X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Tertua Dunia Sambut Kelahiran Yang Ke-119, Terima Hadiah Istimewa Air Coca-Cola

6 Jan, 2022
Wanita Tertua Dunia Sambut Kelahiran Yang Ke-119, Terima Hadiah Istimewa Air Coca-Cola

Wanita tertua di dunia dengan usia 119 tahun ini melalui pelbagai sejarah termasuklah selamat daripada Perang Dunia dan selesema Sepanyol

Empat hari lalu, seorang warga emas menjadi tarikan warga maya apabila dia meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-119. Ini sekaligus menjadikannya sebagai wanita tertua di dunia yang masih hidup dalam zaman moden ini.

Momen indah tersebut diraikan di kediamannya di wilayah Fukuoka, Jepun pada tarikh 2 Januari.

Wanita tertua di dunia mengharapkan usianya boleh cecah 120 tahun

manusia tertua di dunia

credit to sources

Wanita tertua di dunia itu, Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903 berhasrat untuk hidup sehingga usianya 120 tahun.

Menerusi kemas kini di laman Twitter cicitnya, Junko Tanaka mengatakan bahawa usia Kane yang mencecah 119 tahun merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan dia dan seluruh ahli keluarga.

”Ia pencapaian yang luar biasa. Kane Tanaka mencapai usia 119 tahun. Saya berharap agar moyang dapat hidup dengan ceria selalu.” tulisnya dalam entri tersebut.

Perkongsian tersebut turut memaparkan gambar Kane duduk di atas kerusi roda sambil tersenyum.

Selain memperoleh ucapan selamat hari lahir, dia juga menerima hadiah yang istimewa daripada cicitnya iaitu air minuman Coca-Cola. Difahamkan Kane masih minum air berkarbonat tersebut meskipun usianya sudah memasuki 119 tahun.

Pada tahun 2019, Guiness World Records mengesahkan bahawa Kane adalah wanita tertua di dunia. 

Dia merupakan anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik, mendirikan rumah tangga dengan seorang pemilik kedai beras ketika usianya 19 tahun.

Disebabkan oleh lanjut usia, dia telah melalui pelbagai peristiwa bersejarah termasuklah selamat daripada dua perang dunia dan selesema Sepanyol pada tahun 1918.

Senarai manusia tertua dunia yang menjadi perhatian ramai

#1. Li Chung Yun

senarai manusia tertua

Li Chung Yun merupakan ahli bela diri, penasihat taktik Tiongkok dan seorang tabib. Dia dilahirkan pada tahun 1736.

Dia terkenal kerana suka mengelilingi dunia, bahkan ketika usianya 10 tahun sudah menjelajah Kansu, Thibet, Siam, Annam dan Manchuria. Dalam perjalannya, dia mengumpulkan pelbagai tanaman ubat-ubatan.

Sepanjang hidupnya, dia sudah berkahwin 24 kali dan dia sendiri yang menguburkan 23 isterinya. Li Chung Yun bahkan telah menghasilkan 11 generasi dan memiliki 200 orang cucu.

#2. Mbah Gotho

MBAH GHOTO

Negara jiran kita, Indonesia turut memiliki manusia tertua di dunia iaitu Mbah Ghoto. Berdasarkan kad tanda penduduk (KTP), dia lahir pada 31 Disember 1879.

Nama sebenarnya ialah Saparman Sodimejo, namun diganti dengan Mbah Gotho disebabkan oleh adat istiadat ketika itu.

Sewaktu masih hidup, dia tinggal di Desa Cemeng, Kabupaten Sragen, Jawa Tengah. Mbah Ghoto telah meninggal dunia pada usia 146 tahun.

#3. Luo Meizhen

Luo Meizhen

Dia merupakan seorang nenek yang lahir pada 9 Jun 1885 di wilayah Guangxi, China Selatan. 

Luo Meizhen sempat melahirkan seorang anak ketika usianya 67 tahun.

Difahamkan di wilayah berkenaan, sememangnya sejak dahulu sudah terkenal dengan mereka yang memiliki usia panjang. Berdasarkan data penduduk beberapa tahun yang lalu, terdapat seramai 74 orang berusia lebih dari 100 tahun dari 238 ribu penduduk.

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child’s Gut Health Causing Tantrums? Here Is What You Need To Know
Is Your Child’s Gut Health Causing Tantrums? Here Is What You Need To Know
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Khabarnya Luo Meizhen telah meninggal dunia pada usia 127 tahun.

#4. Swami Sivananda

Swami Sivananda

Dia merupakan agaman Hindu dan pengarang yang cukup terkenal di negara India. Lahir pada 8 Ogos 1896, dia sempat berkongsi beberapa tips panjang umur.

Antaranya ialah menjadikan senaman yoga sebagai rutin setiap hari, mengambil makanan berempah serta tidak berkahwin. Dikhabarkan dia telah meninggal dunia ketika usia 120 tahun.

#5. Emma Morano

Emma Morano

Emma Morano adalah wanita tertua di dunia yang pertama. Dia dilahirkan pada 29 November 1899 di Civiasco, Vercelli, Itali.

Difahamkan dia telah melalui dua siri perang dunia dan 70 tahun masa pemerintahan di negara asalnya.

Emma Morano mempunyai tujuh orang adik-beradik kandung, di mana yang lainnya juga memiliki umur panjang. Dia juga sempat memberikan saranan jika seseorang ingin usia panjang, mereka hendaklah makan telur mentah dan jangan menikah.

Meskipun begitu, Emma Morano dikatakan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini, tetapi pernikahan tidak kekal lama. Dia dan suami bercerai pada tahun 1938. Dia kemudiannya telah meninggal dunia pada usia 117 tahun.

Sumber: Astro Awani, Artikel.rumah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak 8 Tahun Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia, Adik & Sepupu Antara Mangsanya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Wanita Tertua Dunia Sambut Kelahiran Yang Ke-119, Terima Hadiah Istimewa Air Coca-Cola
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.