Tidak dinafikan, buah kurma adalah sajian yang paling digemari oleh seluruh masyarakat di dunia. Jika ingin menikmati susu kurma, satu botol sahaja sudah mencecah hampir RM10, namun tahukah bahawa anda boleh cuba menyediakannya sendiri pati kurma di rumah?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Resepi pati kurma homemade yang mudah dan sedap
- Fakta tentang kurma yang ramai tidak tahu
- Jenis-jenis kurma yang terbaik untuk ibu mengandung
Selain membekalkan tenaga untuk tubuh sepanjang menjalani ibadah puasa, ia turut mempunyai banyak khasiat lain termasuklah membantu menguruskan badan.
Resepi pati kurma homemade yang mudah dan sedap
Langkah penyediaan pati kurma ini sangat senang, jimat masa dan duit. Bila mahu menikmati, hanya perlu mencampurkan sahaja susu segar dengan pati yang sudah siap dibuat.
Cara-caranya:
#1. Buang biji dan basuh buah kurma
#2. Kukus selama 20 minit
#3. Kisar buah kurma sehingga hancur dengan meletakkan sedikit air.
#4. Masukkan dalam bekas dan letakkannya di dalam peti sejuk.
#5. Campurkan dua sudu atau seberapa banyak sudu pati kurma yang anda mahu ke dalam susu segar. Boleh juga masukkan madu, kismis dan lain-lain. Selamat mencuba!
Fakta tentang kurma yang ramai tidak tahu
Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya. Kandungan gula semula jadi (fructose, glucose, sucrose) yang tinggi dalamnya mampu membekalkan tenaga segera apabila letih bersenam.
Bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.
Hal ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.
Selain itu, kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang gejala strok dan serangan jantung. Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia.
Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga dengan buah kurma. Ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.
Untuk kesihatan seksual pula, ia mampu merangsang kadar estradiol dan flavonoid bagi penghasilan jumlah dan kualiti sperma lelaki. Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.
- Dalam ilmu Botani, kurma adalah tumbuhan berbiji yang termasuk dalam tanaman palm dan nama saintifiknya adalah Phoenix Dactylifera.
- Ia berasal dari daratan di pinggiran sungai Nil dan Eufrat dari peradaban Mesir dan Msopotamia kuno atau wilayah yang sekrang bernama Irak.
- Nama date (kurma) berasal dari bahasa Yunani ”Daktylos” yang bermaksud jari.
- Bangsa Mesopotamia kuno menganggap kurma sebagai aprodisiak (perangsang seks). Ia juga adalah simbol kepada dewa-dewa.
- Kurma menjadi makanan di Timur Tengah dan Lembah Sungai Indus selama ribuan tahun. Bukti arkeologi mengatakan penanaman kurma di Arab Timur antara tahun 5530 dan 5320 SM.
- Buah kurma adalah tanaman yang popular di kebun-kebun Rome meskipun tidak berbuah kerana suhu negara berkenaan.
- Biji kurma dibawa ke Sepanyol dan Afrika Utara sekitar tahun 800M oleh pengembara dan hasilnya dieksport ke California.
- Ada lebih 3 000 jenis kurma di seluruh dunia.
- Agama Yahudi menganggap kurma sebagai salah satu dari 7 buah suci mereka dan meraikan Palm Sunday.
- Dalam kitab Bible, pohon kurma disebut dalam kisah Taman Syurga.
- Buah kurma sering menjadi bekalan para pedagang jauh dan pokoknya mampu bertahan dalam kawasan kering dan panas.
- Disebabkan oleh pokok kurma dan buahnya memiliki pelbagai manfaat dari aspek makanan dan bahan bangunan, maka ia dikenali sebagai ”pohon kehidupan” di Timur Tengah dan lambang kebangsaan Arab Saudi serta Israel.
- Kurma dan susu atau susu mentega sering dinikmati oleh kaum Muslim ketika buka puasa di bulan Ramadhan.
- Kurma jenis Medjool adalah sukar ditanam dan ia adalah yang paling mahal. Ia turut dipanggil sebagai Raja Kurma atau Ratu Kurma.
- Hasil penelitian yang dilakukan oleh Jordan University mendapati wanita yang mengamalkan pengambilan enam biji kurma setiap hari sebelum melahirkan bayi akan kekal bertenaga dan memudahkan proses bersalin.
Jenis-jenis kurma yang terbaik untuk ibu mengandung
#1) Kurma ajwa
Ia adalah kurma yang paling disukai oleh Rasulullah, berasal dari Madinah dan menjadi kurma terbaik di dunia.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
”Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir”– Hadis riwayat Bukhari
#2. Kurma safawi
Ia berasal dari Mekah dan Madinah. Sekiranya anda berpeluang mengerjakan umrah, ambil sedikit masa untuk melihat pokok kurma Safawi yang berbuah lebat sepanjang tahun.
Menariknya, kurma Safawi ini hampir sama rasanya dengan kurma Ajwa.
#3. Kurma muda atau rotub
Pernahkah anda mencuba kurma muda? Ia adalah kurma segar yang baru masak. Di Malaysia, sukar untuk diperoleh kerana sifatnya yang tidak tahan lama. Jika disimpan, ia boleh berubah menjadi seperti kurma lain yang biasa.
Kurma Rotub ini menjadi kegemaran umat Islam kerana teksturnya rangup apabila digigit.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Amalan Minum Susu Kurma Tiga Kali Sehari Antara Tips Cara Mudah Hamil Ibu Ini!
Baca juga: Tidak Perlu Bayar Fidyah Jika Ibu Mengandung Atau Menyusu Tidak Sempat Ganti Puasa
Baca juga: Pentingnya Suntikan Kancing Gigi Ketika Mengandung, Ia Membentuk Antibodi Bayi