TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

17 Cara Berpantang Terbaik Selepas Bersalin Dikongsikan Doktor

4 min bacaan
17 Cara Berpantang Terbaik Selepas Bersalin Dikongsikan Doktor

Mungkin ramai ibu baharu yang keliru cara berpantang selepas bersalin. Terlalu banyak maklumat dan info yang dikongsikan di media sosial.

Mungkin ramai ibu baharu yang keliru cara berpantang selepas bersalin. Terlalu banyak maklumat dan info yang dikongsikan di media sosial hingga tidak tahu mahu ikut yang mana satu.

Jangan pening-pening ya ibu. Mungkin cara yang terbaik adalah merujuk kepada perkongsian doktor pakar yang pastinya lebih tahu apa yang anda perlu dan tidak. 

Lain orang lain reaksi dan penerimaannya terhadap cara berpantang selepas bersalin, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu mahu ibu sihat seperti sediakala.

Cara berpantang selepas bersalin yang dikongsikan doktor

Ada pelbagai cara berpantang selepas bersalin yang dikongsikan di internet atau laman media sosial. Keliru yang mana satu anda patut ikut?

Jom baca perkongsian daripada Dr Imelda Balchin yang pastinya sangat arif tentang keperluan ibu berpantang dan bagaimana untuk kembali sihat seperti sebelum mengandung dan bersalin.

#1. Pantang merokok

Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua ahli keluarga serumah berhenti merokok.

#2. Pantang minum alkohol

Pantang minum alkohol terutama sebelum ibu menyusukan bayi.

#3. Pantang makan makanan yang ada alahan

Pantang makan makanan yang ibu memang ada alahan atau allergy. Kalau tak ada food allergy, tak payah pantang makanan yang berkhasiat.

#4. Pantang makan ikan besar laut dalam 

petua berpantang

credit to sources

Pantang makan ikan besar laut dalam yang tinggi kandungan pencemaran mercury seperti ikan jerung, ikan cod, swordfish, tuna, marlin, king mackerel.

Pilihlah ikan laut kecil-kecil yang kaya minyak ikan omega 3 dan lebih selamat dari pencemaran mercury, seperti ikan selayang, kembung, mabong, pelaling, bilis, sotong, udang atau ikan ternak seperti salmon.

#5. Pantang hadkan ibu minum air

Boleh minum 2 atau 3 liter sehari, tidak kira air sejuk ke, air suam ke, air panas ke atau air berais. Ikut suka ibu lah suhu minuman yang ibu suka.

#6. Pantang makan berlebihan

Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum terlalu banyak gula, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup.

#7. Pantang makan ubat kurus

Pantang makan ubat kurus atau mengurangkan kalori keperluan ibu yang menyusukan bayi.

#8. Pantang membuat hubungan kelamin

Pantang buat hubungan kelamin sehingga darah nifas kering. Pantang menggunakan tampon, Pantang meruang atau meletak apa-apa produk dalam vagina.

#9. Pantang bersolat dan berpuasa

Untuk wanita Islam, pantang bersolat dan berpuasa sehingga darah nifas kering.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

#10. Pantang angkat benda berat

Pantang angkat berat-berat melainkan mengangkat bayi anda sendiri.

#11. Pantang memandu kereta

Pantang memandu kereta sehingga ibu boleh tekan brek kecemasan dengan serta-merta tanpa rasa sakit. Zaman dulu kereta bukan automatik, kena guna kedua-dua kaki untuk tekan brek & clutch dengan pantas jika ada kecemasan. Kalau tak boleh buat, jangan memandu.

#12. Pantang sentuh luka jahitan

cara berpantang selepas bersalin

Pantang menyentuh luka jahitan tanpa membasuh tangan dan tanpa menjaga kebersihan tangan. Tak payah pantang makan untuk tujuan menjaga luka. Boleh makan semua jenis makanan yang berkhasiat.

#13. Pantang tidak menjaga kebersihan diri

Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Pantang tak mandi. Kebersihan diri itu penting untuk kesihatan.

#14. Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka

Cara berpantang selepas bersalin

Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Tak kisah lah ibu nak pakai seluar atau kain. Berikan ibu layanan sebagai orang yang dewasa, kebebasan untuk memilih.

#15. Pantang merawat diri sendiri jika ada komplikasi bersalin

Seperti pendarahan banyak, rasa nak pitam, muntah-muntah atau sakit kepala, demam, sakit perut, lendir dari vagina yang berbau, masalah pernafasan, kaki menjadi bengkak merah atau sakit, masalah kemurungan.

Sila berjumpa dengan doktor di klinik. Tak payah tanya di media sosial dan tak payah dok kacau PM doktor di media sosial. Doktor tunggu anda dan berkhidmat kepada anda di klinik, bukan di media sosial.

#16. Pantang tidak berjalan

Pantang tidak berjalan dan baring saja sebab ini mengurangkan pengaliran darah di saluran darah dalam kaki.

#17. Pantang ramai-ramai orang datang mengunjung

Siapa nak datang tunggu lah selepas masa berpantang. Ibu perlukan masa untuk menyusukan bayi dan masa untuk berehat, bukan melayan tetamu. Jangan lupa sosial distancing.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Bahaya Pakai Stoking Ketika Berpantang?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 17 Cara Berpantang Terbaik Selepas Bersalin Dikongsikan Doktor
Kongsikan:
  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham