7 pantang selepas keguguran, JANGAN pandang ringan risiko yang boleh jadi!

lead image

Walaupun keguguran, namun anda wajib berpantang seperti mana wanita selepas bersalin. Bahkan, ia tidak boleh dipandang ringan jika ingin kesihatan tubuh kembali pulih seperti sedia kala!

Ramai wanita yang tidak ambil serius tentang pantang selepas keguguran. Walhal, berpantang itu sama penting dengan ibu yang selamat melahirkan bayi. 

Kenapa pantang selepas keguguran ini penting? Sebabnya, jika anda tidak berpantang, ia boleh menyebabkan angin yang berpunca dari keracunan darah.

Disebabkan itu, wanita cenderung terdedah dengan pelbagai jenis penyakit dan mengalami keadaan seperti lenguh di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas keguguran

7 pantang selepas keguguran yang wajib anda ambil tahu 

Berikut merupakan cara merawat badan selepas mengalami keguguran supaya tubuh tetap sihat seperti selalu. 

#1. Pantang selepas keguguran: Tempoh berpantang 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/vemale.com .jpg 7 pantang selepas keguguran, JANGAN pandang ringan risiko yang boleh jadi!

Kredit: Vemale.com

Menurut petua orang dahulu, pantang lebih lama lebih bagus. Sebab itu, pantang selepas keguguran adalah sama seperti orang bersalin iaitu selama 44 hari.

Namun, kita sedia maklum wanita sekarang semuanya berkerjaya dan mustahil untuk berpantang lama-lama. 

Maka, sebolehnya, berpantanglah selama dua minggu selepas keguguran seperti tempoh cuti sakit yang dikeluarkan pihak hospital. 

#2. Pantang selepas keguguran: Jaga pengambilan makanan 

Biasanya, doktor tidak melarang sebarang jenis makanan. Tetapi ibu perlu mengambil makanan yang berkhasiat, seimbang, kurangkan makanan manis, elakkan yang berminyak dan berlemak. 

Sebaiknya, ambil banyak minuman air suam dan makanan seimbang seperti ikan, sayuran hijau, buah kurma, kismis, susu panas, sup  dan lain-lain. 

Elakkan juga makanan laut yang berbisa seperti mana pantang larang ibu selepas bersalin. 

#3. Pantang selepas keguguran: Aktiviti seharian 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/web 8 feb.jpg 7 pantang selepas keguguran, JANGAN pandang ringan risiko yang boleh jadi!

Jika sudah rasa kuat, anda boleh kembali bekerja selepas dua minggu.

Tapi sekiranya anda mengalami demam teruk, pendarahan yang terlalu banyak atau lelehan faraj berbau, segera dapatkan nasihat doktor. 

Hadkan pergerakan yang terlalu aktif dalam tempoh yang agak panjang selepas keguguran. Jangan lupa, sentiasa pakai stokin dan baju lengan panjang setiap masa!

#4. Pantang selepas keguguran: Elak melakukan hubungan seks 

Bagi wanita yang mengalami keguguran, sebaiknya anda elakkan melakukan hubungan seks  selama sebulan atau sekurang-kurangnya 14 hari selepas gugur. 

Ia bertujuan supaya rahim dalam keadaan yang lebih bersedia dan sihat sepenuhnya. 

#5. Pantang selepas keguguran: Penjagaan rahim 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/10/Kemana Perginya Janin yang Keguguran 1.jpg 7 pantang selepas keguguran, JANGAN pandang ringan risiko yang boleh jadi!

Kebiasaannya, jika anda keguguran di awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan keluar sepenuhnya secara semula jadi. 

Namun, jika ia sudah melebihi 10 minggu, kemungkinan ia tidak lengkap dan rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation and Curettage). 

Jika tidak dibersihkan, toksin boleh meresap ke dalam sistem tubuh lalu menyebabkan jangkitan dan demam panas. 

Selain itu, ibu tersebut juga boleh berurut, bertungku atau mandi herba supaya dapat melancarkan perdedaran darah, melegakan kesakitan dan keselesaan tubuh. 

#6. Cuba mengandung semula 

Menurut Islam, wanita tidak boleh bersetubuh sekiranya mengalami pendarahan. Jadi, suami harus memahami keadaan isteri pada ketika ini dan menjaga emosinya dengan sehabis baik.

Jangan terlalu memaksa isteri untuk mengandung semula. Biarkan tubuh badannya benar-benar bersedia untuk hamil lagi. 

Jika kerap mengalami keguguran, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor tentang tempoh yang sesuai untuk kehamilan seterusnya. 

#7. Buat checkup dengan doktor 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/10/7ca205 f3b56690004b495aa31f0fc9c5c99d0f mv2 d 2108 1400 s 2.jpg 7 pantang selepas keguguran, JANGAN pandang ringan risiko yang boleh jadi!

Biasanya, selepas wanita mengalami keguguran, mereka perlu patuhi temu janji bersama doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut. 

Selain itu, pastikan diri mendapatkan rehat secukupnya dan tidak terlalu memikirkan kehilangan bayi anda. Jangan biarkan diri dibendung rasa bersalah dek kerana keguguran itu. 

Banyakkan berdoa dan solat hajat untuk membina kekuatan selepas mengalami keguguran. 

Mudah-mudahan rezeki menimang cahaya mata akan muncul untuk anda dan suami suatu hari nanti. Insyaallah. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau, PAMA

Baca juga:

Tak usah percaya 5 mitos keguguran ini, ia hanya akan buat anda lebih stress!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!