalin

Baca juga:Idea Makanan Berpantang Selepas Bersalin Sedap & Mudah, Buat Ibu Tidak Jemu Makan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!