Impian untuk hidup bahagia bukanlah suatu perkara yang sukar dicapai. Malahan, setiap pasangan suami isteri boleh bahagia dengan melaksanakan perkara mudah dalam kehidupan mereka setiap hari.
Walaupun terdengar klise ataupun remeh, boleh jadi tidak semua pasangan mewujudkan bentuk ‘komunikasi yang baik sebagai kunci’ dengan benar. Saya sendiri sudah melihat bagaimana pasangan-pasangan yang berhasil dan tidak (termasuk ibu bapa saya sendiri) berkomunikasi di kehidupan mereka.
Rahsia suami isteri hidup bahagia, kunci utamanya bermula dari komunikasi
Sejauh yang saya amati, pasangan bahagia adalah mereka yang mampu menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi dan saling terbuka terhadap satu sama lain.
Mereka tidak memendam perasaan ataupun emosi dan menjadikannya bom waktu dalam hubungan. Sebagai pasangan, mereka saling bekerjasama menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mendapatkan solusi terbaik.
Perihal komunikasi sebagai kunci hubungan yang bahagia juga dibuktikan melalui sebuah artikel terkini dari Pop Sugar. Macy Williams, yang melakukan soal jawab kepada beberapa pasangan tentang bagaimana mereka menjaga rumah tangga masing-masing.
Dari jawapan yang beragam, luar biasanya, ada satu kesamaan yang dilakukan pasangan-pasangan tersebut iaitu mereka saling berkomunikasi dan mendengar antara satu sama lain.
Bagi sesetengah suami isteri, ia dianggap perkara yang mudah dalam menjaga hubungan. Namun tidak semua mampu melakukannya kerana kekangan waktu, masa banyak dihabiskan dengan telefon pintar dan sikap mementingkan diri sendiri.
Berikut tiga langkah yang harus dilakukan untuk membentuk sebuah komunikasi yang baik dalam rumah tangga:
#1. Luahkan perasaan dan perkara yang diinginkan
Memendam perasaan atau menunjukkannya dengan isyarat yang tidak begitu jelas; buat bodoh, berikan silent treatment, marah-marah, dengan harapan pasangan mengerti apa yang anda rasakan hanya akan membuat anda dan dia kekal berada dalam konflik.
Komunikasi yang baik hanya dapat diwujudkan ketika suami mengetahui dan memahami masalah yang dihadapi oleh isterinya. Ketika ingin meluahkan perasaan, disarankan agar menyampaikannya tenang.
Dengan membicarakan dengan jelas masalah kepada pasangan, lebih mudah untuk dia memahami tindakan yang perlu dilakukan. Hal ini secara tidak langsung mampu membuatkan anda dan pasangan juga dapat mempelajari perkara baru tentang satu sama lain.
#2. Tips suami isteri hidup bahagia- Bersikap jujur dan terbuka
Berbohong adalah ‘penyakit yang mampu mematikan’ sesebuah hubungan, begitu juga dengan sikap tidak terbuka.
“Terbukalah tentang segala hal, bukan hanya tentang hubungan anda sahaja. Ceritakan tentang hari-hari buruk yang anda dihadapi di pejabat ataupun tentang teman yang menyakiti perasaan. Semakin banyak kisah yang anda ceritakan, ia semakin mendekatkan hubungan bersama pasangan,” jelas Saran Williams.
Dalam kehidupan berumahtangga, pasangan adalah teman hidup yang paling rapat serta sentiasa menemani anda ketika waktu jatuh dan bangun. Justeru, amalkan sikap terbuka untuk jujur mengenai segala hal bagi membangunkan kepercayaan dalam sebuah hubungan.
#3. Rahsia rumah tangga bahagia adalah menjadi pendengar yang baik
“Jadilah seorang pendengar yang baik dan pastikan anda juga dapat meluangkan sedikit masa untuk memahami apa yang hendak disampaikan olehnya. Tidak ada satupun diantara kita yang sempurna, sekiranya ada masalah rumah tangga, berusahalah untuk membuat perubahan bagi memperbaiki hubungan.” kata Saran Williams.
Ketika pasangan berbicara, apapun mood yang anda rasakan saat itu, usahakan untuk mendengar dan memahaminya. Tunjukkan kepadanya bahawa anda menghargai sikap keterbukaan dan apa yang dia ingin katakan.
Kebanyakan isteri yang bergelar ibu dan suri rumah pastinya akan melalui banyak perkara yang mencabar dalam hidupnya setiap hari. Sebagai suami, jadilah pendengar setia agar mereka dapat mengurangkan rasa tertekan ketika melayan karenah anak-anak di rumah.
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Berhenti Melihat Kekurangan Pasangan, Rahsia Untuk Bahagia Ada Pada Diri Sendiri!
Baca juga: Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri
Baca juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha